Wednesday, 18 October 2017

LIRIK TAKE MY HEART - SOKO

15:22 0 Comments


You can take my heart for a walk on a beach, 
you can take my heart for a little trip, 
you can take my heart very close to your heart, 
you can take my heart forever if you like 

But not every heart, 
belongs to any other, 
You and I, 
you and I 
are meant to be 
I'm the one for you 
you're the one for me 
you love me as much as I do 
when you look at me 
and we're skin to skin 
I want you so, 
please come in 
And you love me more and more, 
and my love grows up with you, 
and you kiss me more and more 
and I kiss you too 
and I kiss you too! 

If I take your heart, 
I'll cherish it every day 
If I take your heart, 
I'll heal these old wounds 
If I take your heart, 
It's to make it happy 
If I take your heart, 
It's forever close to mine 

But not every heart, 
belongs to any other, 
You and I, 
you and I 
are meant to be 
I'm the one for you, 
you're the one for me, 
you love me as much as I do, 
when you look at me 
and we're skin to skin 
I want you so, 
please come in! 
And you love me more and more 
and my love grows up with you, 

And you kiss me more and more, 
and I kiss you too! 
and I kiss you too! 

I don't care,I don't care 
if I'm again carried away 
If you swear,if you swear 
to give me your heart in return! 

I don't care,I don't care 
If I'm again carried away, 
If you swear,if you swear 
to give me your heart in return, 
to give me your heart in return!


REVIEW KFC SPICY SAWADEE CRUNCH

12:13 1 Comments

Assalamualaikum!

pagi pagi dah badmood dah, haha bukak mascara nak pakai, tengok tengok patah! nak marah kat orang lain takboleh la sebab sha je guna mascara tu padahal baru je pakai semalam huwa. pastu sampai je tempat kerja, banyak pulak kerja ha sekarang pukul 12 baru free, oh sha kerja harini (kesian)๐Ÿ˜‚ btw happy deepavali! selamat bercuti untuk siapa yang bercuti harini, luangkan masa bersama keluarga yang tersayang okay? ❤

okay sebenarnya nak cerita pasal ; 16 Okt 2017. semuanya bermula (beberapa sebelum hari kejadian) sha ternampak iklan dari KFC, KFC ada keluarkan perisa baru (eh perisa ke๐Ÿ˜‚) so sha terus teringin nak try sebab macam sedap je. so sha pun tunggulah kawan sha balik untuk cuti midsem dan sebelum tu sha ada buat vote kat twitter ๐Ÿ˜‚


motif sha buat vote ni sebab sha nak tau sedap ke tak sebab ada kawan cakap takberapa sedap huhu tapi walaupun jawapannya begitu ku tetap ingin mencubanya! hahaha so sha ajak lah kawan sha gi makan KFC untuk lunch. kemain kau lunch makan KFC ๐Ÿ˜‚ 



kitaorang keluar makan bertiga, sha, nzirah dan anak sedara nzirah. tapi saja je ambik gambar macam makan berdua haha. sha order set spicy sawadee crunch : ayam spicy sawadee crunch 2 ketul, coleslaw, whipped potato dan ice lemon tea (gambar seperti dibawah) while nzirah dan anak sedara dia, ikhwan order snack plate dan kitaorang tambah chezzy wedges satu.



so inilah SPICY SAWADEE CRUNCH yang sha nak try sangat tu. ok my first impression, macam wow nampak macam pedas je (ye memang pedas), lepas tu cubit, makan untuk kali pertama dan mungkin terakhir, lepas tu rasa menyesal. sekarang sha nak cerita pasal ayam ni jelah kan, rasa ayam ni pedas, masam masam sikit tapi dia macam terlalu banyak serbuk perasa. tapi rasanya kalau awak seorang peminat tomyam dan makanan thailand oklah kot sebab sha mcm kureng sikit kalau tomyam ni. kiranya betullah yang orang vote kat atas tu bgtau haha sha bagi 1.5/5 bintang je? hahaha sha suka yang prev punya set, yang ada cheese tu. 

lepas settle makan apa semua, dah kenyang kan, nzirah nak beli bawak balik coleslow dan potato tu so sha ambiklah kesempatan beli benda kat bawah ni, sha tak ingat nama dia haha panggil cheezy ball boleh tak? haha! disebabkan ketidakpuasan hati dengan ayam dia, sha ubatilah dengan makan benda yang berchesseeee sebab i like cheese so much haha. ok gais setelah di check di lama web KFC, benda bawah ni nama dia ; Chewy Cheese Sour Cream & Onion, harga dia 5 ketul RM6.90!


rasa bahagia sangat dapat makan benda ber-cheese hahaha tapi sha kenyang gila masa balik dari rehat tu tapi kalau tak makan time panas nanti taksedap, so rasalah 2 ketul dulu, yang lagi 3 ketul simpan kejap dalam sejam makan kan, rasa macam makan cekodok je T.T haha


nampak tak bertali cheese heh terliur pulak tulis entry ni. korang dah try belum spicy sawadee crunch? sedap tak? ke kat mulut sha je taksedap benda ni? haha T,T selamat bercuti semua! bye ❤

Tuesday, 17 October 2017

1ST ANALIFESTYLES GIVEAWAY

22:27 2 Comments

Assalamualaikum


klik banner untuk join ๐Ÿ˜‰

setelah lama tak join giveaway hehe nak try join giveaway ni sebab hadiah dia menarik sangat! makeup bag, buku nota comel dan hadiah special ๐Ÿ˜ฑ tarikh tamat tak dinyatakan pulak tapi syarat untuk join giveaway ni memang semudah 1 2 3 ๐Ÿ˜‡

1. Follow blog ana ANALIFESTYLES

2. Like facebook page ana CUCKOO-PAGE

3. Follow intagram ana  RAIHANARAMLAN

4. Repost entry ini dan tinggalkan link di comment dibawah.

Monday, 16 October 2017

HADIAH DARI KAK FIEZA SANI

16:30 6 Comments

Assalamualaikum!

hi? miss me? hehehe been so busy last week, kena settlekan hal syazwan yang takpergi giat for 2 weeks sebab excident, dan busy sangat sangat kat tempat kerja. sepanjang hari hadap pc siapkan kerja dan bila balik kerja memang malas dah nak update blog, nak blogwalking apa semua pun malas padahal banyak idea datang tapi time tu lah busy, malas dan sebagainya. bila rajin nak menaip takde idea pulak hahaha. so 1 Okt yang lepas sha ada dapat email dari kak fieza sani, sha jadi PENGOMEN PERTAMA UNTUK ENTRY PERTAMA  OKTOBER BLOG FIEZA SANI ! haha memang tak sangka lah kan? sebab selalu orang cari top comentator *eh betul ke tak tu eja* tapi kak fieza mencari orang first yang komen pulak hahaha. 

