09/01/2017 - 10/01/2017 - shfyqhazhr

Thursday, 28 September 2017

DIY GIFT UNTUK TERSAYANG DENGAN PRINTCIOUS

19:00 13
DIY GIFT UNTUK TERSAYANG DENGAN PRINTCIOUS

Assalamualaikum

Siapa kat sini selalu penat nak fikir bila nak pilih hadiah  sama ada untuk mak ayah, kawan kawan or untuk yang tersayang? selalu rasa macam eh benda ni dia dah ada rasanya, bukan tahun lepas dah beli ke yang ni?, bukan haritu kawan dia dah bagi ke yang ni haha sha selalu ada masalah macam ni bila nak pilih hadiah. bila nak bagi kat someone hadiah, mestilah kita nak yang limited edition kan? hadiah yang kita je yang boleh bagi dia. ha! kalau macam tu kena DIY lah, barulah hadiah tu nampak exclusive dan limited edition.


Sha ada jumpa satu laman web untuk DIY gift untuk yang tersayang. dengan harga yang sangat berpatutan, kita dapat buat orang tersayang tersenyum dapat hadiah yang limited edition dan exclusive gituh! laman web tu adalah printcious.com/my! korang pernah dengar tak pasal printcious ni? Printcious dengan tagline "Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart" adalah satu syarikat yang menyediakan perkhidmatan percetakan pada barang-barang hadiah peribadi seperti tshirt, mug, puzzles, phone cases, cushions, mousepads, ceramic tiles dan mini tees. barangan - barangan ini sesuai untuk acara pemberian hadiah seperti hari jadi, perkahwinan, tamat pengajian, ulang tahun atau acara korporat.


diatas ini adalah kategori kategori hadiah yang anda boleh dapat di printcious. dengan adanya kategori kategori ni senanglah kita nak buat pilihan nak tempah hadiah untuk siapa kan. contohnya kalau kita ada kawan yang jenis suka minum kopi, apa kata kita buat mug diy untuk dia sempena birthday dia. mesti dia tersenyum gembira bila dapat hadiah macam tu. boleh guna setiap hari dan setiap hari jugak dia akan ingat kita haha :D

tapi sekarang sha nak cari hadiah untuk diri sendiri, sha rasa macam berkenan nak DIY totebag. boleh guna gi kerja hehe or letak telekung ke kan. 


korang bolehlah hias ikut korang punya kreativiti, kalau nak upload gambar klik kat imej tu dan kalau nak letak tulisan klik add text. hiaslah dengan setulus hati korang supaya orang yang dapat hadiah tu nanti boleh rasa kasih sayang korang *tetiba*. lepas tu submit order dan tunggu order sampai. jangan risau, servis dari printcious serious laju! sha pernah order dah dulu. barang yang kita dapat pun memang berbaloi dengan apa yang kita bayar. kalau berminat nak order boleh usha link kat bawah :-










Wednesday, 27 September 2017

VIRAL : WARONG HIJRAH BIHUN SUP THAI RM5

15:31 26
VIRAL : WARONG HIJRAH BIHUN SUP THAI RM5

Assalamualaikum.

Semalam masa tengah belek belek FB ternampak satu post ni, dari page Siakap Keli, siapa ja tak kenal siakap keli kan? page terkenal tu haha. apa yang menariknya page tu post mengenai satu kedai makan di kawasan tempat tinggal sha. kalau duduk area ayer hitam - kerpan ni memang tipulah sapa taktau WARONG HIJRAH sebab kedai makan ni antara yang terkenal jugaklah kat sini. ya, sha selalu jugak pergi kedai makan tu. macam terkejut jugaklah kan haha sebab sha memang gi kedai tu dari start dia bukak sampai sekarang dah maju. alhamdulillah.

Kedai makan yang terkenal dengan bihun sup thai tu memang selalu penuh dengan pelanggan, selain bihun sup thai, nasi ayam kat situ memang sedap habis! dulu ada jugak masakan panas tapi dengar cerita sekarang dah takdak goreng goreng. kat situ jugak ada air dalam bekas besar tu. sha kalau gi makan situ suka makan nasi ayam lebih daripada bihun sup thai tu hehe sebab nasi mengenyangkan. kalau nak order sup thai tu sha order kuey teow sup thai sebab sha kurang sikit kalau bihun haha. 


kat atas ni bihun sup thai yang biasa dan nasi ayam. best pasal nasi ayam dia ni sebab ayam dialah, selalu nasi ayam sha makan dorang letak sos dan kicap dalam bekas asing asing, yang kat kedai ni campur. sha ingat lagi gi makan yang kat atas ni dengan kawan kawan time tu jari sha baru lepas kena pisau (baca kat sini) punya seksa macam nak nangis terus takdak selera hahaha dengar kawan bersembang pun rasa sedih haha! harga untuk nasi ayam adalah RM5 dan bihun sup thai biasa RM4.


