04/01/2017 - 05/01/2017 - shfyqhazhr

Saturday, 29 April 2017

KLAVUU WHITE PEARLSATION SERUM MASK

20:30 6
KLAVUU WHITE PEARLSATION SERUM MASK
Assalamualaikum and hi everyone!



so today i would like to share with uolls this one superb korean skincare  it is a serum mask from KLAVUU. if you wonder about KLAVUU brand, its a korean brand. 

'KLAR' expressing cleanliness in Swedish
A compound word consisting of a combination of 'VUU: view' that metaphors / beliefs
"Klar View" "Clear and transparent conviction" is expressed by the concept.
'O' typography refers to the trust of beauty care brand and the nature of the brand.
Symbolically implies.
Among the many gems, the only form of shellfish produced is Pearl,
KLAVUU's belief is that if you are dreaming of jewelry, pearls, eternal heritage, clean beauty and purity of nature pearl-clear and radiant skin, it will be your only beauty secret.

so i had given a chance to give a tried about this mask. since im a face mask lover, im so exciting to try this out. when i got the parcel, im super exciting to see they gave me two face mask! thankyou KLAVUU!! so i had tried this product last night. how i applied this face mask ;- first of all i will wash my face then applied toner then i use this face mask. after i remove the mask sheet, i can feel the difference. my skin was sooo soft! you should this product too!




everything are superb about this mask but the mask sheet is quite small for my chubby face hehehehee 


WHY YOU SHOULD BUY THIS SERUM MASK?



* Patented PTC sheet - 3D technology and thin
-so this serum had been created to fit every face type
-the mask sheet is very soft and comfort to my face.
-even though it is thin, but the mask sheet has a capability of embracing more nutrition than any other sheet.


* Have a lot of nutrition
-this serum mask contain one bottle of serum and pearl extract (its gonna make your skin more bright and whiten after using this mask)
-it also can prevent wrinkle improvement (wowww! this is so great)



*2nd best sheet mask in Korea.
-woww! for what i had read, after the fashion week in Korea, models discussed what is the best sheet at the backstage. Vogue revealed that chatting and top models pick KLAVUU white pearl serum mask as 2nd best mask sheet in Korea  you can read the full article about this at VOGUE .

there are a lot of advantage in just a pieces of mask sheet kan? so what are you waiting for? lets grab the mask sheet! if you're intrested with this mask sheet you can buy it from LAZADA → KLAVUU ON LAZADA ❤

you also can visit their page :-
instagram : KLAVUU MALAYSIA
facebook :  KLAVUU MALAYSIA
twitter : KLAVUU MALAYSIA

xoxo


15 Januari 2017

09:06 5
15 Januari 2017

Assalamualaikum,

kali ni sha nak share sikit apa yang terjadi kat family sha (rumah makcik dan pakcik sha) pada hari lahir pakcik sha. selalunya sha tengok semua ni kat drama/filem je tapi yang ni terjadi kat sha sendiri. so petang 15 Januari haritu sha keluar lepas balik kerja, keluar dengan anak cousin. selalunya sha ke kedai yang dekat dengan rumah sha la kan tapi petang tu tergerak hati nak pi kedai yang dekat dengan rumah makcik sha. rumah makcik sha dengan rumah sha (rumah nenek) dekat je, paling lama pun 15 min macam tu je. kiranya sha memang selalulah pi rumah makcik sebab dia suka masak benda simple tapi sedap hahaha kiranya pi makanlah *lari tajuk* 


