10/01/2017 - 11/01/2017 - shfyqhazhr

Sunday, 29 October 2017

ALREADY HAVE MY OWN BUSINESSCARD!!

20:30 15
ALREADY HAVE MY OWN BUSINESSCARD!!

Assalamualaikum

ALREADY HAVE MY OWN BUSINESSCARD! | Haritu sha ada menang 100pcs businesscard dari Uyul [baca sini] dan hari khamis lepas business card sha sampai yay! mula mula tu sedikit hairan sebab takde order apa apa pulak. ada orang hantar kejutan ke ni haha. bila dapat parcel sha picit picit nak tau benda apa sebab nak bukak time tu tengah busy hahaha lepas settle kerja semua, sha dengan tenangnya ambik gunting dan gunting parcel tu, dan YAYYYYY ITS MY BUSINESS CARD!!!! excited time tu takpayah cerita lah hahaha pastu terfikir nak buat apa dengan business card banyak banyak ni? haha. by the way, uyul tambah lagi 100pcs sebab masalah teknikal yang dialami oleh pihak uyul so maknanya sha ada 200pcs business card lah sekarang!


TADA! haritu kan blog warna pink sebab tu pilih corak macam tu haha tapi sha memang berkenan dengan corak ni taktaulah kenapa haha. SA stands for SHAFYQAH AZAHAR ehe (lego kat atas tu)


since esok sha nak ke pejabat pos, siapa yang rasa nak business card dan hadiah misteri dari sha boleh email sha kat shfyqhazhr@gmail.com okay?! lima terawal sha bagi hadiah misteri hehehe. korang yang nak tempah business card ni bolehlah melawat blog uyul 




BOOKING HOTEL UNTUK HOLIDAY HANYA DIHUJUNG JARI DENGAN TRAVELOKA

15:06 19
BOOKING HOTEL UNTUK HOLIDAY HANYA DIHUJUNG JARI DENGAN TRAVELOKA

Assalamualaikum 

BOOKING HOTEL UNTUK HOLIDAY HANYA DIHUJUNG JARI DENGAN TRAVELOKA Hujung tahun hampir tiba, pasti ada dikalangan korang yang dah bercadang nak pergi bercuti time cuti sekolah nanti kan? Korang tau tak sekarang nak booking tempat penginapan kita semasa percutian seperti hotel dan resort secara online adalah satu kemudahan yang wajib kita semua gunakan sepenuhnya jika korang nak cari tempat yang sesuai untuk holiday atau for work purposes. But still, ramai juga yang masih ragu-ragu dan rasa tak selamat untuk buat online hotel booking sebab ada a lot of hotel booking website out there. So sebab tulah ramai yang suka walk in atau book through telefon but diorang mesti dapat harga yang mahal.


source : google.com


Sapa yang ada experience book hotel online or cari best deal for hotel yang korang nak stay? For your information, in other country dah lama diorang book hotel dekat online. Just that in Malaysia it’s a new thing. Maybe because ramai tak pakai kad debit untuk purchase dari online. Its all about safety. Tapi security sekarang dah power, so u worry no more, its easier to purchase or book online. 

Kenapa book di Traveloka? First of all, kita dapat jimat duit dan masa kita. Bayangkan dalam keadaan kita berjogging sambil pakai fon kita boleh book hotel, or survey by bandingkan harga hotel-hotel yang ada. We don’t need call setiap hotel yang ada dalam list no more. Easy and flexible sebab in one click korang boleh pilih hotel yang ikut taste korang. More than that, korang boleh check review for each hotel yang ada dalam list. So pick carefully according to your keselesaan. Kalau dah terang-terang negative tapi korang book gak, I nak pesan all the best to your experience dalam percutian korang. 

Korang jugak boleh check the price that u exactly kena bayar without hidden charges. So dengan kata lain, korang akan confident dengan harga yang ditunjukkan so korang boleh standby duit. But take note juga kalau korang lambat book, takut harga naik last minit or fully booked. So I pesan yang kalau dah confirm tu jangan teragak-agak nak buat booking. 

In traveloka also korang boleh check apa yang include dalam booking korang macam breakfast included or not. Then u guys can check the terms and conditions, boleh duduk berapa orang, bila check in and check out. Jangan main redah jer sebab in the traveloka the informations are complete. Tengok dan baca betul betul sebab sape yang nak spoil our holiday mood kan? 

source : google.com
Payment method korang boleh bayar pakai kad kredit or debit. Senang kan? Macam shopping online jer. So tak payah nak pergi bank nak deposit to hotel account. Just standby baki yang cukup dalam bank akaun korang, kalau tak cukup tak guna gak. Selain tu, korang boleh check facilities for each hotel yang ada, sebab ye la kadang kadang kita nak iron baju tapi hotel tu takde iron kan naya tu. Tak dapat nak pergi meeting esok hari. Make sure ada wifi or not sebab I tau zaman skang kalau takde wifi korang mesti meroyan kan? Apa guna data? Hahaha

And yang paling bestnya, traveloka include sekali hotel-hotel in south east asia. Bukan Malaysia jer, so seluruh muka bumi ni korang boleh jelajah sekali. Haha melampau la pulak kan. But the point is korang boleh buat booking eventhough tak payah call and the hotel 200km away. This is the new age, and as the generation that lives in Information Technology era, kenalah pandai guna online booking plus traveloka ini very user friendly and safe. 

Kesimpulannya, tempahan penginapan secara online amatlah senang. Hanya boleh dilakukan di depan computer dan smartphone. Menjimatkan masa dan juga duit. Sekaligus membolehkan korang experience percutian atau urusan kerja dengan smoothly tanpa sebarang masalah. Please enjoy the way u can book the hotel online as easy as abc. Hopefully korang dapat have fun!




2ND GIVEAWAY ATIEHILMI.COM ft. 1ST DENTAL CLINIC

09:40 3
2ND GIVEAWAY ATIEHILMI.COM ft. 1ST DENTAL CLINIC

Assalamualaikum

2ND GIVEAWAY ATIEHILMI.COM ft. 1ST DENTAL CLINIC | yay blog atiehilmi buat giveaway lagi hehe harap harap kalini ada rezekilah nak menang sebab hadiah dia lumayan gais :D oh tarikh tamat giveaway ni esok haha masih sempat ni kalau korang nak join

[ KLIK BANNER UNTUK JOIN ]

TAK NAK SUNYI SEPI LAGI GIVEAWAY BY ASTRAVELER

09:27 8
TAK NAK SUNYI SEPI LAGI GIVEAWAY BY ASTRAVELER

Assalamualaikum, selamat pagi!

TAK NAK SUNYI SEPI LAGI GIVEAWAY BY ASTRAVELER | mulakan pagi sha harini dengan join giveaway oleh sahabat blogger kita ni hehe semoga ada rezeki sha. 

[ KLIK BANNER UNTUK JOIN ]


Saturday, 28 October 2017

TROPIKA FACE CLEANSING OIL - 3 IN 1 CLEANSER

11:00 9
TROPIKA FACE CLEANSING OIL - 3 IN 1 CLEANSER

Assalamualaikum.