throwback 1 Okt, sha macam biasa, sampai je tempat kerja dah settle semua benda dan sebelum mulakan kerja, sha akan bukak blog dulu hehe komen 2 3 4 5 6 kat entry blog yang sha follow baru buat kerja, kalau ada kerja lah kalau takdak sambung lagi blogwalking. lepas tu sha dapat email dari kak fieza sani, excited okay~ kak fieza cakap sha dapat souvenir sebab jadi orang first komen kat entry bulan oktober dia, tapi kak fieza tak cakap benda apa sampailah dia dah post barang tu baru kak fieza update kat blog dia (baca sini → LOLLIPOP TEA BALLS UNTUK PENGOMEN BULAN OKTOBER) sha pun excited gilalah tunggu barang sampai sebab dalam gambar dah comel kan?

dan akhirnya, masa yang ditunggu tunggu. pin ,,., pin,,... pakcik poslaju datang hehe sha dah taksabar dah ni nak bukak dapat je terus rasa nak jerit hahaha sebab sha memang tajboleh tengok botol air, rasa macam kena jampi *tengah dengar lagu jampi* 

   

so inilah botol tersebut haha, comel kan? maaflah gambar tak jelas sangat haha camera sha dah gila dah sekarang, mungkin ada orang nak sponsor phone baru hahaha T,T sha memang suka gilalah dengan botol ni tapi masih taksempat nak guna sebab sha jarang bancuh air kat rumah so masih dalam almari hahaha nanti kalau sha guna sha share kat ig okay. sekian daripada sha harini, ya ampun rasa nak nangis sebab boleh karang entry harini hahaha T.T jom jalan jalan kat blog kak fieza sani, manatau rezeki korang pulak next mnth? hehe




Friday, 13 October 2017

BARANG DARI SGSHOP DAH SAMPAI!

15:08 14 Comments

Assalamualaikum.

Haritu (bulan ogos) sha ada join satu giveaway dari blog DULULAINSEKARANGLAIN. giveaway kredit RM100 dari sgshop. haha sha tau semua suka kan dengan giveaway ni. sha pun suka wahahaha jadi setelah hampir sebulan menunggu kehadiran parcel tu, selasa haritu selamat sampai kat tempat kerja sha tapi sha cuti pulak haha so rabu baru dapat berjumpa parcel tu. nak tau tak apa sha beli? jeng jeng jeng ;-

sandal, botol air, botol air, penyu dan tuala

yang sha excited sangat tunggu barang sampai sebab penyu tu lah haha ingatkan sama besar macam bantal emoji yang sha beli haritu tapi malangnya taksama besar T.T tapi besar jugaklah haha 30cm. yang botol air beli dua tu sebab ingat nak bagi kat orang tapi berkenan pulak haha sha ambik kat sha jelah :p sha bawak pergi kerja botol air tu haha dah lah ada gambar singa macam budak budak betul HAHA. yang botol lagi satu tu kaca pulak adoi haha sha memang taksuka sangat kaca kaca ni, memang botol tu duk diam diam dalam almari jelah jawabnya. sandal tu ingatkan besar, dah size 40 tu, kecik jugak haha T.T yang tuala tu best! ada tuala mandi dan tuala muka, kain dia jenis serap air, menyesal beli satu hahaha. sha share harga harga barang ni ye 
  • sandal - RM 7.73
  • botol air oren - RM 7.88
  • botol air purple - RM 7.02
  • penyu - RM 18.00
  • tuala - RM 13.33
sebenarnya memang best kalau shopping kat SGSHOP ni, memang rambang mata, kalau boleh semua benda nak dibeli hahaha tambah sha pulak suka benda benda comel haha memang lagi rambang mata lah tapi yang takbestnya postage mahal sangat haha dan lambat sampai. sha selalu memang ambik postage yang paling murahlah biarlah lambat sampai pun haha kadang sampai lupa ada beli barang. dan lagi satu best pasal SGSHOP ni dorang guna NINJAVAN so sebelum ninjavan datang hantar barang, dorang akan msg dulu so kita akan tau lah barang kita bilanya nak sampai, kalaulah poslaju pun buat macam tu haha :p so kepada yang ada bajet lebih untuk bulan ni, bolehlah shopping kat SGSHOP ni hehe 

Thursday, 12 October 2017

PEREMPUAN PALING BAHAGIA (2017)

11:59 12 Comments

Assalamualaikum

sejak sejak dah tak tengok cerita korea ni kan, sha macam suka pulak cerita melayu haha. sekarang sha tengah layan cerita PEREMPUAN PALING BAHAGIA. cerita ni adalah salah sebuah drama yang diadaptasikan daripada novel. haritu masa tengah blogwalking ada terbaca pasal novel perempuan paling bahagia ni kat blog SA terus rasa nak tengok cerita ni sebab sinopsis dia memang best sampai buat sha rasa nak layan cerita ni lah. terus google cerita ni, ha layan dari episod 1 - 6 kot malam tu. ingat nak habiskan je episod yang ada tapi internet pulak habis kuota haha terpaksa lah behenti kat situ dan sambung kat tempat kerja hehe. memang mula mula tengok macam takfaham sangat tapi lama lama sha sampai takboleh nak behenti senyum sorang sorang tengok Rafa (Zahiril Adzim) dan Arissa (Shera Aiyob). tengok memang sweet habislah, comel pulak tu haha. tadi sha baru habiskan episod 18 hahaha taksabar nak tunggu next episod. jom baca sinopsis cerita ni ;-

------------------------------------------------------------------


JUDUL : PEREMPUAN PALING BAHAGIA 
SIARAN : Astro Oasis & Maya HD
PENULIS NOVEL : Syamnuriezmil 
PENGARAH : Jamal Khan 
TERBITAN : Pena Creative Pictures
JUMLAH EPISOD : 20 Episod
PELAKON : Zahiril Adzim, Shera Aiyob, Luqman Hafidz, Sara Ali, Liza Abdullah, Ako Mustapha

LAGU TEMA / OST PEREMPUAN PALING BAHAGIA
Menahan Rindu - Wany Hasrita


SINOPSIS PEREMPUAN PALING BAHAGIA

Bahagia adalah pengorbanan. Berkorban untuk buat orang yang kita sayang bahagia, kita akan turut merasakan bahagia. Bagi Arissa yang berasal daripada keluarga yang susah, bahagia itu adalah duit. Ada duit semuanya akan bahagia.

Tetapi makna bahagia bagi Arissa berubah apabila Arissa diberi tugas untuk menjaga Rayyan, bayi yang dijumpai di tangga masjid yang telah dibuang oleh Rafi, abang Rafa. Rayyan yang merupakan anak tidak sah taraf telah dinafikan haknya oleh Rafi dan disebabkan Datin Zarina menghibahkan semua harta yang sepatutnya milik Rafi kepada Rayyan, Rafi berdendam.