yang ni pulak masa ada lagi kot goreng goreng haha tak ingat bila tapi rasanya lepas raya puasa. sha order kuey teow (takboleh berpisah dengan kuey teow) dan kawan sha order nasi goreng ayam, nasi lebih. ok gais nampak tak kuey teow dia banyak gila? satu talam tau tak haha talam yang muat 6 cawan tu, ya ampun mengucap panjang sha masa sampai kuey teow ni haha lalu diberikan kuey teow tu kat kawan sha, kalau sha makan semua memang takhabis la cerita dia hahaha okay mesti tertanya tanya kan harga dia hihi kuey teow goreng tu RM4 gais RM4!!!! omg hahahaa dan nasi goreng ayam nasi tambah tu RM6


nampak tak sha memang selalu jugak gi kedai ni? haha yang ni sebenarnya nak tunjuk air dalam cup besar tu tapi gambar takberapa jelas pulak haha air bigcup ni yang biasa RM4. boleh minum 3 hari 3 malam uolls sebab manis :p ada banyak jugak perisa seperti greentea, chocolate, redtea, strawberry, mocha tapi sha selalu order greentea la. walaupun greentea ni takbaik untuk kesihatan tapi sekali sekala takpe kot hihi. tapi dalam post yang viral tu dorang bercakap mengenai bihun sup thai special ayam segenggam + sayur segenggam dan cendol creamy tapi malangnya sha takpernah makan cendol dia so sha taktaulah rasa apa  tapi cousin sha memang suka cendol dia. sha memang jenis takminat cendol tapi kalau ais kacang memang sha suka.

sumber : page siakap keli
so nilah makanan yang viral tu, terliur tak? haha nampak macam sedap cendol creamy tu. nampak tak ayam dalam mangkuk tu, kemain banyak! sha selalu gi kedai tu siap mintak sayur lebih lagi tau sebab sha selalu makan yang biasa haha taktau pulak yang special dia banyak gini padahal tambah RM1 je T,T tapi dah cadang dah kawan balik cuti midsem nanti nak gi try cendol creamy dia, wait ya. 

LOCATION : WARONG HIJRAH, BERHADAPAN PASARAYA KAWANG, PEKAN AIR HITAM, KUBANG PASU, KEDAH

WAKTU OPERASI : 11 pagi hingga 7 petang






Monday, 25 September 2017

LIRIK SUMPAH CINTAKU | ASFAN SHAH (OST TITIAN CINTA)

19:00 4
LIRIK SUMPAH CINTAKU | ASFAN SHAH (OST TITIAN CINTA)


Performed by : Asfan Shah
Composer: Asfan Shah
Lyricist : Asfan Shah & Fedtri Yahya
Producer : Bratt Bob
Publisher : Rusa Marketing Sdn Bhd

LIRIK LAGU SUMPAH CINTAKU

disaat saling mengenali
ku tahu cinta mu memanggil
dalam perasaan yang tak kau dengari
lambaian mu didalam mimpi
bayangan senyum bidadari

indah segenap rasa
tak terbagi
belah lah jasad ku
tirai kenangan ku
pasti akan kau jumpa
api cinta menyala

hingga akhir nafas ini
sayang sampai akhir pasti
cinta ku tersimpul mati
disyurga tetap kau ku nanti
sumpah cinta ku hanya padamu

disaat saling mengenali
ku tahu cinta mu memanggil
dalam perasaan yang tak kau dengari

belahlah jasad ku
tirai kenangan ku
pasti akan kau jumpa
api cinta menyala

hingga akhir nafas ini
sayang sampai akhir pasti
cinta tak bisa berganti
sumpah ku hanya kau disisi

genggam tanganmu yg suci
sampai rambut ku memutih
cinta ku tersimpul mati
disyurga tetap kau ku nanti

sumpah cintaku hanya padamu

hingga akhir nafas ini
sayang sampai akhir pasti
cinta takbisa berganti
sumpah ku hanya kau disisi

genggam tangan mu yg suci
smpai rambut ku memutih
cinta ku tersimpul mati
disyurga tetap kau ku nanti

sumpah cintaku hanya padamu
sumpah cintaku hanya padamu 

ANTABAX ANTIBACTERIAL CLEANSING WIPES

11:35 19
ANTABAX ANTIBACTERIAL CLEANSING WIPES
Assalamualaikum

Siapa kat sini yang wajib ada tisu basah a.k.a wet wipes dalam beg or handbag dia? kalau korang yang jenis macam ni, kita geng. pada sha lah kan, wet wipes ni penting sebab banyak kegunaan dia untuk kita sama ada dirumah atau diluar. sha dah try banyak dah jenama wet wipes ni, ada yang best, ada yang takguna habis pun. sha guna wet wipes ni untuk apa? cuci makeup bila kat luar untuk solat. sha memang kalau keluar gi mana mana pun memang takmakeup tebal tebal pun kecuali bila cuti bolehlah nak letak mascara empat lapis pun :p selalunya pakai biasa biasa je, so dengan adanya wet wipes ni memudahkan sha nak cuci makeup daripada kena bawak sebotol makeup remover tu kan haha i dont know la kot sha je buat cari ni hehe.