TROPIKA FACE CLEANSING OIL | Semua sedia maklum, zaman sekarang ni pencuci muka pun bermacam macam jenis, ada jenis foam, ada jenis gel dan ada jugak jenis oil. pemilihan pencuci muka sangat penting supaya bersesuaian dengan jenis kulit kita. korang boleh scroll entry lama lama sha ada share mengenai OCM (oil cleansing method) dan jenis jenis kulit muka. harini sha nak cerita mengenai satu produk baru iaitu TROPIKA FACE CLEANSING OIL. lepas ni korang takpayah susah susah nak menyusahkan diri dah, korang boleh terus beli dan guna TROPIKA FACE CLEANSING OIL ni sebab? produk ini mempunyai tiga fungsi, kiranya 3 in 1 lah iaitu MAKEUP REMOVER, CLEANSER dan MOISTURIZER.



PENGENALAN KEPADA TROPIKA FACE CLEANSING OIL

TROPIKA Face Cleansing Oil mempunyai formula semula jadi, yang terdiri daripada minyak kelapa dara yang berkualiti tinggi. Ia adalah pilihan pembersihan yang sangat baik untuk semua jenis kulit, mencuci minyak sebum yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit. Pembersih dirumuskan menggunakan VCO, Licorice Root Extract dan Vitamin E yang mencipta fungsi 3-dalam-1; menghapuskan makeup, membersihkan dan melembapkan kulit serta menjadikan kulit lebih segar. Kombinasi yang unik dengan ekstrak likuoris membantu mengurangkan garis dan bintik halus, dan memperbaiki nada kulit. Formula khas ini selamat digunakan pada kulit sensitif juga dan yang penting juga, produk ini telah diuji dibawah kawalan dermatologi. Produk ini juga Cruelty FREE, Paraben FREE and Fragrance FREE.

BAHAN YANG DIGUNAKAN

Minyak Kelapa Dara (VCO) - Pelembap semula jadi yang hebat. Mengandungi asid laurik yang dapat membersihkan liang - liang pori diwajah.

Vitamin E - Dapat mengurangkan garis halus, kedutan, dan bintik-bintik.

Ekstrak Root Licorice - Mengandungi glabridin yang membantu mengurangkan penampakan gelap (dark circle) di bawah lingkaran mata dan penuaan. Secara tradisional digunakan untuk mencerahkan kulit.

Olive Oil Esters - Ejen pembersih tambahan yang selamat digunakan di sekitar mata. Ia menawarkan ciri anti-radang dan membantu mengatasi pengeluaran minyak yang berlebihan.

CARA PENGGUNAAN (HANYA DENGAN TIGA LANGKAH MUDAH)

1. Sapu dan ratakan pada kulit muka
2. Tambah sedikit air dan teruskan urut.
3. Bilas dengan air dan keringkan muka dengan tuala bersih.



BILA HENDAK DIGUNAKAN?

Dua kali sehari atau setiap kali anda nak remove makeup


SIAPA YANG BOLEH MENGGUNAKAN PRODUK INI?

* Sesiapa yang memakai make up atau tidak memakai make up.
* Sesiapa yang mengambil berat tentang kulit mereka.
* Sesiapa yang memilih produk semulajadi untuk kulit mereka.
* Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.



WEBSITE
FACEBOOK
INSTAGRAM 

Friday, 27 October 2017

PIXY BB CREAM BRIGHT FIX SPF30 & PA +++

17:30 11
PIXY BB CREAM BRIGHT FIX SPF30 & PA +++

Assalamualaikum

bb cream pixy, produk pixy,
PIXY BB CREAM BRIGHT FIX

PIXY BB CREAM BRIGHT FIX | Beberapa minggu lepas, sha ada pergi pasaraya berdekatan kawasan rumah sha, pastu nampaklah bb cream dari pixy, selama ni takpernah ada pun, paling senang nak cari kat sini bedak compact dia jelah, makeup remover apa semua tu memang susah nak cari, dan sha baru tau yang pixy ni sekarang dah ada matte lipstick tapi takpernah jumpa lagi setakat ni haha. 

MENGENAI PIXY

Produk-produk PIXY dicipta dengan kualiti piawaian tertinggi daripada Jepun dan menggunakan bahan-bahan semula jadi untuk kulit yang sihat dan cantik. Kesemua produk telah dihasilkan supaya ianya bersesuaian dengan kulit wanita Asia dengan formula yang telah diuji secara klinikal dan terbukti selamat untuk kulit. Tahap piawaian Jepun juga telah digunakan untuk pembungkusan produknya yang telah direka untuk mencerminkan gaya Tokyo.

so selepas beberapa minggu memendam rasa untuk membeli bb cream tu, akhirnya!!! sha beli jugak haha bukan taknak beli sebab apa tapi bb cream yang lama banyak lagi, muka ada satu je beli banyak banyak nak pakai kat mana? *bak kata adik sha*. 

BB Cream Bright Fix - SPF30 & PA+++


Krim BB semua-dalam-satu yang dapat menutup noda pada wajah, menyampaikan kebaikan pencerahan kulit dan perlindungan daripada sinaran UV. Dirumus dengan Bedak Kunci-Pintar, ia mengekalkan kulit cerah dan tidak kusam sehingga 12 jam. 


- Tekstur krimnya yang ringan menutup noda tanpa rasa tebal.
- Ekstrak Pemutih Semula Jadi dan Derivat Vitamin C mencerahkan kulit.
- SPF30 & PA+++ memberikan perlindungan optimum daripada sinar cahaya UVB dan UVA.
- Diuji secara klinikal tidak menyumbat liang pori.
- Mekap asas yang boleh digunakan secara sendiri, ataupun dengan bedak untuk penutupan yang lebih tinggi.

BB cream daripada pixy ni mempunyai tiga tone warna iaitu ;

kat pasaraya yang sha pergi tu ada dua warna je ; ochre dan beige. mestilah sha kena ambik yang beige tu, kalau ambik ochre mesti jadi kelabu kalau sha pakai haha. balik dari pasaraya terus try, excited sangatlah cerita dia. tapi try kat tangan je lah haha, memang best gila tekstur dia sampai sha rasa taksabar nak pi kerja esok pagi haha! so lepas guna this bbcream dari pagi sampai petang, memang best! dengan harga RM14++ dapat bbcream best macam ni, rasa macam taknak tukar bbcream lain hahaha 

so conclusionnya :-

(+) packaging comel gila!!! can you see the packaging?? (packaging cantik adalah salah satu sebab sha nak beli benda tu haha)
(+) mudah di-blend
(+) wangi!
(+) sesuai dengan warna kulit sha
(+) lepas guna untuk 8 jam, takbercapuk or berminyak dan masih elok [walaupun produk ni cakap untuk kegunaan 12 jam]
(+) ada SPF 30 & PA +++
(+) tekstur yang ringan [takrasa macam pakai bb cream]
(+) RM14+ untuk 30ml bbcream <3 p="">