Namun, anak tidak sah taraf hanya akan mempunyai pertalian keluarga dengan keluarga sebelah ibu yang melahirkannya dan melalui ibu susuanlah, Rayyan akan ada pertalian keluarga dengan Rafa.

Akibat kasih sayang dan layanan baik Arissa ke atas Rayyan, Rafa dan Datin Zarina merasakan Arissa lah calon yang sesuai untuk menjadi isteri Rafa dan ibu susuan Rayyan. Dalam masa yang sama, tanpa pengetahuan mereka, Arissa sudah pun mula mengambil ubat hormon itu. Ini kerana mereka masing-masing mempunyai alasan mereka tersendiri.

Alasan Arissa adalah kerana dia sayangkan Rayyan dan menganggap Rayyan senasib dengannya, yatim piatu.

Alasan Rafa adalah kerana dia sudah mula jatuh cinta. Tetapi terikat dengan perjanjiannya dengan Datin Zarina, Rafa buat-buat Kebal.

Alasan Datin Zarina pula adalah kerana dia telah meletakkan Arissa sebagai penama polisi insuransnya yang bernilai RM50 juta untuk mengaburi mata Dato’ Rafail yang mahu membunuhnya.

Wednesday, 11 October 2017

ME AND MY BLOG!

16:44 6 Comments


Assalamualaikum!

Selepas dua hari tak publish apa apa kat blog ni disebabkan takboleh nak pandang pc, terus jadi pening haha lol i need rest and short vocay kot. takboleh hadap pc tapi hadap phone boleh je haha tapi malas nak hadap lama lama so yeah rehat kejap. so harini masuk kerja semula dan sha nak ceritakan pasal blog sha ni hehe.

Blog ni dicipta pada bulan Mei 2012. masa tu sha dapat notebook 1 Malaysia, memang excited gila lah dapat notebook kot kan? haha balik je rumah krik krik sebab internet takdak haha masa tu mana guna smartphone lagi, masih guna nokia 3310 haha. tepu lah jugak kan takdak internet lepas tu bila dah ada notebook ni cikgu suruh gunakan apa kerajaan bagi ni untuk pelajaran la. so macam homework ke apa email je ke dia, sha dulu masa form4 ambik subjek ict. kiranya takpayah lah petang petang nak kena gi skolah belajar apa semua sebab belajar ict ni memang teruk jugak lah, buku teks dia tebal macam buku akaun hahaha. dah nak hantar email kat cikgu kenalah ada internet kan? kena lah beli internet, sha beli broadband maxis yang sebulan RM68 tu. ha sejak ada internet tu kan, memang online je lah 24jam, baguskan. sampai kena marah dengan abah la haha. macam dah kelaut je ni haha, takpe ni intro haha. masa dapat je internet benda first sha signup mestilah Facebook. hahahaha! time tu mana ada orang guna sangat twitter, memang FB jelah top time tu. lepas signup FB, sha signup twitter, myspace (HAHA), tagged, dan banyak lagi lah. kiranya apa apa sosial media semua sha signup, haha termasuklah blog. 

Blog ni sha create sebab selalu nampak blog orang lain cantik cantik, so sha pun macam "aku pun kena ada benda ni" haha maka terciptalah blog ni. tapi! masa mula mula sha buat blog ni, bukan atas nama shafyqahazahar tapi syafikaatieqa. sebab apa? sebab dulu sha kat sekolah macam takfemes sangat, macam budak tak dikenali haha tapi kat media sosial sha macam hot jugaklah haha Allah malunya nak mengaku diri hot haha. jadi macam takmau dikenalilah. lagipun macam takselesa betul dulu, nampak sha upload gambar ke apa mesti kena perli dalam kelas heh haha lupakan semua tu haha. so sha gunalah nama syafikaatieqa tu untuk beberapa tahun (dari 2012 - 2015). nak tau tak sha punya the first time forever punya blog post? haha sha share sikitlah ayat dia memang ayat dia memang rempitzzzz habislah.

assalamualaikum :))  hye , nk becelot0h ckit ari nhe ^^ skg nhe aku tenga exam mid year :3 takud lha result tw0k .

sha copy paste terus je ni. hahaha tapi sikit jelah, kang bagi penuh rasa malu sampai ke tua pulak haha. jangan dicari ye sebab sha dah draftkan semua post post yang lama sejak serious berblogging ni. post yang dulu memang mengarut sangat sampai malulah nak share dengan orang.

Sebab apa buat blog? macam sha cakap mula mula tadi, sebab sha tengok blog orang lain cantik dan sha pun kena ada jugak haha. tapi dulu sha gunakan blog ni macam online diari sha la, balik sekolah je update blog haha rindu pakwe pun update kat blog jugak dulu. rasa nak tampar je muka masa mula mula bukak blog semula hujung tahun lepas haha baca je post sendiri yang lama lama terus macam ; aku ke type semua ni? haha tapi seronok baca sebab nampak perjalanan kematangan kita gituh haha. dulu sha sanggup berjaga dari malam ke pagi sebab nak cantikkan blog, setiap hari mesti usha blog kak lyssa! siapa tak kenal dengan kak lyssa? blog dia penuh dengan tutorial nak mencantikkan blog. memang ikut step by steplah cerita dia nak cantikkan blog, punyalah gigih masa tu. bila tengok blog orang lain ada salji turun terus search tutorial kat google hahaha padahal benda benda remeh temeh tu memberatkan loading blog ja.

Mengenai pageviews pulak memang menyedihkan haha. kalau dah buat blog since 2012 mestilah pv dah banyak kan? lebih 100 000 ke haha, malangnya tidak sama sekali. dulu sha berblogging bukan sebab nak orang baca, bukan sebab nak banyak follower tapi sebab nak ada blog, nak update pasal life sha, dan memang takdak orang tengok pun. tah tah orang taktau pun kewujudan blog sha pada masa tu haha post pertama sha tu takdak view langsung. lepas tu dah serious berblogging ni barulah kisah pasal pv semua ni, alhamdulillah walaupun masih taksampai 100 000 pv, bersyukur jelah. biar lambat asalkan selamat haha. 



Sha start serious berblogging semula sebab sha rasa berblogging ni memang kena dengan jiwa sha. percaya tak sha memang takboleh kalau sehari takbukak blog, walaupun hanya berblogwalking! haha walaupun takdak idea nak menaip tapi wajib bukak blog. baca entry entry orang lain, rasa macam bestnya dorang banyak idea nak mengarang haha. sha start serious ni awal tahun 2017, walaupun mula berblogging semula akhir tahun 2016 tapi banyak join giveaway je, tapi start awal tahun haritu rasa nak serious betul betul. walaupun pv masih sendu tapi sha tau sha boleh haha yakin betul kan? sha start join group group blogger kat FB, sha start berblogwalking sampai berpinar mata mata hadap pc/handphone haha join exchange komen apa semua. kena kerja lebih lagi kalau nak berjaya kan walaupun kadang kadang ada masa rasa nak giveup nak berblogging haha. so sha nak pesan sikit jelah sebelum nak akhiri bebelan panjang sha ni ; jangan behenti berblogging sebab kita lain dari orang lain hehee bye!