sha memang ada tergerak hati nak pi rumah makcik petang tu tapi nampak langit macam nak hujan so sha terus balik huhu. masa balik tu sha mcm taktau pun apa jadi pastu dalam pukul 8.30 malam macam tu anak cousin sha panggil p rumah dia, time tu baru sha tau. dorang bagitau rumah makcik terbakar tapi cousin sha cakap jangan bgtau nenek sha nnti takut dia risau pulak kan, biasalah orang tua tua. sha ingat tak teruk. serious ingat kat dapur je. pastu sha pun siap siap pergilah rumah makcik sha. rasa speechless gila bila tengok keadaan rumah makcik sha tu :( kat bahagian bilik yang terbakar, memang 100% terbakar. kiranya almari semua terbakar dannn handbag sha yang makcik pinjam nakpi mesyuarat haritu pun terbakar...... tapi alhamdulillah takdak yang tercedera. duit pun ada yang terbakar dalam RM400++ macam tu :( sha tengok surat report polis kan, anggaran kerugian RM100K ++ jugaklah huhuhu.

sha sekarang kalau terbau benda terbakar ke mesti takut. mesti jadi macam terbayangla kebakaran kat rumah makcik tu. makcik ada cerita yang time kebakaran tu, makcik ada kat rumah jiran pastu nampak ada api keluar dari atas bumbung. Allah.. time tu pakcik keluar g minum kopi petang petang kan. punca mungkin dari peti ais sbb peti ais tu mmg macam meletup dan terbalik.... yang makcik duk sedih dia punya koleksi tudung bawal kanggaroo/crepe habis semua so sesiapa ada jual tudung kanggaroo lets me know ok? tapi alhamdulillah dapat banyak jugaklah bantuan dari semua pihak, tapi nak mula balik mmg susahkan? bayangkanlah baju seluar semua kena beli baru huhuhuhu. perabot apa semua. nak kena mula balik semua. harap harap kita semua dilindungi daripada segala benda buruk ❤


     

         






Thursday, 27 April 2017

SEPETANG BERSAMA FARHAN

20:45 3
SEPETANG BERSAMA FARHAN
Assalamualaikum!

petang tadi balik kerja tiba tiba rasa nak makan chickenchop pulak haha mengada betul :p pastu ajaklah si farhan ni teman sebab sha mmg takreti makan sorang sorang hahaha sedih betul. so kami order 2set chickenchop, lokceng, air sirap untuk farhan dan ais kosong untuk sha. total RM13.70 huhuhu. okaylah kan makan sekali sekala hehe





UNBOXING : A BOX FROM KLAVUU MALAYSIA

08:52 5
UNBOXING : A BOX FROM KLAVUU MALAYSIA
Assalamualaikum and good morning everyone! have a nice day ahead :)

sooo i got this box from KLAVUU MALAYSIA last sunday and i still dont have enough time to unboxing itπŸ˜ͺ but today is the day!




gais!!! kotak dia pun dah cantik gila gila tau :( 

so! dalam box ni ada 4 benda which is :- 2pcs of bb cushion, 1pcs of cream and 2pcs of mask.




disebabkan kesibukan masa ecece sebenarnya sibuk tidur hahaha , sha masih taksempat nak try product ni, sempat try kat tangan je haritu hahaha. antara semua product ni, sha paling taksabar nak try mask because im a big fan of face mask hehehehe so wait for review okay? ❤



Tuesday, 25 April 2017

POST A PHOTO FROM 7 YEARS AGO!

20:30 9
POST A PHOTO FROM 7 YEARS AGO!

Assalamualaikum!


pernah tengok tak orang upload benda ni? hahaha so harini sha pun nak join jugak la benda ni hahaha tapi gambar yang 2010 takdak hahaha so kita guna yang 2011? alaaa kira oklah tu. so lets start!

2011


hahahaha tak jelas pulak tapi gambar ni ja yang ada adoilah dulu manalah duk selfie apa semua ni hahahaahhaah

2014



cerita untuk gambar ni adalah lepas spm sha kena demam campak sebab tu muka jadi macam ni hahahaha malu weh tengok muka dulu dulu 

2017



ni sebab cahaya lampu yang buat gambar jadi cerah hahaha masalahnya ni ja gambar yg ok dan sha memang selalu ambik gambar depan lampu barulah gambar catntik haha gambar jelah cantik, tua dia tak jugak sob sob


haah dulu biasalah hitam comot, yelah takdak duit weh nak menyegak hahaha sekarang dah kerja alhamdulillah lah boleh la nak hilang parut semua tapi putih tu takpenting sgt yang penting kulit sihat hiks ♥




CUTI !