dalam banyak banyak jenama yang sha beli dan pakai, ada satu jenama ni memang tak sesuai langsung dengan muka sha, bila nak cuci makeup kan dia rasa macam pedih gila. so sha gunalah wet wipes tu untuk lap bekas skincare, lap tangan, lap meja haha ya ampun perangai. lepas je daripada tu kalau sha nak beli wet wipe ni sha ambik yang untuk baby tu, memang oklah untuk cuci makeup, or lap muka sebab lembut dan tak memedihkan. beberapa hari lepas sha ada dapat sampul daripada Sproutme yang mengandungi Antabax Antibacterial Cleansing Wipe ni. 

bahagian depan 

bahagian belakang


Apa yang best dengan Antabax Antibacterial Cleansing Wipes ni?

- sesuai untuk bayi dan kulit sensitif
- alcohol free
- paraben free
- mengandungi ekstrak aloevera untuk melembabkan dan melembutkan kulit
- diuji oleh dermatologi
- packaging yang sesuai digunakan didalam rumah atau diluar rumah
- multipurpose

Ingredients 
- water, aloe barbadensis leaf juice, tocopheryl acetate, niaciamede, calcium pantothenate, sodium ascorbly phosphate, pyridoxine HCI, polysorbate 20, polyamidopropyl biguanide, phenoxyethanol and fragrance.



masa first time bukak packaging dia, sha rasa wet wipe ni lembut gila! lembut daripada wet wipe yang untuk baby tu. walaupun ada pewangi tapi tak memedihkan muka. bau yang sangat fresh! sha suka bau dia, memanglah lagi elok kalau takde wangian kan? tapi macam takbest je, rasa kosong je haha. sha tak sure kat mana ada jual this wet wipe tapi nanti kalau sha dah jumpa, sha akan update ye. or kalau korang pernah jumpalah, bolehlah bgtau kat komen eh. dalam satu pack ada 10 wipe je huhu macam sayang gila nak habiskan so memang kena carilah nanti. sha bagi 5/5 untuk this produk! 

Sunday, 24 September 2017

TITIAN CINTA (2017)

12:35 18
TITIAN CINTA (2017)

Assalamualaikum,

siapa peminat drama melayu? sha salah seorang peminat drama melayu, sekarang ni trending drama titian cinta lakonan zul ariffin dan farah nabilah. siapa je tak kenal zul ariffin kan? pelakon sado dan handsome tu. tak lupa jugak pelakon farah nabilah yang sedang meningkat naik sekarang. sha suka dengan farah nabilah sejak dia berlakon dengan niezam zaidi dalam cerita inikah cinta yang juga ditayangkan di TV3. tapi lepas je cerita tu sha dah tak dengar sangat pasal dia haha mungkin sha yang tak berapa mengikuti pekembangan dia. bila first tengok iklan drama titian cinta ni, dah memang excited dah nak tengok. sedikit mengenai cerita titian cinta ni, cerita ni merupakaan adaptasi daripada novel TITIAN CINTA by RIDHYA IMAN , so kepada sesiapa yang malas nak baca novel dia, boleh lah menonton cerita ni haha. drama yang sepatutnya ditayangkan pada 11 September ini telah ditunda ke 12 September. 

----------------------------------------------------------------------------------------------


Tajuk : Titian Cinta
Mula Tayangan : 12 September 2017
Masa : Setiap Isnin-Khamis, 7.00 malam
Siaran : Slot Akasia TV3
Terbitan : Zamriez Golden Pictures
Jumlah Episod: 28

Pelakon : Zul Ariffin, Farah Nabilah, Daler Yusuf, Tisha Shamsir, Dian P. Ramlee, Marisa Yasmin, Kuza, Rahim Jailani, Adam Shadan, Syuhaida Abraz (Dottie), Feiyna Taj, Arash Mohd
LAGU TEMA / OST TITIAN CINTA 
Sumpah Cintaku - Asfan Shah
Kasih - Hyper Act
Sungguh Mencinta - Qanda

SINOPSIS TITIAN CINTA 

Kisah cinta antara Umayr Harris dan Rahadatul Aisy. Aisy pulang ke tanah air setelah 4 tahun merantau di bumi London dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Kepulangan Aisy memang dinantikan Harris yang menyesal dengan tindakan lalu kerana termakan hasutan Sofia. Perginya Aisy ke kota London adalah kerana dihalau bagai kucing kurap oleh suaminya sendiri ekoran fitnah yang dilakukan oleh Sofia.

Harris ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.

Pelbagai cara dilakukan oleh Harris untuk memikat semula hati Aisy. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.

Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Pelbagai dugaan menimpa mereka. Aisy tidak dapat mengandung. Kehadiran semula Sofia menempel cinta Harris. Campur tangan ibu mertua Aisy memburukkan keadaan. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.

Siapakah Rayyan sebenarnya di hati Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti? 



Saturday, 23 September 2017

REZEKI DI HARI SABTU

20:00 5
REZEKI DI HARI SABTU
Assalamualaikum and hi!

pagi tadi tengah buat kerja, nzirah (my gals) whatsapp suruh datang kenduri rumah dia hahaha sha excited kemain dah, dengan dia duk upload gambar makanan πŸ˜‚ ya ampun terus lapar serta merta tanpa belas kasihan hahaha padahal harini cakap nak taknak makan berat berat dah sebab semalam dah pekena nasi goreng bagai (well tengah latih diri taknak makan banyak banyak) tapi disebabkan tak menahan membaca menu menu yang disediakan sha pun ambiklah keputusan nak pi kenduri tu sorang! masa atas jalan tengah bawak motor duk fikirlah cemana lah kejap lagi nak masuk kawasan rumah tu sorang sorang (sejenis manusia takreti nak buat kerja sorang sorang) tapi sha redha jelah sebab makanan hehe sampai je rumah dia, whtsapp cakap dah sampai dia pun datanglah ambik sha kat depan lepas tu gi salam mak dia semua hahaha actually kitaorang kena adik beradik, tapi masa mula mula kawan taktau pun, bila dah selalu gi rumah, mak dia duk cerita cerita, tengok kena adik beradik haha pandai kitaorang cari adik beradik kanπŸ˜‚ ok berbalik kepada cerita, sha pun ambik lah makanan (masa menaip ni pun terliur) sedap gila makanan dia!

ni lah yang sha makan tadi (nasi putih + ikan talang masak lemak + ayam masak merah + gulai daging + ulam ulam + sambal belacan) 

sha menyesal ambik sikitπŸ˜‚ padahal nzirah dah suruh dah ambik banyak tapi rasa macam takmampu tapi bila dah habis rasa macam kenapa tak ambik banyak T.T ambik lauk pauk tu lah banyak bukan nasiπŸ˜‚ nasi tu dah cukup banyak dah kan hehe alhamdulillah rezeki harini, jimat duit untuk lunch. masa nak balik dapat lagi makanan hahaha ni bestnya gi kenduri rumah kawan

kek pisang

strawberry + jagung + kek 

alhamdulillah untuk harini. semoga esok dimurahkan rezeki lagi hehe ❤




Friday, 22 September 2017

TELEKUNG RM22 DI SHOPEE

21:23 26
TELEKUNG RM22 DI SHOPEE
Assalamualaikum.

Minggu lepas sha adalah belek belek shopee my dengan niat taknak beli apa apa. sha saja saja search telekung, saja nak belek belek harga mana tau ada yang murah boleh lah masuk cart duluπŸ˜‚ tapi kita hanya mampu merancang, akhirnya sha tertewas jugak hahaha masuk cart terus bayar. ya ampun perangai! tapi alhamdulillah sha puas hati dengan telekung ni, walaupun harga dia murah. meh sha nak share dengan korang kedai yang jual telekung tu πŸ‘»

beginilah rupa telekung yang sha beli tu, sha beli warna navy blue. kain dia sedikit nipis tapi oklah kalau buat pakai kat rumah hehe




ni koleksi warna warna telekung yang dorang jual. banyakkan pilihan warna? sha dah rambang mata haritu nak pilih warna apa πŸ˜‚ rasa nak ambik je semua warna yang berkenan


haaa! ni lah kedai yang jual telekung tu. korang kalau berminat boleh lah gi usha usha hehe kalau taknak tersangkut mohon tebalkan iman ye 😝 selain telekung dorang pun ada jual tudung, inner snowcap. senang cite korang ushalah sendiri hehe

harga telekung : RM22
postage : RM 2.30
total : RM 24.30 

berbaloi kan? 😍 


TWITTER DI PC DAH ADA NIGHT MODE

16:53 6
TWITTER DI PC DAH ADA NIGHT MODE

Assalamualaikum.

Tadi masa tengah buat kerja, nak rehat kejap bukak lah twitter di pc. sesiapa yang ada twitter mesti tau kan, app twitter menyediakan night mode tapi sha tetap guna yang biasa hehe rasanya yang guna night mode ni yang jenis bertweet tweet sampai ke pagi kot. sha sekarang dah hadkan dah waktu bermedia sosial hehe. berbalik kepada tajuk tu, sha login je twitter terus naik *try night mode* something like that la, sha pun terus try

yang biasa 

 night mode
korang suka yang mana? sha jarang dah main twitter haha dulu masa zaman takdak kerja nak buat memang hadap twitter lah. tapi twitter antara app wajib diinstall di phone hahaha. ada twitter? followlah sha @shfyqhazhr