Monday, 9 October 2017

B.LIV x #MYCYBERSALE 2017

09:06 33 Comments
Assalamualaikum.


sha nak cerita pasal MYCYBERSALE. Apa itu MYCYBERSALE? MYCYBERSALE adalah online sale yang terbesar di Malaysia. MYCYBERSALE 2017 akan bermula pada 9 - 13 Oktober 2017. pada tarikh tersebut, brand brand yang mengambil bahagian dalam MYCYBERSALE 2017 ini akan memberikan sale yang sangat menarik! so kepada korang yang suka online shop macam sha tu boleh lah usha laman web MYCYBERSALE 2017! 


--------------------------------------------------------------------------------


korang pernah dengar tak mengenai jenama b.liv? b.liv ini wujud sejak tahun 2009 lagi, wow lama dah kan? dibawah ini sedikit sebanyak mengenai b.liv ;-

pronounced as “believe”, b.liv was established in 2009 and derived from a cosmaceutical brand. b.liv was created to cater to a strong demand for an easy-to-use and affordable personal skin care regimen. b.liv seeks to inspire and gives confidence to the youths of today in making a difference.
today, b.liv is the leading brand in pores management solution. proper pores management is the first step to flawless looking skin. we are dedicated to bring pores management to be the primary focus for a healthy looking you.

apa yang sha dalam dalam parcel tu adalah drench me (moisturizing cleansing gel),  refresh me (moisturizing toner), submerge me (moisturizing booster), o2 bubbly bright (oxygenating mask) and off with those heads (blackheads sebum gel)


drench me (moisturizing cleansing gel) - RM 37.50

pembersih pelembap ini membebaskan wajah dari kekotoran dan memastikan kulit kita mendapat sebanyak mungkin kelembapan. apa yang best mengenai cleansing gel ini adalah dapat membersihkan kulit serta menghidratkan kulit dan mengekalkan kelembapan dalam masa panjang. cleansing gel ni sesuai untuk semua jenis kulit dan setiap peringkat umur. cleansing gel ini digunakan seperti pencuci muka yang lain iaitu dua kali sehari ; pagi dan malam. antara bahan - bahan yang ada didalam cleansing gel ini adalah ekstrak aloevera, ekstrak teh hijau dan ekstrak rumpai laut dan bau cleansing gel ni macam oren? eh yeke haha. more info on → DRENCH ME

refresh me (moisturizing toner) RM 39.00

toner pelembab ini dapat mengelakkan kulit daripada kering, kusam dan muka yang kelihatan letih. dengan semburan daripada toner ini dapat menyegarkan muka serta meningkatkan kelembapan kulit muka kita.toner ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya untuk kulit kering. digunakan selepas mencuci muka ; siang dan malam. more info on → REFRESH ME

submerge me (moisturizing booster) RM62.50

moisturizing booster ini berfungsi untuk menghidratkan dan mencerahkan kulit. selain itu, moisturizing booster ini juga akan memastikan tanda - tanda penuaan tidak kelihatan. moisturizing booster ini sesuai untuk semua jenis kulit. cara penggunaan adalah digunakan selepas toner pada siang dan malam. antara bahan bahan didalam moisturizing booster ini adalah ekstrak strawberry begonia yang mana berfungsi untuk mengelakkan penuaan. more info on → SUBMERGE ME

off with those heads (blackheads sebum gel) RM118 for 30ml
sebum gel ini berfungsi menghapuskan blackhead dan whitehead tanpa rasa sakit! apa yang best mengenai sebum gel ini selain daripada dapat menghapuskan blackhead dan whitehead adalah dapat mengawal minyak dimuka. gel ini boleh digunakan untuk semua jenis kulit yang mempunyai blackhead dan whitehead. gel ini didatangi dengan 3 size iaitu 15ml (RM59), 30ml (RM 189) dan 45ml (RM 146). gel ini dapat menghapuskan blackhead dan whitehead dalam masa 14hari! wow kan? more info on → OFF WITH THOSE HEADS

o2 bubbly bright (oxygenating mask) RM99
best sangat mask ni! oxygenating mask ini berfungsi untuk membersihkan dan mencerahkan kulit. selepas penggunaan mask ni, korang dapat rasakan kulit korang menjadi lembut dan glowing! antara bahan bahan dalam oxygenating mask ini adalah o2 bubble dimana berfungsi untuk membersihkan kulit dan serbuk beras untuk mencerahkan kulit. more info on → O2 BUBBLY BRIGHT


sempena dengan #MYCYBERSALE ini, BLIV telah menawarkan diskaun sehingga 70%, Flash Deal serendah RM10, penghantaran percuma dengan min pembelian RM60 dan free gift untuk setiap pembelian! 

Website : BLIV.COM





Sunday, 8 October 2017

JATUH CINTA DENGAN AS'AD MOTAWH

10:00 15 Comments

Assalamualaikum.

selamat berhujung minggu kepada yang cuti dan selamat bekerja kepada sha. sha jatuh cintalah! haha beberapa hari lepas disebabkan kuota internet yang banyak dan taktau nak buat apa jadi sha pun bukak lah youtube, tengok lagu lagu baru kan. lepas tu terjumpa satu lagu ni terus sha jatuh cinta, jatuh hati semua jatuhlah kiranya hehe. bukan sebab penyanyi dia handsome ke apa *tapi memang handsome pun* tapi sebab lirik lagu dia tu, memang sesuailah kalau sedih ke sakit hati ke kecewa ke dengar lagu ni hehe jeng jeng jeng, sha tengah cerita pasal AS'AD MOTAWH ;- dia baru berumur 16 tahun uolls! katanya dia mula buat cover di ig sahaja. sha pun taktau banyak pasal dia, jom layan lagu beserta lirik SENYUM - AS'AD MOTAWH


Artist: As'ad Motawh
Composer: Wansaleh & Fuadko

LIRIK SENYUM AS'AD MOTAWH

bila kau berduka dan engkau putus asa
ku fahami apa yang kau rasa
disini ada ku bukankah aku teman mu
yang ku ingin hanyalah senyuman mu

biar kegelapan menghilang
dan cahaya terus menerangi

let me see you smile
let me see you laugh
let your worries go away and never come again
i wanna smile with you
i wanna laugh with you
we never know all the good that a simple smile can do

bila kau berduka dan engkau putus asa
ku fahami apa yang kau rasa
disini ada ku bukankah aku teman mu
yang ku ingin hanyalah senyuman mu

biar kegelapan menghilang
dan cahaya terus menerangi

let me see you smile
let me see you laugh
let your worries go away and never come again
i wanna smile with you
i wanna laugh with you
we never know all the good that a simple smile can do

jangan pernah mengalah walau dalam susah
kau teruslah melangkah dengan tabah
tak pernah kau sendiri ada ku disini
kepadanya kau ku serah diri

let me see you smile
let me see you laugh
let your worries go away and never come again
i wanna smile with you
i wanna laugh with you
we never know all the good that a simple smile can do

let me see you smile
let me see you laugh
let your worries go away and never come again
i wanna smile with you
i wanna laugh with you
we never know all the good that a simple smile can do

let me see you smile~

Saturday, 7 October 2017

CARA MEMBUAT HOMEMADE POPCORN CARAMEL

14:00 7 Comments

Assalamualaikum.

