11/01/2017 - 12/01/2017 - shfyqhazhr

Thursday, 30 November 2017

MY NEW BABY! : REDMI 4A

16:52 15
MY NEW BABY! : REDMI 4A

Assalamualaikum!

MY NEW BABY! : REDMI 4A | alhamdulillah, alhamdulillah, terima kasih ya Allah! sejak phone sha takboleh touch 1/4 dari skrin bersaiz 5.5'' tu sha mula menabung, ye gais duit syiling pun termasuk sekali haha dan dengan bantuan duit sha berblogging selamani, yang buat paid review :') punyalah tekad kali ni, nak beli dengan duit sendiri. finally dapat beli phone baru! 


sebelum ni sha ingat nak ambik oppo yang 500+ tu, ok sha memang takboleh nak beli phone mahal mahal sebab sha memang suka tukar phone :') tapi macam lambat je nak sampai 500 tu, sha pun mengambil keputusan untuk beli Redmi 4a melalui shopee. berdebar rasa hati tunggu barang sampai, sampai takde selera nak makan. hahaha poslaju lambat nau sekarang. okok paham dorang banyak parcel kena hantar haha and finally, ahad haritu phone sha sampai!!!!! on je phone terus selfie hahahaha ya ampun kameranya cantik sekali (tetiba) kamera belakang 13mp (tapi macam beshe beshe je haha) kamera depan 5mp (memang wow habis). sebelum phone sampai duk tengok jugak review phone ni kat youtube. yang sedihnya slot simkad dengan memory sekali so kalau nak pakai dua sim takbolehlah nak letak memory, kalau nak letak memory takboleh letak 2 sim. takpe benda boleh settle haha. meet my new baby!

[berbackgroundkan tudung pagi tadi hehehehe]

[gambar yang diambil menggunakan kamera belakang]

[gambar yang diambil menggunakan kamera depan - muka letih cian]

seller dia memang okay gila! sha macam asyik tanya pos bila, asal tak update tracking pe semua tapi dia layan elok je haha sha pulak rasa nak marah diri sendiri. tapi takbest sebab takdapat casing + tempered glass, but sokay sebab harga memang habis murah dah. casing sha dah order asing dan dah sampai pun. tempered glass in on it ways. moga sampai dalam keadaan selamat lah hahaha. okay sekian dari sha untuk harini. alhamdulillah for everything.





♥SEGMEN SUAI KENAL BLOGGER SELURUH MALAYSIA♥

14:58 4
♥SEGMEN SUAI KENAL BLOGGER SELURUH MALAYSIA♥

Assalamualaikum

♥SEGMEN SUAI KENAL BLOGGER SELURUH MALAYSIA♥ | Nama penuh sha ialah Nurul Shafyqah Azry Binti Azahar, dilahirkan pada 23 Disember 1996 di Kedah dan juga dibesarkan di Kedah, sha dari bayi sehingga sekarang dah besar panjang tinggal dengan nenek sebab mak abah kerja kat Penang. sha merupakan kakak sulung dan mempunyai seorang adik lelaki yang berumur 18 tahun (2017). selepas tamat STPM, sha bekerja sebagai seorang kerani disebuah kedai komputer. sha seorang yang sangat senang bergaul, peramah dan masuk air. TETAPI hanya mempunyai beberapa orang kawan in real life dan mempunyai ramai kawan di alam maya (githew). sha seorang yang sangat sukakan makanan [takpercaya? tengok ig sha haha] dan sha suka berkawan dengan orang yang suka makan hehehe

Sha mula berblogging pada tahun 2012, masa tu tingkatan 4 dan kerajaan ada memberi sebuah notebook untuk pelajar [dah rosak sob sob]. masa tulah sha start create FB, Twitter, IG, Tagged, Tumblr, Blogger semua bendalah cerita dia haha tapi takguna pun pada akhirnya. dulunya sha gunakan blog ni sebagai medan untuk sha meluahkan perasaan dan cerita pasal cerita monyet sha hahaha [jangan cari sebab dah delete/drafkan]. dulu guna modem yang topup sehari RM3 tu je, biasalah budak sekolah mana ada duit so behenti berblogging + notebook pun rosak. lepas tu sha dapat kerja kat kedai komputer ni which is setiap hari kena hadap pc, sha mula berblogging semula. walaupun pv sendu setiap hari, sha okay je hehe T___T walaupun dah berazam nak update blog walaupun satu entry setiap hari malangnya masih gagal. terniat dihati nak guna domain sendiri, tapi tengoklah next year, mana tau semakin dimurahkan rezeki hehe. sekian.


Untuk menyertai Segmen ini,

DAPAT CALL DARI NUMBER YANG MENCURIGAKAN?

14:30 2
DAPAT CALL DARI NUMBER YANG MENCURIGAKAN?

Assalamualaikum.

DAPAT CALL DARI NUMBER YANG MENCURIGAKAN? | nampaknya November 2017 akan melabuhkan tirainya dan welkem December yahooO! so pada hari selasa haritu sha cuti dan kat kawasan sha hujung sepanjang hari jadinya malas nak keluar, since cousin pun cuti sekolah sajalah spend time dengan dia, belikan dia internet bagi tengok mael lambong [cerita tahun bilalah haha] pastu tengah kitaorang duk melayan lawak si zizan, ada call masuk.


ya. number seperti diatas. tu screenshot pagi tadi sebenarnya. pada hari selasa tu dia call dua kali tapi sha tak angkat sebab sha memang terbiasa tak angkat call kalau number tak kenal dan number tu sha takberurusan dengan permohonan U ke apa ke sebab number tu number untuk access bank je. ha mencurigakan kan? sha ada 4 number kot haha tapi number yang ni yang dicall. lepas tu semalam sha pergi kerja memang takbawak phone ni sebab screen dia takboleh touch [baca sini] pssst i already got my new baby . bila balik kerja eh ada lagi misscall lagi? number yang sama dan dua kali jugak call. sha macam geramlah haha so sha sengaja search number ni kat google, manatau number bank ke kan.