Thursday, 21 September 2017

PRINT GAMBAR SEBAGAI KENANGAN

20:42 16
PRINT GAMBAR SEBAGAI KENANGAN
Assalamualaikum and hi!


siapa sini suka selfie? πŸ˜‚πŸ™ŒπŸ™‹ pergi mana mesti nak ambik gambar? mestilah kan? buat kenangan kan semua tu. best tau bila dah lama tak berkumpul or takpergi tempat tu, tengok balik gambar sama kawan/family dapatlah ubat sikit rindu tu kan hehe. sha n the geng memang suka selfie. taktaulah bila jumpa, bila je takselfieπŸ˜‚ so sha pulak suka print gambar gambar kitaorang macam kat atas ni πŸ‘† print atas kertas A4 je sebab dulu pernah print atas kertas gambar tapi mcm takcantik sangatπŸ˜‚ sha try print atas kertas a4, eh cantik pulak hahaha lepas tu tunjuk kat kawan kawan, semua mintak nak print lah gambar family la, gambar kitaorang la. so atas ni gambar masa raya haji haritu, raya first dan kedua oh dan gambar sha dgn adik sha. dalam bilik sha ada satu tempat ni untuk letak gambar la. dah penuh dah πŸ˜‚ kena cari tempat baru lah pulak, tapi rasa macam kalau beli album pun ok kan? lagi boleh letak banyakkan. 

disebabkan harini sha rasa macam baik hati sikit hihi sha rasa nak bagi lah 1 set (9 keping gambar) print your own picture. okay tak? sha bagi kat top commentor ye? siapalah top commentor untuk bulan ni hehehe 😘❤ nanti hujung bulan sha bagitau siapalah orang yang bertuah tu. selamat malam ✨

Giveaway Paling Gedik

16:24 10
Giveaway Paling Gedik

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Giveaway by Alia Farhan

13:19 11
Giveaway by Alia Farhan

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hampa cuma perlu :

*paste kan entry ni dekat blog hampa 


* follow @aliafarhan

*follow @aliafarhansaid

* follow @scandi_scandu

* komen DONE dengan paste entry hampa na.

GA ni akan berakhir  30 September

DUA Pemenang akan diumumkan 1 October

Pemilihan pemenang menggunakan Random.org




Segmen Paling Mudah Menang Hadiah Misteri!

13:02 12
Segmen Paling Mudah Menang Hadiah Misteri!

klik banner untuk join ^

segmen ni paling mudah untuk menang hadiah misteri ni hanya perlu komen di entry/ di shoutbox tapi kalau buat entry tentang ini, dapatla markah bonus hihi :)

Giveaway Comel By Syahirah Valiant

12:58 2
Giveaway Comel By Syahirah Valiant

KLIK BANNER UNTUK JOIN

GIVEAWAY FM FROM CANADA

12:51 3
GIVEAWAY FM FROM CANADA

KLIK BANNER UNTUK JOIN

COMEBACK GIVEAWAY

12:26 10
COMEBACK GIVEAWAY

KLIK BANNER UNTUK JOIN

sha tag : zeeyta | ai | syasya



SUPPORT ME!! POKUCU Contest

12:16 5
SUPPORT ME!! POKUCU Contest

KLIK BANNER UNTUK JOIN

pandangan sha bila first time masuk blog http://www.pokucu.com/ adalah blog ni blog yang kemas, teratur dan loading cepat je. dengan tema purple hitam, buat lagi sha nak melawat blog tu hari hari haha. semoga sukses dalam dunia blogging ya ;)

MYLARA Skincare

11:13 12
MYLARA Skincare

CLICK BANNER UNTUK JOIN

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Mengenai MYLARA SKINCARE
MYLARA skincare adalah hasil dari gabungan tenaga professional dalam merumus formulasi set penjagaan wajah untuk kekal sihat dan terawat. Dirumus dari ekstrak tumbuhan dan buah, MYLARA sesuai digunakan buat semua jenis kulit wajah, seawal usia 14 tahun hingga 60 tahun. MYLARA mengerti bahawa kulit wajah adalah aset yang memerlukan perawatan khusus dan selamat. Bukan sekadar produk penjagaan wajah, MYLARA adalah jawapan kenapa anda sudah tidak perlu berlindung di balik wajah kusam dan bermasalah!

MYLARA skincare dihasilkan dari kilang yang bertaraf GMP. Bahan-bahan serta formulasi yang dihasilkan telah diuji secara klinikal dari aspek keberkesanan dan keselamatan berlandaskan syarat-syarat pengilang GMP. Tiada ujikaji pada haiwan dijalankan.