(-) susah nak jumpa kat kawasan sha
(-) 


9.5/10 bintang untuk produk ni 

repurchase ? YES



LIRIK TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA - BITOBEYTO

11:32 2
LIRIK TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA - BITOBEYTO




LIRIK TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA

terima kasih atas segalanya
yang telah kau beri kepada diriku
aku ingin kau tahu
ku menyayangimu ku mencintaimu
sepenuh hatiku
bukan seketika tapi selamanya

aku takut, aku takut kehilanganmu
maafkanlah seandainya ku menyakitimu
maafkanlah seandainya ku melupakanmu

aku tahu aku ini hanya insan biasa
yang takpunya apa apa tuk berikan padamu
aku tahu aku ini bukan pilihanmu

maafkanlah seandainya ku menyakitimu
maafkanlah seandainya ku melupakanmu

aku tahu aku ini hanya insan biasa
yang takpunya apa apa tuk berikan padamu
aku tahu aku ini bukan pilihanmu
aku tahu aku ini bukan pilihanmu

Wednesday, 25 October 2017

LIRIK NANTI - EDA NAZIELA

15:41 2
LIRIK NANTI - EDA NAZIELA


Instagram: @edanaziela

LIRIK NANTI - EDA NAZIELA

ku biarkan engkau menang
ku biarkan kau bertahan
biar hati yang kau genggam
habis punah dengan janji janji yang telah lari

nanti bila engkau terluka
bila engkau sengsara
kau pasti cari ku semula

nanti bila engkau derita
kau tiada siapa siapa
kau pastu cari ku semula

ini permainan cinta

ku biarkan engkau benar
ku biarkan kau lepaskan..
aku pasti nanti kau kembali
menadah hati
seolah aku satu satunya yang mengerti
kamu......

nanti bila engkau terluka
bila engkau sengsara
kau pasti cari ku semula

nanti bila engkau derita
kau tiada siapa siapa
kau pastu cari ku semula

kerna begitulah kamu dari mula

CHIA SEED FROM SIGNATUREMARKET & KEBAIKAN CHIA SEED

10:44 7
CHIA SEED FROM SIGNATUREMARKET & KEBAIKAN CHIA SEED

Assalamualaikum.

Semasa #MYCYBERSALE2017 haritu, sha ada scroll di FB tetiba nampak chia seed ni RM 7.90 dan FREE POSTAGE! tanpa berfikir panjang, sha terus order haha dan 22 Oktober haritu chia seed sampai yay!


actually datang dalam box tapi semalam malas nak bangun gi ambik box dia haha but sokay, gonna update soon on my instagram (@shfyqhazhr). for those yang taktahu, chia seed ni banyak kebaikan dia, and i gonna share later. the reason why i bought this chia seed is mmmtah hahaha taktaulah kenapa beli, sebab murah kot? perangai macam ni boleh buang tak? beli sebab murah je??? tapi disebabkan banyak manfaat daripada chia seed taksalah kan beli sebab murah ehehehe. 


KEBAIKAN CHIA SEED.

1. Menambah tenaga
Dalam 28g gram chia seed ia membekalkan 4g protein untuk menjana tenaga sepanjang hari.

2. Sesuai untuk pesakit kencing manis.
Kajian menunjukkan Chia Seed sesuai diambil oleh sesiapa sahaja termasuk pesakit kencing manis.

3. Menguatkan tulang
Menurut kajian Chia Seed mengandungi kalsium yang lima kali lebih tinggi berbanding produk tenusu. Bukan sahaja kalsium, Chia Seed kaya dengan phosphorus, mangan dan protein yang penting untuk kekuatan tulang, gigi dan akar rambut.

4.Membantu menurunkan kolesterrol.
Chia Seed kaya dengan fatty acid omega 3 dan 6, serat dan protein. Kombinasi ini membantu menurunkan kolestrol tidak baik (LDL) dan meningkatkan HDL.

5. Menolong Mengurangkan Berat Badan
Chia seed yang sememangnya kaya dengan serat (fiber) yang mengenyangkan. Disamping ia membantu melancarkan sistem penghadaman. Ia membantu menyingkirkan toxin dalam badan

6. Kaya Protein
Chia Seed juga mengandungi protein yang tinggi. Oleh kerana kandungan protein yang tinggi maka chia seed bagus untuk mereka yang sedang menjalani program diet tertentu.

7. Kaya antioksida
Antioksida membaiki sel yang rosak dalam badan, melindungi sel-sel itu dari binasa, melambatkan proses penuaan dan seterusnya membantu mengurangkan risiko kanser.

8. Kaya serat.
Membantu mengatasi masalah kesukaran membuang di bilik air
credit : facebook





UPDATE 26/10 : got another chia seed from signaturemarket. patut tak sha buat giveaway??!

Sunday, 22 October 2017

DULU PEMALU SEKARANG ?

12:51 8
DULU PEMALU SEKARANG ?

Assalamualaikum!

sha terasa nak menulis mengenai benda ni, dulu seorang yang pemalu sekarang seorang yang open dengan semua orang. so sha nak cerita dulu mengenai diri sha yang tahap malu yang melampau dulu. dulu masa sha kecik kecik, family sha memang takbenarkan bermain kat luar rumah haha sedihnya zaman kecik sha T___T atas alasan takdak kawan, yes! memang takdak sorang pun cousin yang sebaya dengan sha, kalau cousin yang umur bawah dari sha setahun memang ada tapi jauh. so sha memang dah terbiasa dengan bermain seorang *scary pulak baca* dan didalam rumah. kiranya main dengan mak sedara sha yang jaga sha haha. dulu ni mention je nak apa, tara ada depan mata tapi tulah pengalaman bermain tu yang takdak, takpa semua tu dorang ada alasan sendiri. lepas tu naik sekolah rendah, confident level sha pun macam low gila!!!! 

masa first day darjah 1 kan, sha duduk sebelah budak sekampung sha yang rumah dia dekat gila dengan rumah sha kalau berjalan pun sampai TAPI sha tak kenal dia dan dia tak kenal sha hahahaaha T____T lepas dah kenal kenal baru tau yang duduk sekampung apa semua, so dia lah kawan sha (her name is yusrina). masa sekolah rendah, sha ni antara pelajar pelajar yang boleh dikatakan harapan guru lah, sebab tiap kali exam mesti ambik no 1 -3 (hehe bukan nak bangga tapi alhamdullillah la rezeki) tapi masalah sha satu jelah, takde confident so bila mana ada aktiviti apa apa mesti sha macam teragak agak nak masuk. masa darjah 2 kan, sha kena menghafal sifir dan baca di perhimpunan, ya ampun dia macam rasa nak pengsan tu takpayah cakap, seram sejuk je badan sha sebaik tak pengsan haha. tu satu, masa darjah 4 sha terpilih untuk join perkhemahan, sha dah okay semua tapi hari kejadian sha takmau pergi, perangai buat orang marah betul haha T___T

source : google.com

bila masuk sekolah menengah lagi lah sha jadi semakin pemalu, no no bukan pemalu tapi more to malas nak ambik kisah pasal aktiviti kat sekolah. biasalah sekolah menengahkan, banyak sangat persaingan sampai sha pun rasa lantaklah haha. tapi dulu masa sekolah rendah sha ada jugak masuk hoki, bola jaring sampai wakil peringkat daerah jugaklah tapi bila masuk sekolah menengah terus rasa taknak padahal sha boleh je main hoki siap pernah tibai kepala orang lagi HAAHHAHA sha siap kena paksa oleh cousin sha lagi suruh join sebab nak sijil pe semua kan, tapi tetap jugak tak join. bila time nak buat presentation memang main tolak tolak kawan lah, tu tak kira lagi nak masuk bilik guru hahaha (semua orang mesti pernah lalui situasi ni kan?)