11:13 3
CUTI !
assalamualaikum and hello everyone.

since first day sha kerja in october 2016, rasanya ni baru kali kedua kot cuti dua hari berturut - turut hahah! pity me  apa yang sha buat masa cuti? shopping - makan - tidur hehehe

23 april - bangun je pagi tu terus siap siap nakpi shopping baju raya kat nagoya. yang sedihnya kan, haritu akhir mac sha dah beli kain kat nagoya semeter yg RM9 *sha kedekut hehe* pastu semalam tengok harga RM6 je semeter  selepas menyesal beberapa saat, mata sha dah tangkap sepasang kain ni hehe so ambik jelah since sha sangat memerlukan baju kurung sebab pi kerja pakai baju kurung kan. masa nak pilih kain pun whtsapp tanya kawan kawan hahaha. nilah perangai sha tau, takboleh buat keputusan sendiri, semua kena tanya bff sha pastu sha teruskan perjalanan ke ANEKA, Jitra. kat situ nak cari bawal kanggaro sebenarnya, makcik sha yg nak tapi sha yang beli shawl saudia makcik takbeli pun sebab takde dah ha bawal kanggaro kat sini padahal dulu sehelai RM4 pastu makcik ajak pi kedai ECO RM2, OMGG sha memang suka masuk kedai murah murah ni hahaha walaupun takbeli apa pun tapi suka sebab murah kan  tipu je takbeli apa, sha dah terbeli botol air LAGI! haritu beli yg 1L sebab rasa yg 2L besar sangat, pastu beli lagi yg 2L padahal kat rumah ada 4 ke 5 botol yang 2L *walaupun kedekut tapi boros*. selesai beli semua ni, sha pun pi lah makan dengan makcik kat TAT PJ2, bihun sup kat kedai ni memang  tapi sha tetap suka nasi goreng ayam dia hehe. lepas tu petang tu keluar makan lagi dalam 2.30ptg mcm tu lah keluar dgn nazirah nak pi makan makanan wajib kot yang ni hahahaha meggi sup kat kuala sanglang. lagipun sha kluar sbb nkpi tempat kerja sha sama sbb ada adk tempat kerja sha whatsapp ada barang sha sampai jeng jeng jeng hehe balik dari tempat kerja sha, singgah rumah nzirah mak dia suruh buat roti jala haha, one of my fav tu! tapi sha tolong gulung je ada jugak try nak buat tapi takjadi hahaha dia jadi tebal tapi oklah kan first try kan? pastu dah petang, dalam pukul 6.20 sha pun balik.

makan dengan makcik
makan dgn nzirah


belajar buat roti jala dengan nzirah 


24 april - bangun je pagi sha terus kalut nak bersiap hahaha sebab janji nak pi pasar pagi (orang sini panggil nat) dengan makcik pukul 9 tapi sha terlewat bangun sampai je kat rumah makcik dia dah ada kat depan rumah hahaha "hang ni janji apalah pukul 9, 9.30 baru sampai"  pastu pi nat tu kan, yaAllah dia punya ramai manusia haha biasalah cuti kan? sha sampai kena jalan macam ketam, bukan sha je. smua lah hahaha. mungkin semua mcm sha kot, cuti mesti lah nak keluar buat semua ni kan hehe. sha beli pau coklat kat nat tu (tapi tak sempat ambik gambar) RM1.70 sebiji, besar tau pau dia, satu dah kenyang dah. ha! sha ada jugak beli bedak nyonya hahaha sebab haritu terbaca yang bedak nyonya banyak kegunaan dia. balik je dari nat tu sha pun gantilah tidur sha yang takcukup selama ni eh 


dan harini sha kerja huwaaaaaa, yang masih bercuti, jangan lupa luangkan masa dengan yang tersayang  yang dah kerja, selamat bekerja 

