12/01/2017 - 01/01/2018 - shfyqhazhr

Thursday, 14 December 2017

MAKAN LAKSA DI LADANG NIPAH KIPLI

12:01 3
MAKAN LAKSA DI LADANG NIPAH KIPLI

Assalamualaikum

MAKAN LAKSA DI LADANG NIPAH KIPLI | setelah sekian lama memendam rasa nak pi try makan kat ladang kipli, akhirnya 13 Disember 2017 dapat jugak pi makan situ haha amboi dramatik betul ayat! minggu ni sha cuti rabu kalau tak selalu cuti selasa, nak dijadikan cerita sha memang dah lama teringin laksa, laksa yang ada telur tu haha taknak laksa yang simple teruk tu. nak buat sendiri ikan mahal oh sekarang haha, so sha dan kawan sha decide nak keluar makan petang semalam dan kami memilih LADANG NIPAH KIPLI di SANGLANG PERLIS. masa sampai ja kat situ terus macam nak parking mana apa semua haha kejap lagi nak order macam mana, biasalah first time. tapi sebelum sha pergi situ sha dah google siap dah ha.

source : google.com
kat atas ni gambar kaunter dia lah, kiranya bila masuk situ korang kena pi cari meja dulu, kat meja tu ada number selepas itu, korang pergi kat tempat order, sebelah kaunter dah order boleh duduk kat meja korang pilih tadi. sha dan kawan sha order laksa special 2, teh ais 1, ais kacang 1.

laksa kedah, laksa sedap

nampak dak gais? telur rebus dia letak sebijik aduh bahagia sekejap haha, kami order pastu duduk sat dalam 3-5 min order sampai, cepat kan? walaupun time tu orang ramai jugak lah, biasalah cuti sekolah kan. yang bestnya dapat makan kat pondok siap boleh bersila memang lagi layan lah kan haha. laksa dia memang sedap gila! rasa macam nakpi lagi harini hahaha


view sebelah tempat duduk kitaorang, best ja sambil makan boleh tengok pokok pokok haha memang lain dari yang lain lah. masa sha pi semalam kebanyakkannya mai dengan family ataupun kawan kawan haha sha dengan kawan sha ja dua orang sebab kawan yang lain takbalik lagi hahaha. lepas makan kami pun pi lah mencuci mata haha bukan selalu kan


walaupun kemain panas semalam walaupun dah pukul 6 tapi nak jugak behenti tengok laut hahaha sebab rasa tenang sangat dapat tengok laut, rasa nak buat rumah tepi laut pun ada haha


wajiblah selfie kan? lepas ambik gambar sikit (sikitlah sangat) kami pun balik haha kemain letih sebab kenyang sangat laksa banyak gila! oklah tu kan dapat jugak mengisi waktu cuti dengan orang orang tersayang!

Saturday, 9 December 2017

BILA LELAKI BELI BARANG

14:53 5
BILA LELAKI BELI BARANG

Assalamualaikum

BILA LELAKI BELI BARANG | selamat berhujung minggu semua! nak cerita pasal semalam, sebelum pergi kerja sha duk sembang sembang dengan adik sha sebab dia bangun awal semalam pastu kelas memandu dia cancel kahkah padan muka. ok ok. duk sembang sembang sha cakaplah kat dia beli cleanser pulak sebab yang cleanser sekarang sha dah beli dah. yes kitaorang guna cleanser yang sama [cleanser apa? BACA SINI] dia pun macam malas nak layan sha biar jelah tapi sha ada lah bagi duit suruh dia beli ubat gigi. pastu balik kerja ada uolls dia belikan 'cleanser' yang sha suruh tu, sha pun dengan excitednya upload kat story ig


story 1 : memang rasa entahlah satu rasa yang takdapat nak diluahkan haha sebab syazwan ni dia lain dari sha, dia more to berjimat tahap entahhhh kalau bab bab ni, kalau motor dia beribu takpa habis biasalah lelaki kan.

selepas beberapa jam, sha duk delete gambar kat gallery so belek skali lah gambar tu dan baru perasan dia beli scrub!!!!!! bukan cleanser haih -_-



story 2 : hahahaha memang bila dah perasan terus turun bawah tengok cleanser yang lama hahaha kat tempat scrub tu sepatutnya foam. adoilah adik ku ku -_-

pagi tadi sebelum mai kerja, kacau dia tidur lagi haha tanya dia nak scrub setiap hari ka yang pi beli scrub tu? haha geramnya hakakkk!!! pastu dia taklayan sambung tidur heh sabo jelah, ni memang nak kena sha jugaklah beli semula -_- 