tapi bila masuk form6 sha jadi sedikit yakin dan takberapa malu dah. mungkin sebab budak lelaki dalam kelas sha ada dua orang je? haha dulu masa form1 - form5, budak lelaki perangai -_- pantang salah sikit, dia bahan kita bertahun tahun. bila masuk form6, mungkin semua dah matang kan, kalau salah apa semua tegur elok elok bukan bahan membahan. tapi masa form6 ni masih main tolak tolak sapa masuk bilik guru dulu hahaha susah betul nak buang perangai tu.masa form6 kan ada kerja kursus yang melibatkan presentation, ada yang individu dan juga berkumpulan. kalau berkumpulan tu tak kisah sangat kan, kalau yang individu tu, sha macam tak sangka sha boleh bercakap seorang diri kat depan tu, haha teringat balik momen momen tu rasa nak nangis uolls sha punya level confident time ni memang meningkat dengan mendadaklah haha sampai bila nak jadi pemalu kan? hello im a senior kot (time tu lah)

bila habis dah zaman sekolah, masuk zaman kerja pulak. kerja sha dia membuatkan sha terpaksa berjumpa dengan bermacam macam jenis manusia hari hari dengan pelbagai jenis perangai. masa mula kerja dulu, ada lah seorang lelaki ni, dia memang selalu jugak lah datang kedai yang sha kerja untuk upah taip. first time buat kerja dia memang kena marah betul lah, idklah dia marah or suara dia yang kuat gila. hahaha bayangkan first day kerja kena pekik huwaaa i CRyyy taknak kerja esk hahahaha (padahal dah setahun kerja sini) bila dah hari hari jumpa orang, sha dah berani nak cakap dengan semua orang haha kawan kawan sha kalau nk pergi mintak kerja pun ajak sha hahaha. tu tak kira lagi kalau nak pergi pejabat pos ke, bank ke, kedai makan ke, memang wajib sha mulakan dulu. ha lagi satu pekerja dalam supermarket tu, tu pun dorang segan nak bertanya. 

sebenarnya ok je jadi pemalu tapi tak okay bila tak kena tempat hahaha bak kata pepatah, jangan malu bertanya nanti sesat jalan. taksangka sha menaip panjang panjang macam ni hahaha sebab niat nak buat short blogpost je hahaha T____T (ni semua gara gara adsense) thankyou for reading, tetiba rasa tak kena dengan tajuk pulak blogpost sha ni BYE!


Saturday, 21 October 2017

R.I.P MY PHONE

20:00 7
R.I.P MY PHONE

Assalamualaikum.



Selamat berhujung minggu dan sha masih disini sedang gigih menyiapkan tempahan kad kenduri, biasalah dah nak hujung tahun kan wajiblah ada kenduri sana sini, kenduri kahwin, kenduri sunat haha kad kenduri sendiri bila entah ehem! ok nak cerita mengenai kejadian yang menimpa smartphone sha (sedih betul nak mulakan cerita, kena sedia tisu haha)

sha beli phone ni last year, bulan 9, 10, 11 macam tu haha tak ingat. ok sha kenalkan phone sha, sha guna phone Ding Ding C1 (orang selalu ejek phone sha sama nama dengan dinding -_-) phone ni okay gila kot, masa sha beli harga dia RM300 something sebab masa tu baru keluar phone ni. kejap sha share spec phone ni ;-

Ding Ding GUIDE C1 (FULL SPEC)

  • MTK6580 Quad Core1.3GHz Processor 
  • LED Screen 5.5" HD 720*1280 IPS
  • 13 Mega Pixel Back Camera ,5 Mega Pixel Front Camera
  • 1GB RAM & 16GB ROM
  • Android OS 6.0
  • 3000mAh Battery
  • 3G 
everything went well until one day haha on first hari raya aidilfitri, phone sha jatuh atas tar ok uolls. atas tar (i cRyyYYYY) memang haritu langsung takdak mood. sebaik jatuh time dah petang kalau jatuh time pagi raya lagi sedih rasanya, start dari tu, kamera semua jadi gelong haha skrin pun kalau tak touch pun dia macam orang touch (huwaaa how to explain T.T) oh ya tempered glass phone ni tebal gila hahaha serious tapi kalau dengan jatuh atas tar ni, kepala orang pun pecah kan. sha pun hadap lah phone yang gelong ni untuk beberapa bulan sehinggalah pada satu hari, dalam pukul 1.30pm gitu, sha ke bank lepastu sha bukak purse dan lupa nak zip semula dannnnnn phone sha jatuh buat kali kedua, tapi kali ni atas lantai bank tu la. lepas tu sha macam alah takde apa kot, masukkan phone dalam purse, zipkan purse balik tempat kerja hahaha. DAN SHA MAKAN DULU GAIS WITHOUT CHECKING MY PHONE T________T lepas je makan barulah nak tengok phone, guess what? 1/4 skrin phone dah takboleh touch :'))


part sha conteng tu lah takboleh nak touch. luluhnya hati seorang ibu yang memelihara phonenya dengan baik sekali (yang jatuh atas tar tu bukan sha buat) tetapi sudah tidak dapat berfungsi dengan baik lagi. sha pun dah taktau nak buat apa haha dah penat bersedih gais. disebabkan keadaan phone sha macam tu jugaklah sha jarang dah blogwalking, sha macam takboleh sangat hadap pc lama lama kalau phone okay lah haha. sha memang suka dan sayang gila kat phone ni, screen dia kalau buat tengok kdrama memang puaslah hahaha. dan phone ni takpernah HANG gais! doakan sha dimurahkan rezeki dapat phone baru hahaha T.T kalau Ding Ding Malaysia nak suruh sha buat review produk dorang ok jugak hahaha (mimpi) doakan sha tau gais, ❤

DIY TOTEBAG DI PRINTCIOUS

10:14 17
DIY TOTEBAG DI PRINTCIOUS

Assalamualaikum.

yay bawak totebag datang kerja haha (excuse my tired face)