sha ada upload kat instastory semalam. memang baca kat situ dari pihak MARA lah haha bila pulak sha hutang MARA, ada cakap dari TM pun takpernah sha guna TM ke apa. sabar jelah, pastu pagi tadi tengah buat kerja tiba tiba dapat msg kat number tu, harini tetiba rasa nak bawak phone tu haha 


kalau korang dapat mesej macam ni apa nak buat? sha memang tak kenal pun shidah bt awang tu haha kalau nak cakap makcik ke memang takdak adik beradik nama awang. sekarang dengar cerita banyak kes menipu macam ni. patut tak sha balas msg tu cakap sha bukan shidah binti awang? #sisyangkeliru



Monday, 27 November 2017

LIRIK ISTIKHARAH | EDA NAZIELA

16:16 1
LIRIK ISTIKHARAH | EDA NAZIELA


Original song by Eda Naziela
Lirik & Melodi : Eda Naziela
Muzik : Eda Naziela

LIRIK ISTIKHARAH | EDA NAZIELA

akan ku coret berjuta lagu
hanya untukmu tentang dirimu
meski kau tak pernah tahu

akan ku beri setiap doa
untuk dirimu sebelum lena
itulah cinta kita

istikharahku mengharapkan kamu
muncul dalam setiap sujudku
menggapai cita untuk bersama

moga kau jadi teman di dunia
dan diakhirat sana

tabah harungi setiap masa
moga kau juga kirimkan doa
dalam diamu ada aku

cukuplah DIA saja yang tahu
perasaan hamba yang sedang mahu
mencintaimu hingga akhir - akhirku

istikharahku mengharapkan kamu
muncul dalam setiap sujudku
menggapai cita untuk bersama

moga kau jadi teman di dunia
dan diakhirat sana

andai ya Rabbi
andai dia milik aku
kekalkan perasaan itu
tapi masih dijalanMu

istikharahku mengharapkan kamu
muncul dalam setiap sujudku
menggapai cita untuk bersama

moga kau jadi teman di dunia
dan diakhirat sana

ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST

10:13 1
ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST

Assalamualaikum

ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST | Sedar tak sedar dah nak masuk bulan Disember which is my favorite month (yay!!!) dan untuk pengetahuan uolls jugak hujung tahun = sales gila gila! Lazada takpernah lepaskan peluang untuk memberi diskaun wow wow untuk pembelinya. untuk kali ni LAZADA menawarkan Online Revolution sales yang bermula dari 11 November sehingga 14 Disember 2017 [korang dah boleh start shopping sekarang!]

a. Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience? 

sha ni memang seorang suka beli online daripada beli di kedai or mall. so barang first sha beli kat lazada adalah powerbank! berdebar menunggu kehadiran powerbank tu haha pastu sampai alhamdulillah sampai dengan eloknya, sampai sekarang adik duk guna lagi. sha start shopping kat lazada last year kot, tapi dalam perancangan nak grab another powerbank kat lazada sebab harga berpatutan!

b. Which types of products would you prefer buying online? 

sha lebih prefer beli online macam skincare, makeup dan barang yang tak berkenaan dengan size macam baju kasut apa semua tu sebab penah beli baju kat online last last tak kena size (sedih)


c. What to you love about online shopping? 

online shopping sangat memudahkan, hanya perlu bayar dan barang sampai depan mata. kadang kadang harga online pun lebih murah dari harga kat luar. 

d. Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales? 



siapa yang belum join contest ni boleh join kat sini → https://www.lazada.com.my/blogger-contest/ sebab semakin ramai yang join semakin banyak hadiah!


Prizes – More Participants, More Winners!

Depending on the overall number of participants there will be either 25, 50, 80 or 111 winners: 

Less than 200 Participants (RM3,150 to 25 winners):

 1st Prize: 1 x RM300 
 2nd Prize: 9 x RM150 
 3rd Prize: 15 x RM100 

More than 200 Participants (RM6,150 to 50 winners):

 1st Prize: 1 x RM500 
 2nd Prize: 15 x RM150 
 3rd Prize: 34 x RM100 

More than 350 Participants (RM10,400 to 80 winners):

 1st Prize: 1 x RM750 
 2nd Prize: 35 x RM150 
 3rd Prize: 44 x RM100 

More than 500 Participants (RM14,500 to 111 winners):

 1st Prize: 1 x RM1,000 
 2nd Prize: 50 x RM150 
 3rd Prize: 60 x RM100 


Sunday, 26 November 2017

SELAMAT PAGI DUNIA!

09:20 0
SELAMAT PAGI DUNIA!

Assalamualaikum

SELAMAT PAGI DUNIA! | beberapa hari lepas taksempat langsung nak jeling jeling blog ni huhuhu miss me? ada kerja urgent yang perlu disiapkan and semestinya sha pentingkan kerja tu kan. bila duk mengadap pc berjam jam lamanya tak kuasa nak menghadap lagi bila balik rumah. 


so minggu ni nampak macam takberapa busy sangat, sekarang lah. tah tah kejap lagi datang lagi kerja urgent adoi tak kuat sis macam ni hahaha. duk ingat nak pi bercuti hujung hujung tahun ni, taktaulah dapat ke tak cuti huwaa, kalau langkawi or penang mana lagi best? oh ya btw, siapa takjoin lagi giveaway sha bolehlah join sekarang → GIVEAWAY SHFYQHAZHR x PRINTCIOUS [masih taksampai 20 peserta :(] have a nice day guys! ❤