Semalam masa balik kerja, cousin sha cakap jom malam ni kita buat popcorn, semalam abang dia ada beli biji jagung kat mydin kot taksalah. 1kg = RM8 tapi dia ambik 500g+ = RM4++. lepas tu sha okaykan je lah sebab dia yang nak buat, sha macam tolong sikit sikit je. cousin sha ni lelaki tau tapi bab masak pro gila haha. lepas maghrib je terus start buat. kitaorang buat popcorn ni dalam pemanggang ajaib je haha, meh sha nak share resepi buat popcorn mudah, simple dan sedap haha! 

Bahan (untuk popcorn)  :-

1. Minyak masak
2. Butter (kitaorang guna jenama planta)
3. Biji jagung

Bahan (untuk caramel) ;-

1. Gula
2. Air
3. Butter

[sukatan untuk kesemua ni main campak je :') biasalah dia kan pro mana ada nak sukat sukat haha!]

Cara membuat popcorn ;-



1. masukkan minyak dan butter dan kacau sehingga butter cair, gunakan api sederhana 
2. masukkan biji jagung dan sekatakan biji jagung dengan minyak + butter tadi, kalau tak nanti setengah rasa lain setengah rasa lain haha
3. tutup pemanggang ajaib tu (kalau tak nanti jadi macam cerita pingu)
4. tunggu popcorn pop pop haha
5. DONE!

Cara membuat caramel ;-



1. (guna pemanggang ajaib) masukkan gula dan air, biarkan sampai mendidih
2. tutup api
3. masukkan butter dan kacau sehingga cair 
4. DONE!

Last step adalah ambik popcorn dan gaulkan dengan caramel tu dan SEDIA untuk dinikmati.

Ok for the first try kan, popcorn tu okay je tapi sha tak sangka yang cepat gila biji jagung tu pop pop haha tapi yang caramel tu haha first try hangus terus. nenek sha bising dah sebab guna gula kan, bazir katanya hehe lepas tu yang second time buat tu menjadi elok hehehe dah habis gaul apa semua, tadaaaa


kalau korang nak tengok dengan lebih jelas cara buat popcorn ni boleh tengok video ni → CARA MEMBUAT POPCORN. maaf gambar kurang jelas dan tak berkualiti, selamat mencuba!


Friday, 6 October 2017

DAY 3: EIGHT WAYS TO WIN YOUR HEART

12:39 7 Comments



Assalamualaikum. macam susah betul nak habiskan 10 days challenge ni, jom teruskan untuk day 3 hahaha → DAY 1 | DAY 2

bila bercakap mengenai hati ni entah lah, tak pro sangat tapi kalau nasihat orang memang pro hahaha so jom baca cara memenangi hati sha haha


1. BERFIKIRAN MATANG 

sebagai seorang perempuan yang selalu berfikiran tidak matang sha memerlukan seorang lelaki yang berfikiran matang supaya taksalah buat keputusan or wat so ever. maksud matang kat sini bukan semua benda nak kena serius, mesti boringkan kalau macam tu? haha maksud sha bila ada masalah or salah faham ke apa boleh bawak bincang.

2. KELAKAR 

yang ni antara yang terpenting untuk mencuri hati sha. boringlah kalau kenal dengan orang yang asyik nak serious je. bayangkan kalau sembang ke apa kena serious je, takboleh melawak. haha ingat sembang pasal politik ke bang? aduh stress sis haha. kadang kadang buatlah benda lawak sikit, biar sama sama terhibur, githew

3. BERSEDERHANA

mesti tak bestkan kalau kenal dengan orang yang suka bangga banggakan diri dia haha memang tak salah okay nak bangga diri sebab kita yang bawak diri kita ke tahap tu tapi kalau terlebih bangga mesti rasa menyampah yes. menyampah u! so its better if awak seorang yang bersederhana :) bersederhana dalam semua perkara tau, just make it simple, sha pun seorang yang simple dan sederhana. kita takpayah pun makan kat hotel 5 bintang, bazir. kita makan je kat mamak pun dah ok haha

4. MEMAHAMI

rasanya yang ni penting jugak kot. sha memang takdelah busy mana pun tapi kalau sha rasa nak rehat maknanya memang nak rehat haha. kiranya kena faham yang masing masing ada life masing masing bukan 24 jam nak kena contact each other, nak kena jumpa setiap hari. nanti kahwin takdenye nak macam tu ← makcik sha cakap 

5. BERTANGGUNGJAWAB

bertanggungjawab, yes! bertanggungjawab. bertanggungjawab terhadap family si dia tu yang penting. suka betul tengok lelaki yang bertanggungjawab ni. rasa macam one in the million hahaha. 

6. PENYAYANG

mestilah kena penyayangkan haha takkan lah nak yang panas baran pulak. tengok lelaki main dengan kucing pun boleh tau dah dia penyayang ke tak haha kalau lelaki tu takut kucing, mungkin boleh tengok dia bermain dengan baby, mesti ada sifat ke-abah-abah-an hahaha

7. WAJIB SUKA MAKAN

haruslah suka makan, sebab makanan buat sha bahagia. bahagianya hidup kalau dapat seseorang yang suka makan macam kita. setidak tidaknya nanti kalau sha masak apa apa pun, dia makan je hahaha takde nak menolak makanan yang sha bagi pastu bolehlah gi try makanan baru ke wuwuuw bestnya!

8. BUKAN SWEETALKER

please say no to a sweetalker because he gonna broke your heart into a pieces *oh my english* berdasarkan pengalaman sha yang lalu haha seorang yang sweetalker ni, forever a sweetalker huhu banyak sangat kot gula kat rumah dia haha, kalau jenis first day kenal dah bersayang sayang memang boleh nampaklah dia jenis sweetalker, hahaha so goodbyye!

susah betul nak listkan 8 ni pun haha sebab hati manusia kan, harini nak macam ni, esok nak yang main lain pulak, berubah ubah lah senang cerita. semoga sha mendapat jodoh yang membahagiakan hihi salam jumaat!

Thursday, 5 October 2017

PENCARIAN BLOGLIST & TUKAR HEADER LAGI?