Thursday, 20 April 2017

OIL CLEANSING METHOD (OCM)

13:30 11
OIL CLEANSING METHOD (OCM)

Assalamualaikum,

lama tak membebel ni. harini sha nak cerita pasal oil cleansing method. sha berkenalan dengan oil cleansing method ni daripada satu channel kat telegram ni. kebetulan pulak masa sha baca pasal OCM ni, barang yang diperlukan ada kat rumah sha, memang terus cuba la. kat bawah ni sha sharekan bahan -bahan (eh macam resepi pulak haha!) dan cara nak buat OCM ni


Bahan-bahannya :

🍁 Castor Oil
Entahlah minyak apa ni. Susah sangat nak cari. So kita skip. Sebab minyak ni pun kalau digunakan secara berlebihan akan mengeringkan kulit. So, tak payah carilah. πŸ˜‚

🍁 Olive Oil. Kalau tiada boleh guna Argan Oil/ Sun Flower Oil/ Grape Seed Oil

🍁 Tuala Kecik

🍁 Air hangat

Caranya :

🍁 Pam 1-2 titik olive oil ( saya guna ni ya) ke tapak tangan

🍁 Tenyeh dengan lembut di seluruh muka termasuk mata.

**Kalau masih pakai make up pun tak pa. Boleh ja. Sure akan bersih. Tapi kalau nak remove make up dulu pun boleh. Takda masalah.

🍁 Dah tenyeh rata sambil massage dalam masa 2 minit, biarkan sekejap. Juga lebih kurang 2 minit. Biar meresap nutrien oil tu.

⏰⏰⏰⏰⏰⏰⏰⏰⏰

Tik tok tik tok dah habis 2 minit

🍁 Rendam tuala kecil dalam air hangat tu. Perah.

🍁 Tekap tuala tu di muka. Biar dia berwap pada muka korang. Biarkan seminit.

🍁 Ulang sampai 5 kali. Sampai air tu jadi sejuk

🍁 Kemudian bersihkan sisa oil pada muka dengan tuala. Bersihkan betul-betul. Jangan tinggal sikit pun

🍁 Kemudian mandi la macam biasa.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
sha buat OCM ni beberapa bulan yang lepas hahaha masa mula mula kerja, serious masa tu muka sha teruk gila sebab sha ni memang dari dulu dari kecik la senang cerita memang takboleh dengan habuk habuk semua ni dan tempat sha kerja dekat gila dengan kilang padi hahaha ha tau tau jelah bila musim menuai habuk dia tu kalau boleh buat bedak tahan tujuh keturunan stok bedak tu (ok merepek) 

nak buat OCM ni memerlukan kerajinan yang maksimun, kalau setakat hangat hangat tahi kucing je tak menjadi, haha sha pun buat OCM ni dalam seminggu je sebab dia leceh kot hahaha. tapi walaupun seminggu je buat OCM ni, milia seed kat tepi mata sha yang besar gila tu dah hilang uolls. sha sendiri takperasan sebenarnya hahaha pastu usha usha eh mana milia seed aku? rasa macam pelik pulak bila takdak hahahaha


sha guna this olive oil, sha beli dalam RM 9.50 macam tu kot. taksampai RM 10 pun hahaha. olive oil banyak tau kegunaan dia, campur dengan kopi jadi scrub, sapu kat muka jadi makeup remover, takkan takrasa berpatutan? ada juga dengar minum pun boleh hahaha tapi kembang tekak sistur nak telan minyak hahahahaa. 