Thursday, 23 November 2017

SENARAI PESERTA GIVEAWAY SHFYQHAZHR x PRINTCIOUS

16:04 5
 SENARAI PESERTA GIVEAWAY SHFYQHAZHR x PRINTCIOUS

SENARAI PESERTA GIVEAWAY SHFYQHAZHR x PRINTCIOUS



1.http://muslimahsejati96.blogspot.my/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html
2.https://messarah.blogspot.my/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html
3.http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html
4.https://sofiyahasya.blogspot.my/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html
5.https://farhannajafri.blogspot.my/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html
6.https://jombercontest.blogspot.my/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html
7.http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html
8.http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html
9.http://www.mrspip.com/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html
10.http://aisyaismail.blogspot.my/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html
11.http://kasihkuamani.blogspot.my/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html
12.http://thezafirahnazri.blogspot.my/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html
13.https://ombakbergigis.blogspot.my/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html
14.https://asyiqin89.blogspot.my/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html
15.https://galaksiviral.blogspot.my/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html
16.http://www.pokucu.com/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html
17.http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html
18.http://ameridzuan.blogspot.my/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html
19.http://nonasani.blogspot.my/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html
20.https://umienurpu3.blogspot.sg/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html
21.http://theieraziera.blogspot.my/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html
22.http://nblaaziz.blogspot.my/2017/12/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html
23.https://caramelmacchiyato.blogspot.my/2017/12/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html
24.http://www.umifuzy.com/2017/12/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html
29. NEXT??

**Penyertaan mestilah melebihi 30 orang, kalau penyertaan tidak melebihi 30 penyertaan maka giveaway ini akan dibatalkan. 

KEPADA YANG BELUM JOIN BOLEH KLIK BANNER DIATAS

** uodate on 11122017 - 1457

REVIEW KFC CHIZZA BOX

11:47 12
REVIEW KFC CHIZZA BOX

Assalamualaikum

REVIEW KFC CHIZZA BOX | Semalam sha cuti untuk minggu ni, sepatutnya cuti selasa tapi tukar cuti sebab ada benda yang bos sha nak kena uruskan apa entah so sha ok je sebab takde plan apa apa untuk this week. lepas tu sha "berehat" sepanjang hari semalam haha, petang baru keluar rumah. bila dah keluar, ingat nakpi rumah makcik nak ajak dia buat spagetti pastu dia pulak ada kerja, sha dengan sedihnya baliklah rumah haha pastu cousin ajak keluar beli ice blend, sha iyakan sajalah. alang alang dah keluar saja lalu depan KFC nak tengok ada tak banner chizza tu, YES ADA! sha terus behenti dan masuk KFC haha.

Untuk pengetahuan korang, KFC telah mengeluarkan menu baru iaitu CHIZZA which is Chicken + Pizza pada 21 November 2017. sha duk nampak iklan KFC yang mengugat iman sha di FB, YOUTUBE dan TWITTER.


disebabkan iklan dia wow gituh , why not try kan? sha pun belilah yang chizza box punya. kalau korang nak beli chizza sahaja pun boleh je, ataupun chizza combo. the reason why beli chizza box sebab nak ayam goreng hahaha. 

CHIZZA BOX

sebenarnya dalam set ni air pepsi kot tapi sha tukar ambik milo, total RM19.00. sebelum sha pergi beli ni, sha tengok dorang upload gambar chizza tu macam kecik je haha macam debar jugaklah nak beli sebab takut tak berbaloi tapi alhamdulillah besarlah jugak kan chizza sha dapat. chizza ni ok ok je. sha taksuka sebab banyak gila nenas, serious banyak. kan dah nak kena mengasingkan pulak sebab sha takmakan nenas. sos dia macam masin sikit sampai hilang rasa ayam goreng. tapi kira ok lah, not bad. haha dan yang ni sha nak cadangkan korang try! by the way, korang dh try ke? hehe

p/s JEMPUT JOIN GIVEAWAY SHA ⟶ GIVEAWAY SHFYQHAZHR x PRINTCIOUS




Monday, 20 November 2017

GIVEAWAY SHFYQHAZHR x PRINTCIOUS

00:00 49
GIVEAWAY SHFYQHAZHR x PRINTCIOUS

Assalamualaikum

GIVEAWAY SHFYQHAZHR x PRINTCIOUS | Alhamdulillah yay! Akhirnya dapat jugak buat giveaway kat blog sendiri. Giveaway kali ni disponsor oleh printcious.com 💗 harap harap mendapat sambutan lah haha, so tanpa membuang masa lagi, dibawah ni syarat - syaratnya.


SYARAT - SYARAT 

1. Follow blog ini [https://shafyqahazahar.blogspot.my
2. Like FB Page ⇨ [PRINTCIOUS] [SHAFYQAHAZAHAR] *wajib
3. Buat entri bertajuk "GIVEAWAY SHFYQHAZHR x PRINTCIOUS"
4. Copy banner di atas dan backlinkkan ke entry ni
5. Dalam entri korang tu, korang ceritakan apa yang korang tau pasal PRINTCIOUS/pengalaman korang order dengan PRINTCIOUS *wajib


6. Publish entri korang dan tinggalkan link pada ruangan komen di sini. 

Hadiah yang bakal dimenangi :-

VOUCHER PRINTCIOUS BERNILAI RM80! x 1
TOPUP RM 5 x 2
PRELOVED TUDUNG x 1


Giveaway ini akan berlangsung selama sebulan dari 20 NOVEMBER 2017  hingga 20 DISEMBER 2017 . Penyertaan mestilah melebihi 30 orang, kalau penyertaan tidak melebihi 30 penyertaan maka giveaway ini akan dibatalkan. Goodluck!

-SENARAI PESERTA- *update on 26/11

Sunday, 19 November 2017

BERITA BAIK (YAY!)

10:10 12
BERITA BAIK (YAY!)

Assalamualaikum


BERITA BAIK (YAY!) | Hi korang! masih bercuti kah? ke sama je macam sha dah kerja. sedar tak sedar dah nak cuti sekolah kan? minggu ni last budak budak sekolah pastu cuti yay untuk dorang, yang dah kerja ni hadap jelah kerja walaupun budak sekolah cuti. ok sebenarnya sha nak bgtau yang sha nak buat giveaway (YAYYYY!!!!) giveaway ni start esok (20 Nov 2017) hingga 20 Dec 2017 (selama sebulan) dan yang bestnya giveaway ni sha bergabung dan meletoppp dengan PRINTCIOUS 🌺 so sha rasa korang boleh agak dah hadiahnya apa kan hehehe. 

