Wednesday, 26 July 2017

# giveaway

CONTEST BY AI: BESTFRIEND FOREVER



Tarikh tutup penyertaan 13 August 2017 pada pukul 23.59 p.m.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

nilah buahati pengarang jantung hati sha hahaha, dari kiri ; awa (tudung hitam, baju hitam), nzirah (tudung wana apatah hahaha), mira (tudung hitam, baju merah), leka (yang ada kepala ja tu :p) 
sha kenal dorang ni dari sekolah menengah, setengah orang kan ada yang kenal dari sekolah rendah or ada yang kawan dari lepas lahir hahahaha eh. kalau kawan yang sejak lahir tu ada, tapi cousin, takdelah anggap dia macam kawan baik pun, macam kakak je huhu. kalau kawan sekolah rendah pun ada je, tapi entahlah hahahaha! sha kenal dengan awa, leka dengan mira ni since form1 tapi paling rapat dengan awa lah sebab kitaorang stay hostel, dorm sama. dia ni macam kerek jugak la mula mula dulu, homesick teruk uolls, menyampah betul mula mula masuk hostel, tiap malam batuk sebab demam hahahaha sha dah la jenis senang terjaga dari tidur *mata keatas* kalau mira pulak, memang kat sekolah jelah sebab sekelas kan, dan leka dulu geng lain, geng baiklah cerita dia. pastu nzirah kenal time form4. 

kalau dengan awa ni memang banyaklah kenangan dia, kalau nak cerita memang penatlah si ai nak membaca hahaha. tapi benda paling sha ingat sampai harini kan, ada satu hari tu kan, sha dan awa nakpi skolah, time tu dah pukul 12 nak pukul 1 hahaha kitaorang sebagai budak sesi petang seharusnya pi sekolah 12.30 macam tulah, nakal sangatkan time tu, awa nak menyoroklah dari warden nampak, ha sekali nak menyorak urat ke apatah yang lari hahahaha terus takboleh bangun. lepastu macam mana pun kena panggil warden jugaklah kan? awa kena balik pi mengurut untuk beberapa hari, hahaha dua hari kalau taksalah. keseoranganlah aku di hostel. lepas tu, awa ni jenis suka bawak banyakkk makanan dan akulah yang habiskan. samalah kalau g dewan makan lepas tu dia taknak ikan ke udang ke, semua tu dapat kat aku.

mira pulak, tapi ni cerita termasuk nzirah dan leka jugak. pada tarikh 11.12.13 (tarikh cantik kan, wajiblah ingat) hahahahaha mulanya mira dengan nzirah nk pi buat ic/tukar ic. kitaorang pi lah anak bukit, kedah sebab katanya kat situ paling lama pun 4 jam je dah boleh ambik. so lepas settle pasal ic, nak lah pi karok (benda wajib kalau keluar), so kitaorang decide nak ke tesco mergong tapi taktau jalan dan masa tu mira ada lesen L ja, ayat yang sha paling takboleh lupa kan, dia cakap "ala takpa, polis pun manusia jugak" kitaorang pun ok mira , polis pun manusia lepastu JUMPA POLIS WEHHHH dah la taktau tempat tu kat mana hahahahahaha sha dengan leka yang kat depan, dan time tu sha yang bawak dan sha takberlesen hahahahaha yang mira dengan nzirah kat belakang dah pusing dah siap siap hahahaha kurang ajar betul. tau tak depan polis tu sha tukar tempat duduk dengan leka, sebaik lepas hahahahahaha.ketaq gila time tu, sumpah hahaha sampai sekarang duk ingat lagi.

leka, hahahaha sha dengan leka suka buat benda gila. ada satu tahun tu kan, bulan puasa, kitaorang pi karok, hahahahaha memang sha dengan dia jelah yang karok, nyanyi lagu raya uolls.pastu ada jugak sekali tu, kakak leka suruh pi pos surat kat pejabat pos kat perlis, tengahari ok time tu, end up kitaorang lajak sampai kuala perlis hahahahaha jauh jugaklah, pastu leka belanja kfc, makan tepi laut kat kuala perlis tu. lepas tu sambung yang 11.12.13, lepas dari kitaorang terlepas dari polis tu, bermulalah misi nak cari tesco hahahaha sampaikan kitaorang tanya la orang kat jalan tu, pastu orang tu tanya datang dari mana "ayer hitam" orang tu sengeh hahahahaha yelah weh, benda dah la orang kedah jugak sampai tesco mergong pun taktau jalan. silap jugak takcakap kl haritu hahahaha. masa zaman sekolah, sha dengan leka kalau balik sekolah selalu makan ais la, ronda ronda lah, padahal rumah leka tu dekat gila dengan skolah huhu indahnya zaman sekolagh.

nzirah pulak, satu satunya orang yang sha share everything dengan dia sampaikan makcik ada cakap "nanti laki pun share dengan nzirah tu" hahahahahaha. kalau ditanya nak kluar mana dengan sapa "nzirah". masa form6 kan, tiap kali balik sekolah wajib makan dulu sebelum balik. bersyukur time tu takdak lagi KFC kat ayer hitam kalau tidak hahahahaha benda wajib yang selalu kami makan adalah megi sup siam kat kuala sanglang dan kalau makan berempat pulak mesti makan nasi. ingat lagi masa zaman sekolah dulu, dialah yang berhujan panas dengan sha kalau nakpi sekolah :') kadang tu pukul 9 nak pukul 10 baru sampai sekolah kalau hari hujan. sha kalau suka sapa ke mesti dialah orang first yang tau, walaupun sha kenal dia kurang 3 tahun dari yang lain hahaha. 

walaupun masing masing sibuk dengan personal life, belajar kerja semua kan, tapi group whtsapp kitaorang takpernah sunyi hahahaha leka kat pahang, awa kat perak, mira masih dikedah dan nzirah kat penang tapi kadang tu rasa macam dekat je semua tu. hahahaha macam gambar kat atas tu, kitaorang keluar berempat sebab leka masih di pahang tengah bertungkus lumus nak jadi nurse kan, hahahaha so sha editlah letak gambar dia :') kitaorang ni ada satu persamaan iaitu suka makan hahaha dan yang penting masing masing pandai masak! mira pandai buat kuih, cakap je kuih apa. nzirah pandai masak + goreng apa semua, dan awa pandai bakery hahahahaha while me and leka masih mencari apa kepandaian kami hahahaha sebab sha dengan leka macam malas sikit :p :p 

seronok ada kawan baik sebenarnya kalau kita dah jumpa yang memang ikhlas kawan dengan kita. kalau kawan sebab harta semua tu memang takbest la. so sampai sini jelah entry sha kali ni hahaha. dannnn tak lupa juga kawan baik lelaki sha, fadzlan. harap harap persahabatan kita semua hingga ke syurga ❤

4 comments:

  1. sy jenis yg tak ramai kawan (blh kira tade kawan agaknya) tapi ada sorang yang sekepala dgn kita..rasanya tu dah cukup dah..huhuhu

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana menyertai BFF contest. Senarai pemenang dan peserta BFF contest sudah keluar. Boleh semak di

    http://ceritaaisyaismail.blogspot.my/2017/08/pemenang-bff-contest-dan-senarai-peserta.html

    ReplyDelete