Haritu sha ada cerita kan mengenai DIY GIFT UNTUK TERSAYANG DENGAN PRINTCIOUS kan?lepas daripada tu sha terus rasa nak order, so sha decide nak buat totebag sebab sha rasa sha perlukan satu totebag untuk bawak barang barang sha ke tempat kerja. sha pun mula lah duk memikirkan macam mana nak design totebag sendiri ni haha sebab sha memang tak kreatif LANGSUNG! memang sikit pun takdak darah seni mengalir dalam diri ini haha. 

setelah berhari hari memikirkan design sha pun usha usha lah design yang sedia ada mana tau dapat ilham, deng! tahu dah nak buat macam mana haha. sha pun design lah dengan gigihnya demi mendapatkan hasil yang berbaloi dan kena dengan apa yang sha mahukan. setelah diteliti semua, sha pun submit order! yay cant wait for the totebag! tapi bila usha balik design sha tu tak center (hahahaha T_T) redha jelah sebab dah submit kan? 


tada! dah sampai yay! cantikkan? bila sampai je bukak je box dia memang rasa nk menangis terharu sebab mampu design beg cantik dengan sendiri (hahaha drama betul) nampak tak yang ada emoji girl tu haha tak centre kan? tapi taknampak sangat kan? (Tolonglah cakap takkk!!) 

sha order this totebag dan baby rompers on 5 Oct 2017 dan sampai 16 Oct. kenapa lama sangat kena tunggu? lebih 10 hari kot? ok chill gais, sha yang salah sebab gi order time MYCYBERSALES 2017 haha confirm confirmlah sibuk time tu -_- sebab sebelum ni sha pernah order cushion kat printcious, barang sampai sebelum 10 hari. lagi satu kalau benda bukan ready made ni kenalah bersabar sikit. so far, sha memang suka servis di Printcious ni! rasa macam nak order benda lain pula lepas ni hehe korang bila lagi nak order? ok jap sebelum sha mengakhiri pos ni, sha nak share baby rompers yang sha order ;


alolo cian dia muka tak rela jadi model hahahaha

so kepada yang masih mencari cari hadiah untuk yang tersayang dan mana tau yang terniat nak bagi hadiah untuk birthday sha bulan 12 nanti ke, boleh mintak alamat melalui email ye haha bolehlah order di ;




Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart

Friday, 20 October 2017

HONEST REVIEW : BIHUN SUP THAI RM5

21:00 4
HONEST REVIEW : BIHUN SUP THAI RM5

Assalamualaikum!

semalam sha berkesempatan nak pergi ke kedai yang viral tu (baca kat sini : VIRAL : WARONG HIJRAH BIHUN SUP THAI RM5) selalunya kalau sha lalu ikut situ mesti penuh so jadi malas nak singgah sebab sha memang sejenis manusia yang tak suka bersesak sesak dan tempat panas. sampai je sha dan kawan sha (faris) kat situ, terus dapat tempat walaupun tempat yang sha duduk tu belakang kena panas sikit tapi kedah is so hot, so panas sikit pun panas gila. ok. lepas tu kitaorang order, sha order kueyteow special dan greentea cup (biasa) dan faris order nasi ayam dan cappuccino cup (biasa). oh ya, sekarang kedai tu dah ada air percuma ; air ais kosong dan teh o ais. tapi! teh o ais dia manis gilaaa! sha minum sikit je semalam hahahaha. okay setelah diorder dan makanan pun sampai dengan selamatnya


ok sebenarnya nak angkat phone tinggi lagi nak ambik gambar penuh tapi orang sebelah pandang lain macam je hahahaha takcantik dah gambar kita huwaaa! ha nampak tak tiga jenis air kitaorang ada ngeh ngeh padahal takboleh habiskan semua pun. yang air greentea tu, sha bawak balik ke tempat kerja dan bawak balik ke rumah baru habis hahaha


nampak tak uolls ayam ayam berketul ketul ketul tu? so memang betul lah dengan apa yang diviralkan tu. sayur pun banyak jugak, ni kalau siapa taksuka sayur baik bgtau dorang kalau tak jenoh nak mengelas. rasa dia biasa je haha entahlah lidah sha kot, sama je macam dulu haha T___T kedai ni boleh viral sebab ayam segenggam ke? huhu semalam sha habiskan ayam je, bukan taksedap langsung, sedap tapi entah la. ke tak kena time makan? haha. ok. 

servis kat kedai ni memang laju, belum sempat kitaorang nak duduk, tukang ambik order dah ada sebelah haha tak menyempat hakak nak fikir menu dik. makanan sampai pun laju je, mungkin semalam sama orang takramai haha. tapi yang datang hantar order tu cemerkap betul haha habis tumpah kuah sha dalam piring yang letak mangkuk sup tu. ok. sha bukan cerewet sangat tapi sha takboleh tengok hahaha kalau nak makan sha kena benda tu elok supaya sedap dipandang dan sedap dimakan. lalu sha pun ambiklah tisu tisu yang ada, lap piring tu hahaha. tapi so far okaylah. tapi kenapa sha tak try cendol? haha sebab sha sejenis manusia takberapa nak makan cendol, dah suruh si faris tu order dia pun taknak ke takdengar ke taktau la. nanti sha pergi try sha update lagi hokey!

Harga? 
Bihun sup special : RM5
Big cup : RM5
Nasi ayam : RM5
Air kosong, Teh o ais : FREE



HADIAH TOP KOMENTATOR DARI BLOG SURIAMANDA & STARLAVENDERLUNA

10:27 7
HADIAH TOP KOMENTATOR DARI BLOG SURIAMANDA & STARLAVENDERLUNA

Assalamualaikum.

Harini dah hari ke 20 dalam bulan Oktober, sekejap je dah nak masuk November lepas tu Disember (yay birthday sha). beberapa hari lepas sha ada terima parcel, pakcik poslaju tu tanya sha (lepas tandatangan untuk satu barang), shafyqah ada barang lain lagi tak? sha pun macam hehe taktahu hahahaha sebab memang taktahu lah yang sha tahu satu barang tu jelah yang sha ada tracking number. lepas tu dia macam ha takpelah, sha pun masuklah sambung buat kerja sha yang banyak gila huwaaaa. lepas tu dia panggil hahaha dia cakap ha kan pakcik dah kata ada lagi >< sha pun tandatangan apa semua, behenti buat kerja terus -_- excited nak tengok apadia dalam parcel banyak banyak and yayy! hadiah dari kak suria amanda & kak shikin razali dah sampai! btw sha dah post pasal hadiah ni kat ig haha (@shfyqhazhr)