So hadiah yang akan dimenangi adalah VOUCHER PRINTCIOUS BERNILAI RM80 dan random hadiah dari sha (preloved tudung/shawl - topup - akan difikirkan kemudian) so giveaway ni akan terbatal serta merta jika penyertaan tak melebihi 30 orang. harap harap mendapat sambutanlah hehe. stay tuned and happy weekend!

Saturday, 18 November 2017

INSTAGRAM DI PC DAH ADA STORY

12:19 12
INSTAGRAM DI PC DAH ADA STORY

Assalamualaikum

INSTAGRAM DI PC DAH ADA STORY | Hi! selamat berhujung minggu! siapa yang ada instagram? eh tipulah kalau takdak kan haha. so siapa yang ada instagram tu followlah sha → @shfyqhazhr (promote diri sendiri pulak 🙈) tapi selalunya orang bukak ig kat phone je kan? tapi sha suka bukak kat pc hahaha sebab senang nak bukak banyak banyak tab nak stalk orang *kaki stalk* so semalam bukak takdak lagi, tapi harini bukak tadaaa :-


nampak tak yang kat sebelah kanan tu? disitulah terletaknya story ig. bolehlah view semua story lepas ni sebab pc guna wifi haha kalau phone pakai data hakak 😂 oh ya, sha lebih suka update story haha daripada upload gambar sekarang, taktaulah pasepa, semua benda la ni update kat story je. kalau korang macam mana pulak? bye! selamat berhujung minggu!

Friday, 17 November 2017

SEBELAH RUMAH

12:38 10
SEBELAH RUMAH

Assalamualaikum

SEBELAH RUMAH | mesti pelik kan apa yang sebelah rumah nya haha. petang semalam lepas balik kerja sha singgah rumah makcik, oh ya sha memang suka pi rumah makcik sebab ada baby haha. sepanjang perjalanan sha dari tempat kerja ke rumah makcik, sha duk tengok pemandangan langit, sawah, jalan raya, ya Allah cantik sangat. sebab semalam nak hujan so dia jadi macam awan tu biru elok je tapi segan lah nak behenti ambik gambar. sampai je kampung makcik lagi cantik T.T tapi setiap kali nak behenti mesti ada orang lalu lalang so takjadi. rezeki sha lah semalam pi rumah dia, dia buat laksa kisar haha padahal sebelum ni sha taksuka sangat laksa kisar sebab dia tepung tapi semalam sebab nak hujan so dia macam lapar, sha makan jelah tapi takambik gambar pun haha tapi tengah menaip ni sha terliur hahaha. 

ok lepas tu, dalam pkul 6.35pm sha pun nak balik rumah. masa perjalanan balik rumah tu pun cantik sangat pemandangan dia, dengan cahaya matahari elok haha duk ingat nak ebhenti selfie ja eee geram! kalau sorang dia macam takbest sangat, kalau dua orang okaylah kan haha. sampai je sha kat rumah, sha rasa nak ambik gambar tepi rumah [JALAN JALAN BELAKANG RUMAH] so here the result ;-


"Maka nikmat Tuhan-mu yang manakah yang kamu dustakan?" (Surah Ar Rahman)


I have a lot to be thankful for. I am healthy, happy and I am loved. Alhamdulillah.


We are blessed by Allah SWT in so many ways. Always remember that and be grateful.


Oh Allah, Please bless us with eyes that see the best in people, a heart that forgives the worst, a mind that forgets the bad & a soul that never loses faith.


When life knows your down, get up, and turn back to Allah. When life puts you in a higher position, kneel down, and turn back to Allah.


After asking Allah SWT to guide you to the straight path, don’t just stand there – start walking.


sha memang suka ambik gambar pemandangan. sebab disitu dapat kepuasan haha. oh ya, btw sha guna phone je ambik semua gambar semua ni. sha guna phone Oukitel C4 👀 Salam Jumaat gais!




COMEL BLOGGER CONTEST

11:47 6
 COMEL BLOGGER CONTEST

Assalamualaikum

COMEL BLOGGER CONTEST | siapa yang tengok hasil dari kak Noor mesti tertawan haha btw hadiah giveaway ni sangat menarik uolls iaitu tuala sulaman nama korang!!! jom join siapa yang takjoin lagi sebab tamat 25 Nov ni hehe. kalau belum join boleh klik banner kat bawah ni okay??!


GIVEAWAY BDAY ANUM 2017

11:42 4
GIVEAWAY BDAY ANUM 2017

Assalamulaikum

GIVEAWAY BDAY ANUM 2017 | hujung tahun ni banyak betul orang buat giveaway ❤ p/s ; sha pun akan adakan giveaway yay! tapi harini nak join giveaway yang sis anum dulu, tarikh tamat 24 November. nak join klik banner kat bawah




Thursday, 16 November 2017

CANTIK SEKELIP MATA DENGAN BEAUTY IN THE DROPS BY 9HERBS

16:00 14
CANTIK SEKELIP MATA DENGAN BEAUTY IN THE DROPS BY 9HERBS

Assalamualaikum

CANTIK SEKELIP MATA DENGAN BEAUTY IN THE DROPS BY 9HERBS | Semua sedia maklum yang zaman sekarang memang semua orang mementingkan kecantikan. jangan terkejut, sekarang bukan perempuan je nak cantik, lelaki pun apa kurangnya. kiranya semua orang menjaga kecantikan masing masingkan. sapa je taknak cantik/handsome yedok haha

so harini sha nak cerita mengenai satu produk yang kebaboommm dia punya kesan dan sha sendiri pun dah cuba dannn sekarang dah jadi fav dah!