TRYING FACE MASK FROM KAK SHIKIN

14:16 2
TRYING FACE MASK FROM KAK SHIKIN

Assalamualaikum

TRYING FACE MASK FROM KAK SHIKIN | minggu ni sha cuti dua hari fuh best takyah cakaplah haha, hari isnin tu busy sikit sebab kena hantar nenek pi checkup apa semua. hari selasa sha banyak spend time dengan kawan kawan. selasa petang kitaorang lepak 4 orang, nazirah takdak dia takcuti muahaha cian dia. kitaorang menyicah uolls, dengan cuaca yang mendung nak hujan memang layan habis lah haha tapi sedih tak sempat selfie apa pun sebab rushing kena balik sebab nak hujan :p ok intro lari tajuk hahaha so ack to the topic, sha ada dapat face mask dari kak shikin {BACA SINI} dan hari selasa haritu baru sempat nak pakai, selalu malas betul sha nak pakai semua benda ni sebab asal balik rumah dapat baring je dah bersyukur sangat haha :')


ni facemask yang sha dapat dari kak shikin, dapat masa bulan oktober uolls haha sekarang baru rajin nak berface mask hihi. sha dapat dua tapi yang rasa nak try dulu. facemask ni berasaskan bunga ros kot (berdasarkan packaging) so far sha suka dengan facemask ni, tak terlalu melekit macam sesetengah face mask. facemask dia pun besar sama dengan muka sha hehe

hello im tryin to smile kot tapi takleh HAHAHA 


seeloknya face mask ni pakai 2-3 kali seminggu tapi disebabkan sha yang tersangat rajin ni nak pakai sekali seminggu pun susah. tapi facemask ni memang deboom lah. thnkyou kak shikin

Blog kak shikin : http://starlavenderluna.blogspot.my/




Lubuk Seni Giveaway by EmaLisa, hadiah semua cunn!

11:00 5
 Lubuk Seni Giveaway by EmaLisa, hadiah semua cunn!

 giveaway
 Hai awak, blogger yang hebat tu ~
Kami adik beradik Ema & Lisa dari lubukseni.com Actually buat giveaway ni sempena meraikan follower blog. Kami nak bagi 5 HADIAH MENARIK yang pastinya limited edition. Nak tahu apa hadiahnya? Ahjom tengok entry giveaway ni.
sejuksedap lawa cara moden
SEJUK SEDAP ialah sabun daripada bedak sejuk. Diuli, digolek & dilambung sampai jadi sabun, menggunakan 10 bahan semulajadi. Sejuk di muka & sedap bila digunakan. Nak tahu lebih lanjut, ahjomm kita skodeng pebenda la sabun ni [tekan sini]
Eh, ada lagi! 
Follow @SEJUKSEDAP , lebih 470 testimoni letops pom². Ema sendiri guna, sebab tu teruja sangadd nak kongsi manfaatnya.  Tengok muka sendiri pun jatuh chenta. 
sejuksedap lawa cara moden
Dulu, nenek moyang amalkan terapi bedak sejuk nak jaga kulit. Mujur bedak dah tukar ke sabun. Makanya, Sabun Bedak Sejuk SS lebih mudah, cepat & berkesan. Sesuai untuk supermom & busymama melayan petua moden untuk menjaga kulit luaran. 
Krim Awet Muda WD pelik sikit. Calit kat nadi, tapi kesannya sampai ke muka. Uols patut cuba kalau ada masalah kulit disebabkan hormon dan toksin. Krim ni dapat merawat kulit dari dalaman, sedar² wajah makin berseri, memancarr bak bintang kejora.

Okke la, tu aje bebelan. Panjang berjela, nanti tertido plakk membacanya. Hihi. Apepun, semoga uols dipermudahkan urusan & hepi selalu. Aminn. 
TQ sudi join " Lubuk Seni Giveaway by EmaLisa, hadiah semua cunn! ". Hadiah boleh tengok kat entry asal, memang gojes leleh. Moga uols antara 5 peserta bertuah.

Friday, 8 December 2017

TERSALAH BELI

13:02 3
TERSALAH BELI

Assalamualaikum

TERSALAH BELI  | sebelum nak mulakan entry ni kena tenangkan diri sendiri dulu (huhh). kan sebelum ni sha ada cerita sha dapat baby baru (BACA SINI) so sha pun macam excited nak belikan dia baju haha baju yang cantik cantik semua lah. duk scroll scroll kat shopee memang banyak sangat sangat baju untuk baby baru sha yang cantik cantik, bila dah berkenan teruslah proceed nak bayar apa semua dan tunggu sampai. so semalam pakcik poslaju datang, ee bestnya bestnya baju baru baby sha dah sampai, bila bukak parcel nangis T____T dibawah ni story sha kat ig yang sha dah screenshot

       

masa order tu entahlah kenapa dengan sha takboleh perasan yang casing tu untuk redmi 4x padahal sha punya phone redmi 4a T.T careless gila haha pastu semalam duk meroyanlah baby takdapat baju baru huaaaaaaaa. ni bukan salah seller salah hantar tau ni memang salah sha 100%. so siapa yang guna redmi 4x boleh email sha - shfyqhazhr@gmail.com . sha nak bagi free je haha bukan rezeki sha kot kan :') ok sekian cerita sedih kalini. salam jumaat semua!