HADIAH DARI SURIAAMANDA.COM


sha dapat sebuah novel dari SA, yay! rasanya last sha beli dan baca novel tahun 2015 hahaha masa zaman sekolah memang suka membaca novel daripada baca buku sekolah kan. sekarang dah habis sekolah jangankan nak baca novel, beli pun belum tentu haha. sha dah baca novel yang SA kasi ni baru bab 5 hehehehe btw sha memang suka blogwalking kat blog SA, entahlah. rasa seronok tengok life SA, sha baca blog SA dari mula tau haritu hahaha sebab nak tau macam mana blog SA boleh wujud. suka tengok family SA yang rapat dengan each other, anak SA yang manis tu dan anak anak sedara SA yang comel comel tu hehe. ni bukan kali pertama tau menang kat blog SA hehe, nanti sha review novel ni ye. thankyou SA ❤



HADIAH DARI STARLAVENDERLUNA.BLOGSPOT.MY



terima kasih kak shikin sebab menambahkan koleksi face mask sha hehe. sha dapat dua facemask dari kak shikin. sha suka blog kak shikin ni sebab banyak info info yang menarik, sebagai contoh yang sha ingat adalah yang kenapa nyamuk suka kacau telinga kita hahaha macam tu lah tajuk blogpost kak shikin tu sebab sha selalu geram kat nyamuk sebab suka lalu lalang kat telinga sha. oh btw baru tahu yang kak shikin ni adalah pembantu pustakawan dan juga seorang perawat urut terapi buang angin bagi wanita muslimah tapi di kawasan tertentu jelah - keterangan lanjut boleh Whatsapp kak shikin - (019-9884032)


Wednesday, 18 October 2017

BUAT APA CUTI SEMALAM?

20:06 9
BUAT APA CUTI SEMALAM?

Assalamualaikum. 

Semalam, 17 Okt 17 (cantik pulak tarikh) sha cuti yay! kenapa cuti hari selasa? kenapa bukan jumaat sabtu? haha sha pun taktau sebab dari start kerja memang bos sha cakap cuti selasa tapi kalau ada kerja ke apa boleh je nak mintak cuti hari lain tapi memang seminggu sehari jelah cuti huhu sedih. kenapa cuti semalam? harini takcuti? ohyeah harini takcuti ye haha kiranya tempat kerja sha ni kalau cuti yang berkaitan dengan islam je cuti macam awal muharam semua tu, so harini sha kerja! tapi sebenarnya nak cerita pasal semalam....

Sebaik je bangun tidur semalam, lepas settle semua benda wajib, sha mengendap ikut tingkap jeng jeng jeng haha malam sebelum tu, sha cakap kat anak cousin sha yang darjah 5 tu, esok gi beli roti canai. dia pun ok! tapi pagi tu sha duk mengendap takde nampak budak ni pun haha pastu mak dia keluar, sha pun tanya lah mana bukhori, mak dia cakap duk tidur lagi -_- kejap nakgi kejut, sebaik dia senang bangun, dalam beberapa minit dah muncul depan pintu bilik sha. hahaha ok kejap, rumah kitaorang memang dekat la, jarak sebelah sebelah 200m mcm tu je, selalu kalau dorang dalam bilik boleh je sembang ikut tingkap haha tak senonoh betul perangai, lepas tu pergilah dua orang manusia mencari roti canai, mula tu nak pergi kedai yang 1 tu sebab si bukhori nak roti canai mentega, tapi takdak rezeki dia, kedai tu tutup haha so teruskan perjalanan gi beli kat kedai lagi satu, dia beli roti biasa - 2 biji sha beli roti telur sebiji. dan mak dia pesan beli nasi, kitaorang pun jalan lah gi gerai tepi jalan beli nasi lemak, hari cuti kena keluar awak kalau tak lauk yang kita nak habis haha! mak dia suruh beli nasi ayam yang sebungkus seringgit tu tapi takdak so beli nasi lemak bilis telur jelah 5 bungkus, sha pun tak melepaskan peluang haha! sha beli nasi + sotong sambal + udang sambal = RM3 haha murah tak? ok sebenarnya sha mintak kerang lepas balik dah bersila nak makan tengok sotong hahaha gi tukar? memang tidaklah haha takpe nasi dia sedap.

Lepas dah makan apa semua, sha berniat nak kemas the whole bilik harini (which is semalam) sebab sha ni susah betul nak kemas bilik sebab bilik sha memang sentiasa kemas HAHAHA bila dah terniat terus gi ambik kain apa semua nak mengemas sebab kalau asyik niat je karang takpe rehat dulu lepas tu jadilah nanti lah cuti minggu depan haha selalu dah macam ni. sha pun mulakan dengan bahagian sha letak skincare dan makeup sha, nampak macam takdak apa pun, tapi letih jugaklah situ pun, lepas tu sha kemas baju baju gi kerja, siap mop lantai lagi semalam hahaha nenek sha cakap sha salah makan ke apa sebab selalu malas haha, dah tu kemas katil, dan almari and im done. rasanya dari pukul 9 sampai 11 lebih jugaklah mengemas sambil sambil layan cerita kapur kuning untuk puteh betul ke tak tajuk dia haha sedih kemain cerita tu, sha nk tahan sebak didada je V,V

peneman tidur haha

sikit je tapi takguna semua pun😂

Settle mengemas sha whtsapp kawan sha tanya nak keluar tak pastu dia cakap okay dan sha cakap nak gi mandi pe semua kan, dah habis mandi sha pun whtsapp semula dia, dia tak reply gaisss! sejam kemudian baru reply tertidur katanya -_- sha memang dah agak dah hahaha rasa malas nak kluar tapi lapar, so dengan cuaca di Kedah yang panas kemain ni, sha keluar jugak. time nak bersiap tu umpama bersiap sambil berlari, kemain berpeluh haha kita orang makan megi sup siam, tapi bukan yang viral tu. ni kedai biasa je tapi takpe jugak takviral pun, letih lah pergi kedai viral asyik takde tempat duduk je haha balik je dari situ letih dah sebab kenyang, rehat rehat kejap haha rehat sampai malam lah cerita dia. belah malam pulak layan cerita kat tv je, memang idok le nak keluar. haha tu jelah yang berlaku semalam, hahaha nampak macam takde buat apa pun tapi letih jugak tapi best sebab keluarkan peluh hahaha bye ❤

LIRIK TAKE MY HEART - SOKO

15:22 1
LIRIK TAKE MY HEART - SOKO


You can take my heart for a walk on a beach, 
you can take my heart for a little trip, 
you can take my heart very close to your heart, 
you can take my heart forever if you like 

But not every heart, 
belongs to any other, 
You and I, 
you and I 
are meant to be 
I'm the one for you 
you're the one for me 
you love me as much as I do 
when you look at me 
and we're skin to skin 
I want you so, 
please come in 
And you love me more and more, 
and my love grows up with you, 
and you kiss me more and more 
and I kiss you too 
and I kiss you too! 

If I take your heart, 
I'll cherish it every day 
If I take your heart, 
I'll heal these old wounds 
If I take your heart, 
It's to make it happy 
If I take your heart, 
It's forever close to mine 

But not every heart, 
belongs to any other, 
You and I, 
you and I 
are meant to be 
I'm the one for you, 
you're the one for me, 
you love me as much as I do, 
when you look at me 
and we're skin to skin 
I want you so, 
please come in! 
And you love me more and more 
and my love grows up with you, 

And you kiss me more and more, 
and I kiss you too! 
and I kiss you too! 