Beauty in the Drops
ha korang jenis tak suka bermekap? jenis yang suka mekap tapi mekap asyik bercapuk? atau suka bermekap tapi asyik kena tacap mekap sebab mekap taktahan lama? sha ada jalan penyelesaiannya! korang kena cuba BEAUTY IN THE DROPS(BitD) ni. untuk pengetahuan korang, BitD ini merupakan satu produk keluaran 9Herbs Health & Beauty. BitD ini merupakan UV Face Primer + Luminous Day Serum yang menggunakan 100% bahan semulajadi ; minyak argan + minyak jojoba + vitamin E . semua sedia maklum tentang kebaikan minyak argan dan minyak jojoba kan? tapi sha nak share jugak sedikit kat sini



Kelebihan Minyak Argan ; kaya dengan Vitamin E dan Omega 3,6 dan 9. ianya sesuai untuk semua jenis kulit.selain itu, minyak argan juga baik untuk melawan radikal bebas yang menyebabkan penuaan kulit dan dapat melembapkan, menegangkan, menghaluskan dan mencerahkan kulit! di samping itu, minyak argan juga dapat mengatasi masalah jerawat, radang dan juga sunburn

Kelebihan Minyak Jojoba ; minyak jojoba merupakan wax ester yang memiliki ciri - ciri yang sama dengan struktur kulit manusia dan ianya sesuai dengan kulit sensitif. kelebihan minyak jojoba juga seperti minyak argan, dapat melembutkan , melembap dan menghaluskan kulit. disamping dapat mengatasi masalah kulit berminyak dan mencegah oksidasi kulit.

KELEBIHAN BEAUTY IN THE DROPS
  • menjimatkan masa
  • mencantikkan wajah disamping merawat wajah
  • mengandungi 100% BAHAN SEMULAJADI
  • bersih dan rawat kulit dari dalam
  • kulit lebih cerah dan glowing walaupun tanpa makeup
  • tiada bahan kimia merbahaya
  • tiada kesan sampingan
  • sesuai untuk semua jenis kulit
  • kaya dengan antioksida


KENAPA ANDA PERLU MENGGUNAKAN BitD?
  • menjadikan wajah jelita secara semulajadi
  • merawat bintik dan tompok hitam di wajah
  • mengurangkan garis halus dan kedutan
  • menutup liang pori bekas jerawat
  • mencerahkan wajah
  • melembapkan wajah
  • menegangkan kulit wajah
  • menghaluskan kulit wajah
  • melembutkan kulit wajah
  • merawat tona kulit tidak sekata
  • meremajakan dan menganjalkan kulit
  • merawat kulit kusam
  • merawat kulit berminyak
  • menghilangkan jerawat halus
  • menghalang pertumbuhan jerawat baru
CARA PENGGUNAAN
  1. goncang sebelum digunakan
  2. picit hujung getah penitis kemudian lepaskan
  3. longgarkan penitis dari bekas kaca
  4. perlahan - lahan picit hujung getah untuk titiskan kandungan ke sekitar muka. titiskan ke dagu, pipi , hidung dan dahi. kemudian ratakan ke keseluruh wajah.
  5. mulakan solekan seperti biasa.
  6. untuk hasil yang lebih baik, titiskan sekali lagi sebagai sentuhan terakhir.

Selepas seminggu sha gunakan produk ni, sha dapat rasakan muka sha ada perubahan. sebelum ni muka sha berminyak sangat, tambah tambah bila masuk pukul 12 tengahari, well Kedah is so hot! lepas sha guna BitD ni, lepas solat sha hanya perlu apply lagi sekali dan tacap dengan bedak baby, pun dah cukup. kulit pun nampak berseri je, takpayah mekap tebal tebal dah biasalah malas haha. so kalau korang pun nak beli BitD ni ;-

contact 012- 454 0187 (Kak Raaina) for enquiry.

atau

Layari website www.9herbs.com dan claim promo code SEKARANG! untuk special offer (Promo Code IMC-BitD#1)


Website : http://www.9herbs.com
Facebook : https://www.facebook.com/9herbsMY/
Twitter : http://www.twitter.com/9herbs/
Instagram : https://instagram.com/9herbsmy





Tuesday, 14 November 2017

MY SKINCARE [ GARNIER + AIKEN + NANO WHITE + KLAIRS ]

19:16 10
MY SKINCARE  [ GARNIER + AIKEN + NANO WHITE + KLAIRS ]

Assalamualaikum

MY SKINCARE  | sedar tak sedar tinggal sebulan lebih je lagi kita dalam tahun 2017 kan? banyak jugak lah duka dari suka dalam tahun 2017 ni haha tapi hidup mesti diteruskan caiyok caiyok! dalam tahun 2017, beberapa kali jugaklah kulit muka sha buat hal. siapa yang tak stress kan kalau kulit sendiri teruk, level confident sah sah lah menurun. tapi sha seorang yang gigih nak elokkan semula muka sha sampai ada orang puji/tegur muka dah makin okay [BACA SINI]. disebabkan ada yang nak tau sha guna skincare apa, so meh sha share!

Sebelum apa apa sha nak bagitau yang kesan terhadap kulit muka kita taksama hehe maybe sesuai dengan sha tapi bukan dengan korang. 



Cleanser ; Garnier 12in1 Pure Active Anti-Acne White - cerita dia sha nak cari yang garnier matcha tapi ternampak yang ni, terus beli alhamdulillah sesuai dengan muka! hehe

Toner ; Nano White Refining Treatment Toner - sebelum ni sha ada jugak tukar another brand punya toner sebab this toner mahal jugaklah sebotol rm20 (HAHAHA DAPAT SNACK PLATE KAT KFC KOT) tapi dah tukar takbest toner tu, best yang nano white ni jugak.

Moisturizer : Aiken Spot Away Daily Moisturising Lotion - THE BEST MOISTURIZER EVER! sha memang susah nak jumpa moisturizer yang sesuai dengan muka sha sebab muka sha jenis berminyak so kena cari yang ringan or water based. tapi yang ni memang terbaikkk

Day Cream : Garnier Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Day Cream - ok. sha takpernah tukar mana mana day cream since sha guna ganier ni, serious. day cream sakura ni best gila! kalau korang tengah cari day cream, sha cadangkan beli yang ni ehee!