15:13 10 Comments

Assalamualaikum.

sedar tak sedar harini dah 5 oktober. cepat betul masa berlalu dah 5 hari dalam bulan oktober, rasa macam baru semalam masuk tahun baru 2017 haha so untuk bulan ni sha nak mencari bloglist tetap gitu. sha nak cari blogger - blogger dari utara (Perlis, Kedah, Penang, Perak) untuk menghiasi bloglist sha hingga lah ke akhir hayat blog sha ni haha. so siapa blogger dari utara bolehlah komen link blog korang kat bawah okay, komen link blog dan dari negeri mana oky? 

perasan tak sha dah tukar header? haha tapi macam biasa, header sha letak nama sha je. tak kreatiflah nak hias macam macam kat header tu hahaha ok kejap ni header sebelum ni



hahaha simple sangat kan? nama sha dan crown. punyalah tak kreatif anak dara ni, tak kreatif + pemalas nak godek godek si google hahaha geram je bila blogwalking mesti header orang lain cantik cantik so tadi kerajinan datang singgah sebentar, tapi sha tetap sha, tetap nak simple je hahaha tapi ada warna warna sikitlah kali ni. tak sesimple yang sebelum ni. tadaaaa ;-

semoga dengan adanya header baru ni, sha semakin rajin nak menaip dan semakin rajin berblogwalking haha *macam takdak kena mengena ja* tu jelah cerita buat kali ini. kepada blogger blogger utara jangan lupa komen link kat bawah! 


NASI KERABU DI PAGI HARI

11:38 8 Comments

Assalamualaikum.

seperti hari hari biasa, semasa perjalanan ke tempat kerja, sha memang akan beli makanan untuk dibuat sarapan. sha ni seorang yang jenis wajib sarapan, kalau taksarapan taktau lah apa jadi haha sebab tak pernah tinggal :p sepanjang perjalanan sha ke tempat kerja memang akan jumpa beberapa kedai yang jual nasi lemak. tapi bosan lah kan tiap hari makan nasi lemak ja haha kita try lah benda baru pulak hihi. sebenarnya sha memang penggemar nasi kerabu kelantan. kalau kat kedah kan lebih terkenal dengan nasi ulam, ha sha tak berapa suka sangat nasi tu, lebih sukakan nasi kerabu kelantan tu haha. pada satu hari, sha behenti lah kat kedai makcik ni, selama ni selalu jugak sha beli nasi lemak kat dia, sebab nasi dia bukan nasi lemak haha nasi kuning + ayam masak merah gituhlah kan. tapi haritu sha behenti nak beli, tengok tengok ada nasi kerabu, nak royan kejap hahaha sebab sini susah sikit nak dapat nasi kerabu kecuali hari pasar malam (rabu) or bulan puasa memang ada jual tapi masa bulan puasa kan nafsu nak makan macam macam benda lain haha. pastu sha pun cakaplah nak nasi kerabu tu, taknak nasi lemak tu.

nasi kerabu tu ada lauk (eh lauk ke?) ada daging bakar/ayam bakar dengan telur masin. sha pilih daging bakar (first time beli). tau tak first time try sha memang dah jatuh cinta, jatuh hati dan sikit lagi nak jatuh kerusi sebab sedap sangat! katanya, menantu dia orang kelantan, so tak heranlah sedap sangat nasi kerabu dia kan? haha sha beli nasi kerabu daging bakar RM5 je. ada satu kedai kat area Ayer Hitam, sebungkus takdak telur masin pun dah RM3 (icrY) 


ni nasi kerabu yang sha beli tadi. harini saja ambik daging bakar dengan telur masin RM5.70 je haha daging bakar dia sedap tak terlalu kering, masih berjus. sayur pun banyak, yang ni part paling sha suka, sebab sesetengah orang dah cakap sayur lebih pun still sayur sikit hahaha -_- cuma keropok tu je mcm tak kriuk kriuk maybe dia kena asingkan dengan nasi kot. tapi memang secara keseluruhannya sedap gila nasi kerabu ni! sha bagi 6/5 bintang hehehe

tayang nasi kerabu sikit, geram tak tengok? hehe
nasi kerabu ni dikira makanan berat dah, takbolehlah makan selalu, cakap nak kurus haha. tapi takboleh tahan diri daripada nak beli, nak pulak kedai dia jalan sha pergi balik kerja haish stress haha! nampak macam sikit tu, kenyang sampai ke petang uolls! hehe semoga terlapar bila tengok nasi kerabu ni, bye


Wednesday, 4 October 2017

DONE CASHOUT DUIT DARI SUSHIVID

12:30 20 Comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah done cashout duit dari sushivid. haha baru nak cashout ke sha? orang lain dah berapa kali dah cashout :p siapa yang belum sushivid ni, jom lah join! buat side income gitu!

apa itu sushividsushivid adalah satu platform untuk para influencer seperti youtuber, instagrammer dan blogger untuk mendapatkan job review dan dapat mengembangkan nama kita sendiri. dan yang best pasal sushivid ni job kita dibayar dengan USD wow kan? masa first time daftar dah dapat RM10 tau. so siapa yang boleh berdaftar dengan sushivid? korang kena ada salah satu syarat daripada ketiga tiga ni ;-

youtuber ; 250 subscriber
instagrammer ; 2000 followers
blogger ; 2000 visits setiap bulan

macam mana nak join? kalau korang nak join boleh klik banner kat bawah ni. kalau ada apa apa soalan feel free to email me ; shfyqhazhr@gmail.com

Tuesday, 3 October 2017

LIRIK DUA RASA - EDA NAZIELA

12:05 0 Comments


LIRIK DUA RASA
Penyanyi : Eda Naziela


berjuta yang ada,
takkan pernah serupa, 
kau bawa dua rasa ; 
bahagia dan derita 

kau buat ku sempurna, 
egoku kau jatuhkan ia,
namun pada akhirnya, 
ku dilihat hina. 

kau binakan dua jalan, 
namun lorongnya sama hitam,

kiriku penuh kesakitan, 
kananku kau isi kerinduan. 
kau disana penuh bunga,
aku disini ditoreh jiwa.

dan jawab mengapa? 
bahagia tak dibahagi rata,
kau dicurah mimpi indah, 
mengapa aku dihinggap derita?



Sunday, 1 October 2017

COUSINS DAY OUT!

11:59 45 Comments

Assalamualaikum.