I don't care,I don't care 
if I'm again carried away 
If you swear,if you swear 
to give me your heart in return! 

I don't care,I don't care 
If I'm again carried away, 
If you swear,if you swear 
to give me your heart in return, 
to give me your heart in return!


REVIEW KFC SPICY SAWADEE CRUNCH

12:13 27
REVIEW KFC SPICY SAWADEE CRUNCH

Assalamualaikum!

pagi pagi dah badmood dah, haha bukak mascara nak pakai, tengok tengok patah! nak marah kat orang lain takboleh la sebab sha je guna mascara tu padahal baru je pakai semalam huwa. pastu sampai je tempat kerja, banyak pulak kerja ha sekarang pukul 12 baru free, oh sha kerja harini (kesian)😂 btw happy deepavali! selamat bercuti untuk siapa yang bercuti harini, luangkan masa bersama keluarga yang tersayang okay? ❤

okay sebenarnya nak cerita pasal ; 16 Okt 2017. semuanya bermula (beberapa sebelum hari kejadian) sha ternampak iklan dari KFC, KFC ada keluarkan perisa baru (eh perisa ke😂) so sha terus teringin nak try sebab macam sedap je. so sha pun tunggulah kawan sha balik untuk cuti midsem dan sebelum tu sha ada buat vote kat twitter 😂


motif sha buat vote ni sebab sha nak tau sedap ke tak sebab ada kawan cakap takberapa sedap huhu tapi walaupun jawapannya begitu ku tetap ingin mencubanya! hahaha so sha ajak lah kawan sha gi makan KFC untuk lunch. kemain kau lunch makan KFC 😂 



kitaorang keluar makan bertiga, sha, nzirah dan anak sedara nzirah. tapi saja je ambik gambar macam makan berdua haha. sha order set spicy sawadee crunch : ayam spicy sawadee crunch 2 ketul, coleslaw, whipped potato dan ice lemon tea (gambar seperti dibawah) while nzirah dan anak sedara dia, ikhwan order snack plate dan kitaorang tambah chezzy wedges satu.



so inilah SPICY SAWADEE CRUNCH yang sha nak try sangat tu. ok my first impression, macam wow nampak macam pedas je (ye memang pedas), lepas tu cubit, makan untuk kali pertama dan mungkin terakhir, lepas tu rasa menyesal. sekarang sha nak cerita pasal ayam ni jelah kan, rasa ayam ni pedas, masam masam sikit tapi dia macam terlalu banyak serbuk perasa. tapi rasanya kalau awak seorang peminat tomyam dan makanan thailand oklah kot sebab sha mcm kureng sikit kalau tomyam ni. kiranya betullah yang orang vote kat atas tu bgtau haha sha bagi 1.5/5 bintang je? hahaha sha suka yang prev punya set, yang ada cheese tu. 

lepas settle makan apa semua, dah kenyang kan, nzirah nak beli bawak balik coleslow dan potato tu so sha ambiklah kesempatan beli benda kat bawah ni, sha tak ingat nama dia haha panggil cheezy ball boleh tak? haha! disebabkan ketidakpuasan hati dengan ayam dia, sha ubatilah dengan makan benda yang berchesseeee sebab i like cheese so much haha. ok gais setelah di check di lama web KFC, benda bawah ni nama dia ; Chewy Cheese Sour Cream & Onion, harga dia 5 ketul RM6.90!


rasa bahagia sangat dapat makan benda ber-cheese hahaha tapi sha kenyang gila masa balik dari rehat tu tapi kalau tak makan time panas nanti taksedap, so rasalah 2 ketul dulu, yang lagi 3 ketul simpan kejap dalam sejam makan kan, rasa macam makan cekodok je T.T haha


nampak tak bertali cheese heh terliur pulak tulis entry ni. korang dah try belum spicy sawadee crunch? sedap tak? ke kat mulut sha je taksedap benda ni? haha T,T selamat bercuti semua! bye ❤

Tuesday, 17 October 2017

1ST ANALIFESTYLES GIVEAWAY

22:27 9
1ST ANALIFESTYLES GIVEAWAY

Assalamualaikum


klik banner untuk join 😉

setelah lama tak join giveaway hehe nak try join giveaway ni sebab hadiah dia menarik sangat! makeup bag, buku nota comel dan hadiah special 😱 tarikh tamat tak dinyatakan pulak tapi syarat untuk join giveaway ni memang semudah 1 2 3 😇

1. Follow blog ana ANALIFESTYLES

2. Like facebook page ana CUCKOO-PAGE

3. Follow intagram ana  RAIHANARAMLAN

4. Repost entry ini dan tinggalkan link di comment dibawah.

Monday, 16 October 2017

HADIAH DARI KAK FIEZA SANI

16:30 8
HADIAH DARI KAK FIEZA SANI

Assalamualaikum!

hi? miss me? hehehe been so busy last week, kena settlekan hal syazwan yang takpergi giat for 2 weeks sebab excident, dan busy sangat sangat kat tempat kerja. sepanjang hari hadap pc siapkan kerja dan bila balik kerja memang malas dah nak update blog, nak blogwalking apa semua pun malas padahal banyak idea datang tapi time tu lah busy, malas dan sebagainya. bila rajin nak menaip takde idea pulak hahaha. so 1 Okt yang lepas sha ada dapat email dari kak fieza sani, sha jadi PENGOMEN PERTAMA UNTUK ENTRY PERTAMA  OKTOBER BLOG FIEZA SANI ! haha memang tak sangka lah kan? sebab selalu orang cari top comentator *eh betul ke tak tu eja* tapi kak fieza mencari orang first yang komen pulak hahaha. 

throwback 1 Okt, sha macam biasa, sampai je tempat kerja dah settle semua benda dan sebelum mulakan kerja, sha akan bukak blog dulu hehe komen 2 3 4 5 6 kat entry blog yang sha follow baru buat kerja, kalau ada kerja lah kalau takdak sambung lagi blogwalking. lepas tu sha dapat email dari kak fieza sani, excited okay~ kak fieza cakap sha dapat souvenir sebab jadi orang first komen kat entry bulan oktober dia, tapi kak fieza tak cakap benda apa sampailah dia dah post barang tu baru kak fieza update kat blog dia (baca sini → LOLLIPOP TEA BALLS UNTUK PENGOMEN BULAN OKTOBER) sha pun excited gilalah tunggu barang sampai sebab dalam gambar dah comel kan?

dan akhirnya, masa yang ditunggu tunggu. pin ,,., pin,,... pakcik poslaju datang hehe sha dah taksabar dah ni nak bukak dapat je terus rasa nak jerit hahaha sebab sha memang tajboleh tengok botol air, rasa macam kena jampi *tengah dengar lagu jampi* 

   

so inilah botol tersebut haha, comel kan? maaflah gambar tak jelas sangat haha camera sha dah gila dah sekarang, mungkin ada orang nak sponsor phone baru hahaha T,T sha memang suka gilalah dengan botol ni tapi masih taksempat nak guna sebab sha jarang bancuh air kat rumah so masih dalam almari hahaha nanti kalau sha guna sha share kat ig okay. sekian daripada sha harini, ya ampun rasa nak nangis sebab boleh karang entry harini hahaha T.T jom jalan jalan kat blog kak fieza sani, manatau rezeki korang pulak next mnth? hehe




Friday, 13 October 2017

BARANG DARI SGSHOP DAH SAMPAI!