Sunscreen : Klairs Mid-Day Blue Sun Lotion - sebelum ni sha ada guna sunscreen from another brand tapi nampak muka terbakar jugak padahal sha duk dalam tempat kerja je hari hari, jaranglah nak kena matahari. so sha guna brand klairs ni tak sangka pulak best, nanti nak beli semula sebab dah tinggal sikit :< [ REVIEW KLAIRS MID-DAY BLUE SUN LOTION ]

Night Cream : Garnier Multi Action Whitening Serum Cream - ok gais, ni bukan sponsor post dari garnier tapi sha memang suka guna garnier hahaha. night cream dia ringan gila! bangun pagi konfirm muka licin je hahaha already use it about a year

Makeup Remover : Garnier Micellar Cleansing Water - before this im using the blue one tapi takbest haha so sha tukar to the pink one memang ok dengan muka sha.

Scrub : ohyeah, before this sha guna yang garnier 3 in 1 tu tapi tak sesuai dengan muka so sekarang sha guna greentea teabag je hahaha. ada setengah orang cakap terlalu kasar greentea tu tapi pada sha okay je haha. so setiap malam before tidur sha memang akan minum greentea boh, dia punya serbuk teh tu sha guna buat scrub. or kalau rajin banyak sha akan buat scrub kopi using kopi + brown sugar + olive oil.

Mask : random mask - sha takpernah stuck with one mask haha serious. sha memang akan suka one mask tapi sha lebih suka nak tukar tukar mask, nak try semua lah cerita dia.

Another routine ; pakai bedak nyonya bila rasa perlu - time jerawat besar besar, minum greentea secawan before tidur, minum air kosong 3L [BACA SINI], jaga permakanan dan harus rajin bukan hangat hangat tahi ayam haha.

Also Read :
SAPIKAH & GARNIER
REVIEW GARNIER PUREACTIVE MATCHA DE-TOX
SEP CANOLA HONEY NOURISHING MASK

sha bukan ambik masa 3 hari tau nak nampak perubahan haha tapi takdelah makan masa bertahun dalam sebulan dua memang dah ok alhamdulillah, kena rajin dan sabar je okay?

Sunday, 12 November 2017

GIVEAWAY CASH RM100 BY QIYA SAAD FOR NOVEMBER 2017

14:25 7
GIVEAWAY CASH RM100 BY QIYA SAAD FOR NOVEMBER 2017

Assalamualaikum

GIVEAWAY CASH RM100 BY QIYA SAAD FOR NOVEMBER 2017 | Hadiah berupa CASH RM100 untuk 'Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for November 2017' ni Qiya akan bahagikan kepada 3 pemenang - wah bestkan hadiah untuk GA ni hehe korang tunggu apa lagi, jomlah join!


KLIK BANNER UNTUK JOIN!

JOIN AMERZING END YEAR BLOGLIST

14:16 5
JOIN AMERZING END YEAR BLOGLIST

Assalamualaikum

JOIN AMERZING END YEAR BLOGLIST | Apa yang best pasal segmen ni, semua peserta akan dimasukkan ke dalam bloglist amer (yay!) dan seorang peserta akan memenangi watermark. korang boleh klik banner untuk join :)



This segment will be held for 6 days from 8 November 2017 to 13 November 2017.
Winner will be announced at 9:00 pm, 13 November 2017.

GIVEAWAY OLE-OLE BRUNEI BY MIALIANA.COM

13:29 7
GIVEAWAY OLE-OLE BRUNEI BY MIALIANA.COM

Assalamualaikum 

GIVEAWAY OLE-OLE BRUNEI BY MIALIANA.COM | harini macam takdak mood nak mengarang huwaa, banyak entry kat draf je haha so sha nak join giveaway dan segmen yang masih tak tamat haha






Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com bermula dari saat ini, 12.00 tengahari 9 November 2017 sehingga 11.59 malam 16 November 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 13 pemenang bertuah dicari. Hadiah berupa ole-ole fridge magnet dan keychain di SINI.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.comAdd To Circle Google+ Mia LianaLike Fanpage Mialiana.com dan Follow Instagram @mialiana (jika ada)
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 16 November 2017.

Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah manual dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 November 2017.

** support Mia ya.....


Saturday, 11 November 2017

PROF HARIZ INTERNET MARKETING BY POLICYSTREET

16:32 13
PROF HARIZ INTERNET MARKETING BY POLICYSTREET

Assalamualaikum 

PROF HARIZ INTERNET MARKETING BY POLICYSTREET | Siapakah Prof Hariz? Prof Hariz atau nama sebenarnya Ridhauddin Hariz ialah salah seorang Internet Marketing Malaysia. Beliau berasal dari Permatang Pauh Pulau Pinang. Beliau merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik. Beliau adalah anak sulung yang sangat tabah kerana telah kehilangan ayah tercinta ketika umur beliau 3 bulan. 


Prof Hariz merupakan pemegang Diploma Sistem Komputer dari Kolej ADTEC Melaka dan semenjak itulah beliau menceburkan diri dalam bidang komputer dan Internet. Prof Hariz seterusnya melangkah ke alam pekerjaan di dalam bidang online marketing dan pemasaran secara atas talian. Bermula daripada tahun 2014, Prof Hariz menubuhkan syarikat sendiri iaitu PH ProjectBase Resources dan dari situ beliau berkecimpung dengan kaedah pemasaran secara atas talian menggunakan media sosial, strategi pemasaran menggunakan email, Google Analytics, Search Engine Optimization atau SEO, rekabentuk laman web dan juga pemasaran melalui konsep funnel marketing. Sejak dari itu, beliau telah membantu ramai peniaga serta syarikat-syarikat dalam menambahbaik strategi pemasaran diatas talian.

Pengalaman beliau yang mendalam dalam SEO membuatkan Prof Hariz dilamar oleh syarikat Exabytes Group Sendirian Berhad pada dua tahun lalu dan dipertanggungjawab untuk  menjana idea-idea baru serta menerokai strategi-strategi pemasaran yang inovatif menggunakan teknologi internet yang terkini, seperti penghasilan laman web, blog, komuniti media sosial dan juga kaedah-kaedah komunikasi yang lain. 