Berkesan merawat
1. Kulit kusam
2. Kulit berminyak
3. Jerawat
4. Jeragat
5. Parut jerawat
6. Hiperpigmentasi

Kelebihan MYLARA

SELAMAT
Mylara diformulasi oleh YANG PAKAR tanpa bahan kimia bahaya dan telah mendapat kelulusan KKM dan dijamin halal

PROVEN
Mempunyai lebih daripada 99 testimoni terkumpul

MUDAH DIGUNAKAN
Hanya menggunakan 4 item asas penjagaan wajah. Tak sampai 5 minit dah boleh look amazing

KULIT WAJAH SEMAKIN SIHAT 
Kulit sentiasa terawat dan Mylara meminimumkan pertumbuhan jerawat/jeragat/parut.

TIADA KESAN SAMPINGAN
Menggunakan 98% bahan organic dan mempunyai 0.01% risiko menyebabkan alahan atau kesan sampingan di wajah

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
4-in-1 Collagen Cleanser (60ml)

Pencuci wajah yang mempunyai 4 fungsi utama yang boleh menghapuskan kesan-kesan make-up, minyak dan kekotoran. Menghapuskan make up pada mata dengan lembut serta ekdfoliasi ringan untuk wajah yang lembut, licin dan cerah.

Cara Penggunaan : Cuci muka dua kali sehari dengan mengikuti dua langkah berikut:
- Pamkan 1-2 kali pencuci muka ke atas tangan yang basah , buihkan dan ratakan ke atas muka dan leher.
- Bilas dengan air suam secukupnya dan biarkan kering sebelum menggunakan Mylara Pore Refining Facial Toner.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Facial Toner (60ml) 

Pelembap wajah yang membantu prose semulajadi kulit iaitu membersih dan membaikpulih dengan mengecilkan pori-pori, menyeimbang kelembapan dan kandungan minyak, membuat kulit terlihat sihat, tegang dan berseri.

Cara Penggunaan : Selepas mencuci muka, di atas permukaan kering; 
- Basahkan kapas dengan toner secukupnya. Ratakan perlahan di muka dan leher dengan arah ke atas. - Untuk perlindungan optimum, gunakan Mylara Matte CC Cream atau Mylara Revitalizing Night Cream selepas toner.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Matte Miracle CC Cream SPF 30 (7g)

Krim multifungsi yang berkesan melindungi kulit wajah dari sinar matahari yang bahaya dengan SPF 30. Terbukti secara secara klinikal dapat meningkatkan tekstur kulit dan memberi kelembapan yang secukupnya dengan warna matte yang elegan. “CC’’ bermaksud color corrective, dan ia terdiri dari primer pencerah wajah, foundation ringan, pelembap, dengan bahan-bahan anti-penuaan dan pemangkin kolagen.

Cara penggunaan : Selepas penggunaan toner, sapukan CC Cream 15 minit sebelum terdedah kepada sinaran matahari. Adalah digalakkan untuk menambah sapuan selang 2 jam jika masih terdedah kepada sinaran matahari.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Revitalizing Night Cream(7g)
Krim malam yang berfungsi mencerah yang masuk jauh ke dalam lapisan wajah untuk menyubur dan melembap kulit sehingga 8 jam. Membantu menghapus noda dan mencerah seawal 14 hari pemakaian dengan bahan-bahan yang terbukti secara klinis.

Cara Penggunaan : Sebelum tidur, selepas penggunaan pencuci muka dan toner

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kenapa MYLARA SKINCARE pilihan terbaik untuk mereka yang mempunyai masalah kulit dan ingin merawat kulit mereka? 

Ini kerana MYLARA SKINCARE memiliki doktor dan staff-staff yang mahir di bidang masing-masing. Dengan adanya kumpulan serba mahir ini, MYLARA SKINCARE memberi jaminan produk dan perkhidmatan yang bakal membuat anda selesa dan yakin menggunakan produk yang berasas sumber alam yang diiktiraf selamat.

MYLARA SKINCARE membawa aspirasi Awaken Your Best Skin khusus buat para remaja serta wanita dan lelaki untuk menampilkan sisi terbaik anda dengan bahan-bahan dari alam semula jadi. Kecantikan dan keyakinan berhak anda miliki. Keselesaan dan keselamatan pengguna adalah matlamat MYLARA SKINCARE.

MYLARA SKINCARE memiliki produk dan perkhidmatan yang berasaskan ekstrak tumbuhan dan buah berkualiti. Diformulasi dengan teknologi terkini di kilang yang diiktiraf GMP pasti bakal memberikan hasil yang optimum dan selamat untuk kulit para remaja, lelaki dan juga wanita.
Dekat mana boleh dapatkan MYLARA SKINCARE ni?
Boleh juga whatsapp terus ke 013-9200960
atau e-mail ke mylaraskincare@gmail.com

Guide dari Dr.Mai sendiri dan sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh tanya secara terus dekat beliau.. Terbaik perkhidmatan yang diberikan oleh MYLARA Skincare..

BARANG DI LAZADA RM1?