15:08 15
BARANG DARI SGSHOP DAH SAMPAI!

Assalamualaikum.

Haritu (bulan ogos) sha ada join satu giveaway dari blog DULULAINSEKARANGLAIN. giveaway kredit RM100 dari sgshop. haha sha tau semua suka kan dengan giveaway ni. sha pun suka wahahaha jadi setelah hampir sebulan menunggu kehadiran parcel tu, selasa haritu selamat sampai kat tempat kerja sha tapi sha cuti pulak haha so rabu baru dapat berjumpa parcel tu. nak tau tak apa sha beli? jeng jeng jeng ;-

sandal, botol air, botol air, penyu dan tuala

yang sha excited sangat tunggu barang sampai sebab penyu tu lah haha ingatkan sama besar macam bantal emoji yang sha beli haritu tapi malangnya taksama besar T.T tapi besar jugaklah haha 30cm. yang botol air beli dua tu sebab ingat nak bagi kat orang tapi berkenan pulak haha sha ambik kat sha jelah :p sha bawak pergi kerja botol air tu haha dah lah ada gambar singa macam budak budak betul HAHA. yang botol lagi satu tu kaca pulak adoi haha sha memang taksuka sangat kaca kaca ni, memang botol tu duk diam diam dalam almari jelah jawabnya. sandal tu ingatkan besar, dah size 40 tu, kecik jugak haha T.T yang tuala tu best! ada tuala mandi dan tuala muka, kain dia jenis serap air, menyesal beli satu hahaha. sha share harga harga barang ni ye 
  • sandal - RM 7.73
  • botol air oren - RM 7.88
  • botol air purple - RM 7.02
  • penyu - RM 18.00
  • tuala - RM 13.33
sebenarnya memang best kalau shopping kat SGSHOP ni, memang rambang mata, kalau boleh semua benda nak dibeli hahaha tambah sha pulak suka benda benda comel haha memang lagi rambang mata lah tapi yang takbestnya postage mahal sangat haha dan lambat sampai. sha selalu memang ambik postage yang paling murahlah biarlah lambat sampai pun haha kadang sampai lupa ada beli barang. dan lagi satu best pasal SGSHOP ni dorang guna NINJAVAN so sebelum ninjavan datang hantar barang, dorang akan msg dulu so kita akan tau lah barang kita bilanya nak sampai, kalaulah poslaju pun buat macam tu haha :p so kepada yang ada bajet lebih untuk bulan ni, bolehlah shopping kat SGSHOP ni hehe 

Thursday, 12 October 2017

PEREMPUAN PALING BAHAGIA (2017)

11:59 13
PEREMPUAN PALING BAHAGIA (2017)

Assalamualaikum

sejak sejak dah tak tengok cerita korea ni kan, sha macam suka pulak cerita melayu haha. sekarang sha tengah layan cerita PEREMPUAN PALING BAHAGIA. cerita ni adalah salah sebuah drama yang diadaptasikan daripada novel. haritu masa tengah blogwalking ada terbaca pasal novel perempuan paling bahagia ni kat blog SA terus rasa nak tengok cerita ni sebab sinopsis dia memang best sampai buat sha rasa nak layan cerita ni lah. terus google cerita ni, ha layan dari episod 1 - 6 kot malam tu. ingat nak habiskan je episod yang ada tapi internet pulak habis kuota haha terpaksa lah behenti kat situ dan sambung kat tempat kerja hehe. memang mula mula tengok macam takfaham sangat tapi lama lama sha sampai takboleh nak behenti senyum sorang sorang tengok Rafa (Zahiril Adzim) dan Arissa (Shera Aiyob). tengok memang sweet habislah, comel pulak tu haha. tadi sha baru habiskan episod 18 hahaha taksabar nak tunggu next episod. jom baca sinopsis cerita ni ;-

------------------------------------------------------------------


JUDUL : PEREMPUAN PALING BAHAGIA 
SIARAN : Astro Oasis & Maya HD
PENULIS NOVEL : Syamnuriezmil 
PENGARAH : Jamal Khan 
TERBITAN : Pena Creative Pictures
JUMLAH EPISOD : 20 Episod
PELAKON : Zahiril Adzim, Shera Aiyob, Luqman Hafidz, Sara Ali, Liza Abdullah, Ako Mustapha

LAGU TEMA / OST PEREMPUAN PALING BAHAGIA
Menahan Rindu - Wany Hasrita


SINOPSIS PEREMPUAN PALING BAHAGIA

Bahagia adalah pengorbanan. Berkorban untuk buat orang yang kita sayang bahagia, kita akan turut merasakan bahagia. Bagi Arissa yang berasal daripada keluarga yang susah, bahagia itu adalah duit. Ada duit semuanya akan bahagia.

Tetapi makna bahagia bagi Arissa berubah apabila Arissa diberi tugas untuk menjaga Rayyan, bayi yang dijumpai di tangga masjid yang telah dibuang oleh Rafi, abang Rafa. Rayyan yang merupakan anak tidak sah taraf telah dinafikan haknya oleh Rafi dan disebabkan Datin Zarina menghibahkan semua harta yang sepatutnya milik Rafi kepada Rayyan, Rafi berdendam.

Namun, anak tidak sah taraf hanya akan mempunyai pertalian keluarga dengan keluarga sebelah ibu yang melahirkannya dan melalui ibu susuanlah, Rayyan akan ada pertalian keluarga dengan Rafa.

Akibat kasih sayang dan layanan baik Arissa ke atas Rayyan, Rafa dan Datin Zarina merasakan Arissa lah calon yang sesuai untuk menjadi isteri Rafa dan ibu susuan Rayyan. Dalam masa yang sama, tanpa pengetahuan mereka, Arissa sudah pun mula mengambil ubat hormon itu. Ini kerana mereka masing-masing mempunyai alasan mereka tersendiri.

Alasan Arissa adalah kerana dia sayangkan Rayyan dan menganggap Rayyan senasib dengannya, yatim piatu.

Alasan Rafa adalah kerana dia sudah mula jatuh cinta. Tetapi terikat dengan perjanjiannya dengan Datin Zarina, Rafa buat-buat Kebal.

Alasan Datin Zarina pula adalah kerana dia telah meletakkan Arissa sebagai penama polisi insuransnya yang bernilai RM50 juta untuk mengaburi mata Dato’ Rafail yang mahu membunuhnya.