Aku nak berubah.

by - 10:37



Assalamualaikum.


"nak berubah? nak berubah macam mana?" 
"kenapa nak berubah?"
"kau nak mati ke?"
"kenapa kau macam ni?"
"kau kecewa lagi?"
"kau ok tak?"
"kenapa ambil keputusan mcm ni?"

Soalan famous yang aku kena jawab bila aku cakap aku nak berubah , takkan nak tunggu nak meninggal baru nak berubah? kalau tak sempat mcm mana? bohonglah kalau cakap senang nak berubah . tapi aku nak cuba berubah macam mana sekalipun.

Hampir setiap malam aku dapat mimpi yang pelik . kadang kadang rasa tertekan . rasa macam "kenapa aku?!!!apa salah aku?" . mimpi buruk semuanya!!!!! aku takut nak cerita kat mak , sebab dulu kawan aku pernah cakap "kalau mimpi buruk tak baik cerita kat mak, nanti jadi betul betul" . entah kenapa aku boleh percaya dengan cakap dia. mungkin benar mungkin tak , entah lah Allah je tahu.

Bila aku cakap soal mati , mesti aku kena tahan telinga kena bebel. semua akan cakap , "kau kalau sayang orang takpayah lah sampai nak mati." yaAllah dalam hati aku ni dah takde mana mana lelaki dah . Dulu memang aku mengaku yang aku terlalu bodoh sebab terlalu sayangkan lelaki yang belum halal untuk aku . bodohnya time tu , menangis siang malam , habiskan air mata sebab cnta yang sia sia. sekarang baru aku sedar yang aku takpatut buat semua tu!

Kenapa aku nak berubah? Sebab aku rasa yang aku kena berubah , hati aku kuat mengatakan yang aku kena berubah! aku kena berubah kepada yang lebih baik. Dulu gambar gambar yang aku jadikan profile picture , ada yang nampak tangan . em berdosanya aku. tapi sekarang aku dah closekan semua . Mulutlah port paling susah nak ubah , susah sangat sebab dah terbiasa cakap kasar , susah nak cakap lembut :( so aku pilih untuk diam daripada bercakap. Mungkin ada yang takdapat terima perubahan ni, tapi biarlah . untuk apa nampak elok dimata manusia tapi tidak dimata Allah?

Aku taknak berubah sorang sorang , aku taknak masuk syurga sorang sorang . aku nak semua orang yang aku sayang bersama aku dalam syurga . aku cuba nak tegur kawan aku pakai legging tapi aku tak mampu , mulut aku macam bisu! aku takut , aku takut sakitkan hati dia. em , aku nak tegur kawan aku pakai tudung singkat , tapi aku takut dorang cakap "alah kau pun sama" . tak! tu dulu, sekarang aku lebih suka pakai shawl sebab labuh. susah sangat nak nasihatkan orang . 

Dulu aku leka dengan dunia , aku leka dengan kemewahan dunia. sekarang aku sedar yang bila kita dekat dengan Allah kita akan tenang. ya sekarang hati aku lebih tenang dari sebelum ni. aku cuma perlukan sokongan daripada orang orang yang hampir dengan aku, untuk support aku dari belakang ;')

Hijrah aku belum sempurna. Bantu aku . Sokong aku. Nasihatkan aku.


You May Also Like

2 qtpie

  1. Alhamdulillah, biasalah hidup nih tak semuanya kena sama ja, kena juga ada penghijrahkan dalam kehidupan kita terutamanya ke arah kebaikkan. Moga dipermudahkan urusan.

    Hye, jom datang baca post baru AMERZING || http://ameridzuan.blogspot.my/2017/04/men-minimalist-fashion.html

    ReplyDelete
  2. Semoga istiqamah dalam penghijrahan :)

    ReplyDelete