10:01 9
BARANG DI LAZADA RM1?
Assalamualaikum

Pagi ni kat tempat sha hujan, hujan lebat dari pukul 5 pagi tadi tapi sekarang hujan renyai renyai je . tengah belek belek group di whtsapp ada orang cakap kat LAZADA ada barang RM1 uolls. barang apakah? barang dari Taobao. tapi bukan semua baranglah RM1, ada sesetengah barang je. tapi sha malas nak usha usha kang terbeli haha -_-  disebabkan sha taknak beli, sha nak share jelah dengan korang









kalau rasa ada yang berkenan boleh lah pergi merisik pagi pagi ni kan :p tapi postage dia Rm7+ tapi kalau beli RM60 keatas free pos. ha okaylah tu, jom sambung kerja hehe


Wednesday, 20 September 2017

TAKNAK MASUK U KE?

11:26 20
TAKNAK MASUK U KE?

Assalamualaikum.

"taknak masuk U ke?" "taknak sambung degree ke?" "nanti susahlah nak cari kerja kalau takdak degree". i dont know if sha je yang selalu dapat soalan macam ni, selalunya daripada makcik - makcik la haha kadang kadang memanglah orang cakap hadap jelah pertanyaan dorang, tapi kadang sabar kita ada tahap dia makcik haha. kadang kadang tu rasa terhina pun ada. tak masuk U takboleh berjaya ke? takde rezeki nak buat macam mana kan? siapa je taknak masuk U? bestnya tengok kawan kawan semua pergi kelas, duit mak ayah bagi, yang kita kena kerja, duit sendirian berhad haha. kadang tu cemburu lah jugak, memang sifat manusia normal lah kan nak cemburu. bukan tak bersyukur, bersyukur tapi didalam hati kecil sha tetap ada rasa sedih walaupun sikit. nanti kawan kawan graduate bestnya dorang huhuhu tumpang bahagia jelah boleh gitu?

source : google.com

orang selalu jugak tanya, tak apply semula ke? okay meh nak cerita, sha budak lepasan STPM yang dapat pointer bawah 3.00, memang dulu cikgu ada cakaplah susah sikit nak dapat U tapi tak kisah lah, sha mohon jugak haha nak masuk U kan, memang dari kecil berazam benda tu lah, nak masuk U. STPM sha entahlah, dia macam sem1 subjek ni ok, bila sem 2, 3 subjek tu hancur. tapi bangga sekali pengajian am la sha dapat A hahaha bangga oh sebab dulu taksuka cikgu PA :') tapi dah suka dah sekarang, sayang sekali hahaha ok lepastu sha apply UPU kan, kokurikulum sha ok, muet pun oklah band3 kan, tapi pointer tu lah tak okay. serious cakap sha apply kos biasa je, tak demand pun, janji masuk U :') tapi takdapat jugak, menangis gila malam tu, bukan tak terima apa Allah dah bagi tapi kecewa dengan diri sendiri. kenapalah dulu tak study elok elok apa semua, ala biasalah bila dah down kan. lepas tu dengar pulak kawan kawan yang dapat taknak pi U! YA ALLAH dah kenapa dorang hahahaha cikgu siap nak support apa semua taknak jugak, bagi aku jelah. masa tu memang serabutlah cerita dia. sha duk tolong kawan uruskan semua benda yang dia nak masuk U kan, sedih gila T,T boleh tolong buatkan yang orang je. 

lepas kawan dah masuk U apa semua, sha ada lah try nak apply UNISEL kat selangor tu tapi duk teragak agak jugak sebab dorang cakap situ bandar sangatlah karang kena culture shock lah apalah so sha pun macam okaylah tunggu lah lagi. lepas tu cikgu form6 whatsapp kot kot ada yang nak sambung kat kolehj dr hamzaid, sha isi borang tu, tapi bila sampai stage last takjadi sebab fikir kot adik dapat U jugak nanti, peninglah mak abah huhu. sha pun macam takpelah takde rezeki kot nak masuk U, bagilah adik berjaya, apa salahnya beralah. tapi cita cita sha tak terhenti kat situ okay, sha dah berazam, nanti kalau ada rezeki insyaAllah nak sambung jugak degree walaupun dah berumur sikit :') taksalah kan kalau nak belajar. ala, sha baru 21 sekarang. orang selalu jugak tanay kenapa nak sangat masuk U, jawapan sha senang je, nak jadi an educated mom and woman gituh! okay done membebel di pagi rabu haha, jom sambung kerja! 