Selepas berhempas pulas bersama Exabytes, tahun ini pada tahun 2017 beliau sekali lagi dimurahkan rezeki beliau untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi di syarikat As White Global Sdn Bhd sebagai Penasihat SEO. Prof Hariz kali ini memegang jawatan dan tanggungjawab yang besar hinggalah melibatkan diri dengan klien-klien dari Australia, US, UK, Singapore dan Germany. Sebagai Penasihat SEO yang terkemuka di Malaysia, beliau dipertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan SEO kepada klien-klien tidak kira di Malaysia mahupun di luar negara.

Prof Hariz, Online Marketing Specialist atau pakar dalam SEO dan pemasaran atas talian adalah gelaran yang diberikan oleh rakan-rakan serta kenalan kerana pencapaian beliau telah mencapai ke tahap yang sangat membanggakan.  Kini beliau dikenali sebagai Prof Hariz ataupun Tuan Hariz.


Untuk yang tidak mengenali lagi siapa Prof Hariz, berikut adalah pencapaian beliau sepanjang beliau berada di dalam bidang Internet Marketing.

PENCAPAIAN PROF HARIZ


Menganjurkan Program Diet Bersama Utusan Malaysia Pada Bulan Ogos 2014 Dengan Program “Prof Hariz Kongsi Tips Kurus” Yang Melibatkan Seramai 500 Peserta Di Seluruh Malaysia Secara Online

Mendapat Pengiktirafan Sebagai Top 3 Affiliate Malaysia Oleh Infokerjaya Pada Bulan Disember 2014 Kerana Beliau Telah Berjaya Menjana Jualan Sehingga RM100,000 Dalam Masa 5 Bulan Melalui Penjualan Ebook Kerjaya, Serta Membantu Calon-Calon Menduduki Peperiksaan Online Dan Temuduga SPA

Menganjurkan Seminar Buat Duit Affiliate Dengan Blog Di Karangkraf Pada Disember 2014 Di Mana Beliau Berkongsi Pengalaman Beliau Menjejaki Dunia Perniagaan Secara Affiliate Di Mana Beliau Dapat Menjana Puluhan Ribu Ringgit Dalam Tempoh Masa Yang Singkat

Menganjurkan Pelbagai Bengkel-Bengkel Dan Seminar-Seminar, Antaranya:
          -  Bengkel / Seminar Bertajuk: Buat Duit Dengan Blog Di Politeknik Seberang Perai, Pada                        Mac 2015
          -   Bengkel Affiliate Ninja Pada April 2015
          -   Bengkel Email Marketing Pada Jun 2015
          -   Private Group Coaching Bersama Shaklee Malaysia Pada Disember 2015, Untuk Membuat                  Strategi Penjualan Sebanyak RM10 Juta Pada Tahun 2016

Bekerjasama Dengan Irfan Khairi Pada Februari 2016 Dalam Seminar Khusus Bagi Peniaga-Peniaga Dalam Membuat Penjualan Dengan Blog

Menganjurkan Private Coaching Group 365 - Bagaimana Jana Pendapatan 4 Angka Dengan Blog Pada Ogos 2016 Bersama 40 Orang Suri Rumah, Hasil Daripada Itu Program Ini Berjaya Membantu 10 Orang Suri Rumah Untuk Menjana Pendapatan Sekitar RM10,000 Sebulan Secara Konsisten

Ditemuramah Oleh Astro Awani Pada Disember 2016 Dengan Memberikan Pandangan Beliau Berkenaan Dengan Potensi Digital Ekonomi Untuk Negara Malaysia Pada Masa Yang Sama Jack Ma (Pengasas Dan Tuan Punya Syarikat Gergasi Alibaba Group Of Companies) Telah Dilantik Sebagai Penasihat Ekonomi Digital Kerajaan Malaysia.

SERVIS YANG DITAWARKAN OLEH PROF HARIZ SEBAGAI INTERNET MARKETING MALAYSIA

Sebelum itu, disini sha ingin terangkan sedikit mengenai INTERNET MARKETING. Apa itu internet marketing? 


Internet marketing atau juga dikenali sebagai pemasaran dalam talian, ialah proses mempromosikan jenama, produk atau perkhidmatan melalui Internet. Skop luasnya termasuk pemasaran e-mel, pengurusan hubungan pelanggan elektronik dan sebarang aktiviti promosi yang dilakukan melalui media tanpa wayar.

Prof Hariz menawarkan servis SEO yang mana membantu para usahawan dalam dunia perniagaan terutama membuat servis SEO untuk perniagaan secara atas talian. Bukan itu sahaja, Prof Hariz menawarkan servis review di blog beliau www.profhariz.com kepada usahawan yang ingin memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai. Artikel review itu adalah artikel yang mempunyai unsur-unsur SEO yang mana dapat meningkatkan jualan anda kepada double dan triple daripada biasa.

  • Marketing di Google
  • Personal coaching Zero Marketing to Hero
  • Funnel Marketing
  • Review

Bagi siapa yang baru sahaja memulakan perniagaan atau sudah lama berkecimpung di dalam dunia perniagaan tetapi tidak tahu untuk membuat marketing, anda boleh menghubungi Prof Hariz sebagai penasihat anda melalui info dibawah.

INFO MENGENAI PROF HARIZ
Whatsapp : 6012-5336713


PROF HARIZ INTERNET MARKETING MALAYSIA BY POLICYSTREET

Kini Prof Hariz berkerja di salah sebuah syarikat Insurans iaitu PolicyStreet. Prof Hariz dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk menjadi Pengurus Internet Marketing disyarikat itu. 


PolicyStreet - "Insurance for Everyone Simple. Easy. Affordable." adalah sebuah syarikat insurans yang mudah, senang dan mampu bayar. PolicyStreet lebih menumpukan kepada mereka yang memerlukan insurans seperti syarikat, universiti, usahawan, kelab kesihatan, dan macam-macam lagi kumpulan.