Wednesday, 6 December 2017

QUNYIT MASKER BY LEEYA BEAUTY

10:11 18
QUNYIT MASKER BY LEEYA BEAUTY

Assalamualaikum


QUNYIT MASKER BY LEEYA BEAUTY | beberapa hari lepas sha ada try satu produk ni. ambik kat makcik sha sikit haha. dia beli satu botol rm15. masker ni berasaskan kunyit. korang tau tak apa kelebihan kunyit untuk muka?

KELEBIHAN KUNYIT UNTUK MUKA


🌸 untuk hilangkan jerawat
🌸 untuk mengurangkan minyak dimuka (sesuai untuk oily skin)
🌸 mengurangkan tanda penuaian
🌸 mengecilkan liang pori
🌸 mencerahkan kulit
🌸 memudarkan parut

MY HONEST REVIEW : masker ni macam masker lain yang sha pernah cuba. ok je dengan muka sha, oh btw lepas pakai ni as usual muka akan rasa lembut bak kulit baby baru lahir haha dan bila pakai baru sha perasan dia kunyit + oat. yang takbest pasal masker ni dia tinggalkan warna kuning kat muka haha tapi oklah. sha bagi 4.3 ha! ✫


Sunday, 3 December 2017

ICE CREAM WATERMELON

11:49 4
ICE CREAM WATERMELON

Assalamualaikum

ICE CREAM WATERMELON | sebenarnya dah lama tak makan ais krim, dan kalau nak makan ice cream kena ada mood hahaha T_T  mood dimana teringin nak makan benda manis manis, ice cream lah salah satunya manisan. tapi selama ni sha memang jarang pandang flavour selain coklat, walaupun niat dihati nakpi kedai nak beli ice cream vanila ke strawberry ke mesti akan beli coklat jugak last last. tapi hai jumaat haritu sha beli ice cream ni, first time nampak dan sha beli sebab macam comel je haha



sha balik dari kedai excitedlah nak bukak nak tengok bentuk dia, sebaik memang elok ahaha kalau mcm ice cream yang panda tu habis hidung ke mana mata ke mana. overall sedaplah ice cream ni tapi taknak beli dah kot haha btw harga dia RM 1.50 je, ada lah coklat sikit (biji tembikai).


------------------------------------------------------------------------------------------------

SIAPA YANG BELUM JOIN GIVEAWAY SHA JEMPUT JOIN YE :)


[ KLIK BANNER ]



Friday, 1 December 2017

AMSYAD

16:30 8
AMSYAD

Assalamualaikum.

Harini nak cerita pasal amcad la (huwaa im missing him so much). dia ni makcik sha mengasuh dia since dia umur 1 tahun sampailah nak 4 tahun, 4 tahun tu dia dah start sekolah so datang hari jumaat je tapi lepas rumah makcik sha terbakar haritu dia terus taknak datang huhu. dia fobia kot sebab malam kejadian, dia sampai awal dari sha haha lepas je kejadian tu dia terus cakap kat ibu dia yang "adik takmau pi rumah cik, rumah cik tebakaq" walaupun rumah baru dah siap huhu

 

alalalala rindunya dengan dia :( dia ni selalu cari gaduh dengan orang hahaha. semua salah kat mata dia ;p "along pi balik tewus, ni rumah kita kan cik kan" "along gemok" lepas tu bila orang betul betul nak balik kan "la along nak balik dah ka" "along jangan balik lagi" dia ni susah gila nak ajak keluar. dia memang sanggup la duk dalam rumah dari pukul 8 lebih sampailah ibu dia mai ambik dalam pukul 5.45 macam tu hahaha sebab dia penakut gila tapi sha selalu tipu dia ajak pi tengok lori terbang (wujud ke) so dia nak ikut! yayyy memang syok la ronda ronda dengan dia, dia banyak cakap hahaha

tu bantal minion dia memang kalau terlupa bawak pun kena pi ambik

nak posing mcm along selalu buat ;p

peminat setia upin ipin dan didi and friends


masa ni sha belikan dia kasut merah tu. im so glad that he like it so much (sampai terkoyak uolls kasut tu dia pakai tiap hari hgahahaha)

main masak masak dengan cokodok keras -___-