Dah masuk bulan baru harini, pejam celik pejam celik tinggal lagi dua bulan nak tinggalkan tahun 2017, cepat masa berlalu. macam mana dengan azam 2017? nak kurus? kurus kelaut dah, kita masukkan azam nak kurus tu untuk 2018 nantilah :p 

so semalam sha keluar dengan cousin sha pergi jalan jalan kat Alor Setar. cerita dia macam ni, sebenarnya sha kerja semalam tapi bila sampai tempat kerja, sha whatsapp kakak kedai cakap sha nak half day sebab nak pergi ambik ubat kat adik sha (dia eksiden malam jumaat) lepas tu terus kakak kedai sha cakap takpelah tutup jelah harini, settlekan hal adik. lepas tu, cousin sha whatsapp tanya kerja ke tak, sha cakaplah tak pastu dia cakap jom teman dia pergi klinik gigi kat Alor Setar lepas zohor. dalam pukul 1:45pm macam tu kitaorang dah keluar dari rumah, bajet sampai sana 2 lebih lah kan, bila sampai klinik tu, kat board tulis rehat sampai 2:30pm, lepas tu naik tengok pelekat kat pintu rehat sampai pukul3 :') masa tu 2:15pm, takkan nak tunggu situ kan? kitaorang pun macam jom lah gi tengok wayang. dalam kereta duk tengok showtime cinema tu lah, semua waktu macam tak kena je, ada yang start pukul2, 2:20, 2:30 haha semua taksempat -_- kereta punyalah banyak, biasalah hari sabtu kan. 


so kedai first yang kitaorang masuk kat Aman Central tu adalah kedai yang menjual peralatan sukan, macam kasut sukan, jersi, bola dan sebagainya. cousin sha dia memang sukalah kedai macam tu haha sebab dia suka kasut kot? kitaorang pun round roundlah kedai tu without buying another, maksudnya window shopping jelah sebab misi utama gi Alor Setar nak pergi klinik bukan nak menghabiskan duit hahaha tapi sha pun macam tersuka jugaklah tengok kasut kasut kat situ sebab memang cantik cantik dan harga yang berpatutan! nanti kalau nak gi beli kasut suka memang ke situ jelah sebab banyak pilihan kan. 


lepas tu kitaorang jalan jalan lah dari tingkat bawah sampai ketingkat berapa entah haha masuk popular sebab cousin sha nak cari buku, sha pun ada jugak niat nak membeli buku tapi buku yang ada pun baca takhabis habis lagi -_- time ni (gambar) cousin sha tengok besila kat bawah tu tengah pilih buku haha walaupun minat nak membaca buku tu dah kurang since dah kerja ni, tapi sha suka tengok buku banyak banyak yang tersusun cantik ni haha, alangkah bahagianya kalau rumah sha nanti ada satu bilik untuk letak semua buku ni kan :p kuat berangan betul! padahal masuk popular je. lepas dia dah pilih buku, kitaorang round round dalam tu, sha jumpa something yang cute gila!


tada! comel gila benda ni, nampak macam real haha ada la beberapa kat situ tapi sha suka tengok yang ni. macam ruang tamu idaman pulak kan. pastu kitaorang macam jomlah beli cantikni haha belek belek harga RM75!!! macam tak berbaloi je hahaha sebab kalau ada rumah sendiri lain lah, ni karang balik sepupu apa semua, habis takjadi ruang tamu lah benda ni. so kitaorang pun dah dah la window shopping, gi bayar pastu nak cari tempat makan. 

rancangnya nak makan kat boat noodles, tapi bila gi tengok orang penuh sampai dorang letak signboard "tempat penuh, sila tunggu sebentar, chill chill lah" but in english hahaa macam itulah ayatnya. so kitaorang macam jom lah round round lagi, kejap lagi datang semula kan, mana tau dah ada kosong haha masuklah kedai kedai tepi tepi tu, lepas 10 min macam tu, pergi tengok semula. masih penuh :') takdak rezekilah nak makan kat boat noodles. sedihnya rasa hati haha pastu kitaorang teruskan perjalanan kat area area situ je, ada mee warisan tu tapi sha macam taksuka sangat mee walaupun nampak orang makan sedap haha! pastu jumpa satu restoran ni ;-


The Cruises Steak House, nama pun dah gah gituh hehe. sebab apa kitaorang masuk sini sebab dia ada promotion set untuk couple of 2. kira okaylah tu sebab kitaorang memang pergi dua orang pun kan. dah tak tengok dah buku menu tu saja buat syarat ambik gambar je :p dah penat pusing satu mall kan, kepala duk fikir nak makan nak balik haha! lepas dah order, 3-5min macam tu semua makanan dah sampai yay! 


so ni lah set yang kitaorang order tu, fish n chip + chicken grilled + white rice + 2 drinks (lemon tea and peach tea). semua sedap!!! sha ambik peach tea while my cousin ambik lemon tea. peach tea sedap gila! first time sha minum sebenarnya tapi memang kena dengan tekak sha lah hihi. lepas tu antara fish n chip dan chicken grilled tu sha suka fish n chip tu. idk why maybe sebab ayam dah selalu kot makan? haha tapi kitaorang share tau, ayam sorang setengah, ikan pun share haha (sha je ke buat perangai macam ni?) sebab nak bagi kedua dua rasa kan, tapi cousin sha makan sikit je -_- sha ni dah lupa dah hari diet sha, hari tanpa air manis haha T,T sha bagi 4.7/5 bintang untuk makanan ni!


my front view time tengah makan haha, nampak tak yang orang ramai kat belakang tu. hari cuti kan, semua keluar dengan kawan kawan, family. spend time katakan. lepas je makan semua dalam pukul 4:30 macam tu, bergegas gi surau kat bawah sebab kejap lagi nak pergi klinik gigi tu semula haha penat gila kot, dengan lif lambat gila hahaha. sampai kat surau tu, sha suka betul tengok, bersih je. telekung pun banyak dan ruang solat pun besar, kiranya takdelah kena bersempit sempit masa nak solat. lepas solat, bergegas ke parking bayar ticket semua pastu road to klinik gigi! (misi asal)


alah kasilah chance nak selfie sikit haha! time ni memang bedak kemana dah sebab terkejar kejar kan, matahari pun memberi kerjasama yang baik haha. suka betul sha ambik gambar dengan pencahayaan matahari sebab konfirm cantik tapi jadi warna orenlah pulak camera sha ni sejak jatuh berkali kali ni huhu. sampai je kitaorang kat klinik, gi kaunter pastu akak tu cakap kalau nak check gigi berkenaan braces kena datang pagi, hari ahad sampai khamis haha! tu hari kerja kot. so cousin pun macam okaylah nanti datang semula hahaha kalau tahu kan boleh tengok wayang dah ><


dah settle pasal klinik semua. masa untuk pulang! tapi sebelum balik tu, singgah basuh kereta, isi minyak semua hahaha so atas ni pemandangan perjalanan pulang sha semalam :p subhanaAllah cantik sangat kan ciptaan Allah? tenang je tengok sepanjang jalan pemandangan cantik semua. kitaorang sampai rumah sama sama dengan maghrib huhu anak dara dua orang ni memang takboleh keluar sesama, ni sebaik boleh solat, kalau tak boleh memang sampai kemalam la >< balik tu memang letih sampai taknak gerak dari katil. sampai lupa nak makan ehehehe letih tapi ada best memory okaylah kan? terima kasih pada yang baca cerita panjang lebar sha ni, hehe bye! ♥

Thursday, 28 September 2017

DIY GIFT UNTUK TERSAYANG DENGAN PRINTCIOUS

19:00 13 Comments

Assalamualaikum

Siapa kat sini selalu penat nak fikir bila nak pilih hadiah  sama ada untuk mak ayah, kawan kawan or untuk yang tersayang? selalu rasa macam eh benda ni dia dah ada rasanya, bukan tahun lepas dah beli ke yang ni?, bukan haritu kawan dia dah bagi ke yang ni haha sha selalu ada masalah macam ni bila nak pilih hadiah. bila nak bagi kat someone hadiah, mestilah kita nak yang limited edition kan? hadiah yang kita je yang boleh bagi dia. ha! kalau macam tu kena DIY lah, barulah hadiah tu nampak exclusive dan limited edition.