PolicyStreet menawarkan pelbagai jenis insurans mengikut keperluan seperti berikut :
  • Insurans Perubatan
  • Diabetes
  • Kanser
  • Kehidupan yang mampu
  • Tulang belakang
  • Bantuan jalan raya jangka pendek
  • Peralatan musik
  • Perbehentian kerja
Apa yang lebih membanggakan adalah, PolicyStreet menawarkan servis insurans untuk produk-produk yang lebih kecil antaranya ialah :
  • Keracunan makanan
  • Kerosakan rambut
  • Sewaan
  • Berbasikal
  • Keracunan alkohol
  • Menonton
  • Mendaki
  • Penyewa
  • Perlawanan bolasepak
  • Cinta
  • Peralatan musik
  • Perkahwinan
  • Majlis pengebumian
Sesiapa yang inginkan insurans bolehlah hubungi PolicyStreet, syarikat insurans yang mengambil berat tentang keperluan anda. Bersama-samalah mencipta masa depan bersama PolicyStreet.


INFO MENGENAI POLICYSTREET




Contest Cash RM1100 by PH x Emas Putih di Sponser Oleh Prof Hariz dan Emas Putih. Untuk join contest ini sila rujuk disini

LYNNITY - LET THE FARM BE YOUR PHARMACY

12:15 3
LYNNITY - LET THE FARM BE YOUR PHARMACY

Assalamualaikum!

LYNNITY - LET THE FARM BE YOUR PHARMACY | Pada masa ini, kita sedia maklum semua orang amat mementingkan kesihatan ; terutamanya kesihatan dalaman. kita juga tahu bahawa, pada masa sekarang, pelbagai jenis jenama dan produk terdapat di pasaran. pada hari ini, sha ingin memperkenalkan mengenai LYNNITY - LET THE FARM BE YOUR PHARMACY

Lynnity (Jom Jadikan Ladang Sebagai Farmasi Anda).Bermula dengan mempercayai bahawa tumbuhan adalah cara terbaik untuk menyokong kesihatan yang mampu mencari hasil kekayaan dengan ‘super foods’ dan menyokong kami untuk berkongsi dengan orang ramai. Semangat keusahawanan dan misi untuk mengubah kehidupan rakyat masih menjadi petunjuk dengan segala yang kita lakukan hari ini. Lynnity (Jom Jadikan Ladang Sebagai Farmasi Anda) terus meyokong sempadan inovasi dalam apa yang telah menjadi pasarancepat berubah walaupun budaya korporat yang dinamik.

Di Lynnity, terdapat pelbagai jenis produk yang berasaskan tumbuhan untuk kegunaan semua jenis peringkat umur. Antara produk yang terdapat di Lynnity adalah ; Botanic Superfood , Botanic Juice , Botanic Health , Specialty Coffee - Eurycoma Longifolia ,Specialty Coffee: Instant Black Coffee dan Lynnity Relief (Pure Therapeutic-Grade Essential Oil ). 

Botanic Health (Citrus) - Bone & Joint Health | Cardiovascular Health | Cholesterol Management | Energy


Pada masa kebanyakkan orang mengalami sakit sakit sendi, kolestrol yang tidak terjaga dan kekurangan tenaga tanpa mengira umur, sedangkan pada masa dahulu kebiasaanya hanya orang yang berumur sahaja yang mengalami sakit sendi dan sebagainya. Dengan adanya Botanic Health ini, pengamal supplement ini dapat mengatasi masalah masalah tersebut. Botanic Health mengandungi bahan-bahan yang unik untuk melindungi tisu rawan, meningkatkan kepadatan tulang dan menambah mobiliti. Pengambilan intipati rutin boleh memberi manfaat kepada tulang dan sendi kita serta membantu kita untuk mencegah osteoporosis. Botanic Health adalah sel pelbagai mineral bahan-bahan revolusioner, stem semula jadi dan sesuai untuk pemakan sayur-sayuran. Ia terbukti secara klinikal untuk meningkatkan kesihatan tulang dan sendi, formulasi unik ini membolehkan anda untuk menikmati kehidupan mudah alih.


Botanic Health ini diperbuat daripada bahan bahan semulajadi yang mempunyai pelbagai jenis kebaikan dan khasiat yang tersendiri.


berikut adalah manfaat - manfaat yang akan diperoleh apabila menggunakan Botanic Health. Botanic Health berkesan &dipercayai menjadi pilihan penggunanya!



Lynnity Relief (Pure Therapeutic-Grade Essential Oil )


Lynnity Relief adalah salah satu produk yang wajib dimiliki disetiap rumah kerana Lynnity relief ini sesuai untuk kegunaan seisi keluarga dan seisi rumah. Lynnity Relief sangat baik untuk membantu menenangkan ketidakselesaan kecil, dan boleh digunakan di mana anda memerlukan Lynnity Relief. Lynnity Relief Roll-on minyak penting adalah campuran eksklusif minyak penting tulen yang digubal untuk digunakan kerana memiliki bau yang menyegarkan, memberi tenaga dan melegakan dengan mudah untuk dahi, bahu dan leher, bila-bila masa, di mana sahaja yang diperlukan!


Bahan - bahan yang digunakan didalam Lynnity Relief ini sangat membantu penggunanya supaya mendapat terapi dan dapat menghilangkan stress walau dimanapun kita berada. dibawah ini saya senaraikan kebaikan / manfaat Lynnity Relief ini untuk seisi keluarga.




Anda boleh menggunakan Lynnity Relief ini dimana mana shaja, dengan saiznya yang kecil dapat membantu memudahkan anda untuk membawanya kemana mana sahaja dan dapat menggunakannya bila bila masa diperlukan.




Untuk keterangan lanjut :-

Website : http://lynnity.com
Facebook : https://www.facebook.com/lynnity.botanic/
Instagram : https://instagram.com/lynnityhealth