lepas buat OCM ni, mesti rasa muka lembut ala ala baby baru lahir (ok ni tipu lagi hehehe) rasa macam kulit bersih, yang ni betul tak tipu sebab sha dah buat kan, cuma leceh nak kena ada air panas, tuala muka lagi emmmm banyak benda kan? biasalah nak cantik kenalah rajin, sebab tak rajin takcantik ni ha hehehe tapi sekarang kat pasaran dah ada oil cleansing so takpayah pening pening pi beli je haha tapi sha masih tercari cari oil cleansing yang berpatutan dan best. korang ada nak suggest apa apa brand tak? 

berakhirlah sudah cerita kalini, kalau taip banyak lagi nanti orang malas nak membaca pulak hehehe. kalau ada yang try OCM ni, buatlah satu entry pasal ni, kalau ada la heheehe


Aku nak berubah.

10:37 2
Aku nak berubah.


Assalamualaikum.


"nak berubah? nak berubah macam mana?" 
"kenapa nak berubah?"
"kau nak mati ke?"
"kenapa kau macam ni?"
"kau kecewa lagi?"
"kau ok tak?"
"kenapa ambil keputusan mcm ni?"

Soalan famous yang aku kena jawab bila aku cakap aku nak berubah , takkan nak tunggu nak meninggal baru nak berubah? kalau tak sempat mcm mana? bohonglah kalau cakap senang nak berubah . tapi aku nak cuba berubah macam mana sekalipun.

Hampir setiap malam aku dapat mimpi yang pelik . kadang kadang rasa tertekan . rasa macam "kenapa aku?!!!apa salah aku?" . mimpi buruk semuanya!!!!! aku takut nak cerita kat mak , sebab dulu kawan aku pernah cakap "kalau mimpi buruk tak baik cerita kat mak, nanti jadi betul betul" . entah kenapa aku boleh percaya dengan cakap dia. mungkin benar mungkin tak , entah lah Allah je tahu.

Bila aku cakap soal mati , mesti aku kena tahan telinga kena bebel. semua akan cakap , "kau kalau sayang orang takpayah lah sampai nak mati." yaAllah dalam hati aku ni dah takde mana mana lelaki dah . Dulu memang aku mengaku yang aku terlalu bodoh sebab terlalu sayangkan lelaki yang belum halal untuk aku . bodohnya time tu , menangis siang malam , habiskan air mata sebab cnta yang sia sia. sekarang baru aku sedar yang aku takpatut buat semua tu!

Kenapa aku nak berubah? Sebab aku rasa yang aku kena berubah , hati aku kuat mengatakan yang aku kena berubah! aku kena berubah kepada yang lebih baik. Dulu gambar gambar yang aku jadikan profile picture , ada yang nampak tangan . em berdosanya aku. tapi sekarang aku dah closekan semua . Mulutlah port paling susah nak ubah , susah sangat sebab dah terbiasa cakap kasar , susah nak cakap lembut :( so aku pilih untuk diam daripada bercakap. Mungkin ada yang takdapat terima perubahan ni, tapi biarlah . untuk apa nampak elok dimata manusia tapi tidak dimata Allah?

Aku taknak berubah sorang sorang , aku taknak masuk syurga sorang sorang . aku nak semua orang yang aku sayang bersama aku dalam syurga . aku cuba nak tegur kawan aku pakai legging tapi aku tak mampu , mulut aku macam bisu! aku takut , aku takut sakitkan hati dia. em , aku nak tegur kawan aku pakai tudung singkat , tapi aku takut dorang cakap "alah kau pun sama" . tak! tu dulu, sekarang aku lebih suka pakai shawl sebab labuh. susah sangat nak nasihatkan orang . 

Dulu aku leka dengan dunia , aku leka dengan kemewahan dunia. sekarang aku sedar yang bila kita dekat dengan Allah kita akan tenang. ya sekarang hati aku lebih tenang dari sebelum ni. aku cuma perlukan sokongan daripada orang orang yang hampir dengan aku, untuk support aku dari belakang ;')

Hijrah aku belum sempurna. Bantu aku . Sokong aku. Nasihatkan aku.