Sha ada jumpa satu laman web untuk DIY gift untuk yang tersayang. dengan harga yang sangat berpatutan, kita dapat buat orang tersayang tersenyum dapat hadiah yang limited edition dan exclusive gituh! laman web tu adalah printcious.com/my! korang pernah dengar tak pasal printcious ni? Printcious dengan tagline "Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart" adalah satu syarikat yang menyediakan perkhidmatan percetakan pada barang-barang hadiah peribadi seperti tshirt, mug, puzzles, phone cases, cushions, mousepads, ceramic tiles dan mini tees. barangan - barangan ini sesuai untuk acara pemberian hadiah seperti hari jadi, perkahwinan, tamat pengajian, ulang tahun atau acara korporat.


diatas ini adalah kategori kategori hadiah yang anda boleh dapat di printcious. dengan adanya kategori kategori ni senanglah kita nak buat pilihan nak tempah hadiah untuk siapa kan. contohnya kalau kita ada kawan yang jenis suka minum kopi, apa kata kita buat mug diy untuk dia sempena birthday dia. mesti dia tersenyum gembira bila dapat hadiah macam tu. boleh guna setiap hari dan setiap hari jugak dia akan ingat kita haha :D

tapi sekarang sha nak cari hadiah untuk diri sendiri, sha rasa macam berkenan nak DIY totebag. boleh guna gi kerja hehe or letak telekung ke kan. 


korang bolehlah hias ikut korang punya kreativiti, kalau nak upload gambar klik kat imej tu dan kalau nak letak tulisan klik add text. hiaslah dengan setulus hati korang supaya orang yang dapat hadiah tu nanti boleh rasa kasih sayang korang *tetiba*. lepas tu submit order dan tunggu order sampai. jangan risau, servis dari printcious serious laju! sha pernah order dah dulu. barang yang kita dapat pun memang berbaloi dengan apa yang kita bayar. kalau berminat nak order boleh usha link kat bawah :-










Wednesday, 27 September 2017

VIRAL : WARONG HIJRAH BIHUN SUP THAI RM5

15:31 26 Comments

Assalamualaikum.

Semalam masa tengah belek belek FB ternampak satu post ni, dari page Siakap Keli, siapa ja tak kenal siakap keli kan? page terkenal tu haha. apa yang menariknya page tu post mengenai satu kedai makan di kawasan tempat tinggal sha. kalau duduk area ayer hitam - kerpan ni memang tipulah sapa taktau WARONG HIJRAH sebab kedai makan ni antara yang terkenal jugaklah kat sini. ya, sha selalu jugak pergi kedai makan tu. macam terkejut jugaklah kan haha sebab sha memang gi kedai tu dari start dia bukak sampai sekarang dah maju. alhamdulillah.

Kedai makan yang terkenal dengan bihun sup thai tu memang selalu penuh dengan pelanggan, selain bihun sup thai, nasi ayam kat situ memang sedap habis! dulu ada jugak masakan panas tapi dengar cerita sekarang dah takdak goreng goreng. kat situ jugak ada air dalam bekas besar tu. sha kalau gi makan situ suka makan nasi ayam lebih daripada bihun sup thai tu hehe sebab nasi mengenyangkan. kalau nak order sup thai tu sha order kuey teow sup thai sebab sha kurang sikit kalau bihun haha. 


kat atas ni bihun sup thai yang biasa dan nasi ayam. best pasal nasi ayam dia ni sebab ayam dialah, selalu nasi ayam sha makan dorang letak sos dan kicap dalam bekas asing asing, yang kat kedai ni campur. sha ingat lagi gi makan yang kat atas ni dengan kawan kawan time tu jari sha baru lepas kena pisau (baca kat sini) punya seksa macam nak nangis terus takdak selera hahaha dengar kawan bersembang pun rasa sedih haha! harga untuk nasi ayam adalah RM5 dan bihun sup thai biasa RM4.


yang ni pulak masa ada lagi kot goreng goreng haha tak ingat bila tapi rasanya lepas raya puasa. sha order kuey teow (takboleh berpisah dengan kuey teow) dan kawan sha order nasi goreng ayam, nasi lebih. ok gais nampak tak kuey teow dia banyak gila? satu talam tau tak haha talam yang muat 6 cawan tu, ya ampun mengucap panjang sha masa sampai kuey teow ni haha lalu diberikan kuey teow tu kat kawan sha, kalau sha makan semua memang takhabis la cerita dia hahaha okay mesti tertanya tanya kan harga dia hihi kuey teow goreng tu RM4 gais RM4!!!! omg hahahaa dan nasi goreng ayam nasi tambah tu RM6


nampak tak sha memang selalu jugak gi kedai ni? haha yang ni sebenarnya nak tunjuk air dalam cup besar tu tapi gambar takberapa jelas pulak haha air bigcup ni yang biasa RM4. boleh minum 3 hari 3 malam uolls sebab manis :p ada banyak jugak perisa seperti greentea, chocolate, redtea, strawberry, mocha tapi sha selalu order greentea la. walaupun greentea ni takbaik untuk kesihatan tapi sekali sekala takpe kot hihi. tapi dalam post yang viral tu dorang bercakap mengenai bihun sup thai special ayam segenggam + sayur segenggam dan cendol creamy tapi malangnya sha takpernah makan cendol dia so sha taktaulah rasa apa  tapi cousin sha memang suka cendol dia. sha memang jenis takminat cendol tapi kalau ais kacang memang sha suka.

sumber : page siakap keli
so nilah makanan yang viral tu, terliur tak? haha nampak macam sedap cendol creamy tu. nampak tak ayam dalam mangkuk tu, kemain banyak! sha selalu gi kedai tu siap mintak sayur lebih lagi tau sebab sha selalu makan yang biasa haha taktau pulak yang special dia banyak gini padahal tambah RM1 je T,T tapi dah cadang dah kawan balik cuti midsem nanti nak gi try cendol creamy dia, wait ya. 

LOCATION : WARONG HIJRAH, BERHADAPAN PASARAYA KAWANG, PEKAN AIR HITAM, KUBANG PASU, KEDAH

WAKTU OPERASI : 11 pagi hingga 7 petang