♥SEGMEN SUAI KENAL BLOGGER SELURUH MALAYSIA♥ - shfyqhazhr

Thursday, 30 November 2017

♥SEGMEN SUAI KENAL BLOGGER SELURUH MALAYSIA♥


Assalamualaikum

♥SEGMEN SUAI KENAL BLOGGER SELURUH MALAYSIA♥ | Nama penuh sha ialah Nurul Shafyqah Azry Binti Azahar, dilahirkan pada 23 Disember 1996 di Kedah dan juga dibesarkan di Kedah, sha dari bayi sehingga sekarang dah besar panjang tinggal dengan nenek sebab mak abah kerja kat Penang. sha merupakan kakak sulung dan mempunyai seorang adik lelaki yang berumur 18 tahun (2017). selepas tamat STPM, sha bekerja sebagai seorang kerani disebuah kedai komputer. sha seorang yang sangat senang bergaul, peramah dan masuk air. TETAPI hanya mempunyai beberapa orang kawan in real life dan mempunyai ramai kawan di alam maya (githew). sha seorang yang sangat sukakan makanan [takpercaya? tengok ig sha haha] dan sha suka berkawan dengan orang yang suka makan hehehe

Sha mula berblogging pada tahun 2012, masa tu tingkatan 4 dan kerajaan ada memberi sebuah notebook untuk pelajar [dah rosak sob sob]. masa tulah sha start create FB, Twitter, IG, Tagged, Tumblr, Blogger semua bendalah cerita dia haha tapi takguna pun pada akhirnya. dulunya sha gunakan blog ni sebagai medan untuk sha meluahkan perasaan dan cerita pasal cerita monyet sha hahaha [jangan cari sebab dah delete/drafkan]. dulu guna modem yang topup sehari RM3 tu je, biasalah budak sekolah mana ada duit so behenti berblogging + notebook pun rosak. lepas tu sha dapat kerja kat kedai komputer ni which is setiap hari kena hadap pc, sha mula berblogging semula. walaupun pv sendu setiap hari, sha okay je hehe T___T walaupun dah berazam nak update blog walaupun satu entry setiap hari malangnya masih gagal. terniat dihati nak guna domain sendiri, tapi tengoklah next year, mana tau semakin dimurahkan rezeki hehe. sekian.


Untuk menyertai Segmen ini,

4 comments:

  1. selamat bersegmen sha.

    semoga kekal berblog walaupun jarang. mana tau lps ni ada ideea dan semangat nk update setiap hari kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah kak, mungkin lepas ni rezeki dapat laptop.. tiap hari sha update blog haha

      Delete
  2. terima kasih menyertai segmen saya. saya dah update dalam senarai peserta.

    ReplyDelete