Tuesday, 19 September 2017

RESEPI KEK BATIK SIMPLE

09:52 36
RESEPI KEK BATIK SIMPLE
Assalamualaikum

Minggu lepas sha teringin nak makan makanan yang manis manis so sha pun ambiklah keputusan nak buat kek batik. sebab kek batik jelah yang mudah, cepat dan sedap kan πŸ˜‚ harini sha nak share resepi tu dengan korang

bahan - bahan


1. Biskut marie (sha memang guna yang jenama ni je since first time belajar buat kek batik)
2. 1/2 buttercup
3. 1/2 tin susu krimer manis
4. 2 botol serbuk koko 
5. 1 cawan air kosong 


cara - cara memasak ;

1. cairkan buttercup
2. masukkan secawan air dan setengah cawan susu lepastu kacau
3. kemudian masukkan serbuk koko dan kacau hingga takde ketul ketul tau?
4. patahkan roti marie ke dalam kuali
5. gaul hingga rata
6. masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais 4-6 jam
7. sedia untuk dimakan πŸ˜πŸ˜‹

pic yang takberapa jelas maaf πŸ˜‚ tapi sedap tau (done puji diri sendiri) 



Monday, 18 September 2017

DEMAM OH DEMAM

20:09 3
DEMAM OH DEMAM
Assalamualaikum!


apa makna ubat ubatan semua ni? ya sha demam 😭 ceritanya start last week hari rabu, sha kerja petang. malam selasa tu dah taksedap badan dah tapi macam oklah takde apa kot pastu pagi rabu tu tengah dengar lagu tertidur alahai bila bangun je terus rasa tak sihat padahal kejap lagi kena gi kerja. sha pun okaylah pi lah kerja macam biasa kan, padahal petang tu memang rasa nak tidur je hahahaπŸ˜‚ nak dijadikan cerita, balik kerja tu hujan pulak. sha gi kerja naik motorsikal je haha so kenalah hujan yang renyai renyai balik tu bertambahlah sakit diaπŸ˜‚ hari khamis kerja pagi, haritu memang taklarat sangat lah sha pun whtsapp lah kakak tempat kerja sha cakap sha nak halfday je, hari khamis haritu hujan sepanjang hari πŸ˜‚ maknanya sha pi kerja kena hujan balik kerja kena hujan. balik je rumah terus mandi pastu telan panadol apa semua tidur, alhamdulillah lega terus demamπŸ˜‚ tapi sekarang masalah dia batuk pulak πŸ˜ͺ batuk takhenti, adoi letih tauπŸ˜‚ orang cakap "minum air ais kuat sangat ni" hahaha dorang taktau yang sha ni pagi petang siang malam memang hadap air kosong takberais tu jeπŸ˜‚ sampai dah takrasa nak minum air manis tau hehehe tapi tu lah sampai saat sha tengah cerita ni batuk tak hilang lagi. ada apa apa tips tak nak hilangkan batuk? kalau ada boleh lah share kat komen hehe doakan sha cepat sembuh 😘❤ 

KENING BERALUN / WAVY EYEBROWS

12:06 6
KENING BERALUN / WAVY EYEBROWS

Assalamualaikm and happy monday everyone!

susah betul nak muncul kat blog ni, disebabkan masa yang sangat terhad. siapa pernah baca/tengok tengok mengenai wavy eyebrows ataupun kening beralun? hahaha macam macam jenis kan fesyen sekali? kening pelepah la kening shinchan la. selain kening, bibir bealun pun ada orang buat tau, tak percaya try search kat youtube "wavy lips" yang kening beralun ni sha taktau lah ada ke tidak. so beberapa hari lepas sha clear data snapchat sebab berat gila app dia tapi filter dia cantik cantik haha girl is complicated! so semalam rasa nak login balik sebab demam dah okay yay! nak selfie selepas demam lah cerita dia haha mengada betul dah lega demam nak selfie bagai, so bila dah login, download la filter yang ada kan, terjumpa lah filter yang "kening beralun" ni hahahaha rasa macam weh woowwww hahaha eksitedlah kan cerita dia sebab nak buat sendiri memang idok ler, lukis kening yang biasa pun mcm shin chan sudah. so here the photo ;-


lepas selfie kan, sha uploadlah kat status whatsapp. ramai ye yang pm tanya buat kat mana hahahahahahahhaha nampak macam betul ke? takkan? macam filter kan? sha macam nak gelak guling guling je dengan dorang ni ahahahaha yang geng geng abang sado semua mcm "ha eloklah kening macam tu" "kening dia la kalau jual mahal ni" sebab kening sha yang sebetulnya hidup segan mati taknak je hahaha. bila dah cakap filter dorang macam em takpelah taknak share hahahaha ha pi lah buat kat snapchat, f.o.c! abaikan muka sebesar talam tu ye, happy working!



Saturday, 16 September 2017

TAHNIAH ! SEGMEN BLOGLIST SEPTEMBER

15:00 14
TAHNIAH ! SEGMEN BLOGLIST SEPTEMBER


Assalamualaikum. 

Selamat Hari Malaysia! harini sha nak umumkan bloglist september di blog sha ni. walaupun takdapat sambutan (huhu) tapi terima kasih kepada yang join! 


dan pemenang bagi topup RM10 tu adalah

http://hadiahbintangjatuh.blogspot.com

sila pm detail kepada saya di FB ( https://www.facebook.com/shafyqahazahar )

Nama :
Jenis telco :
No Phone :