LIRIK DUA RASA
Penyanyi : Eda Naziela


berjuta yang ada,
takkan pernah serupa, 
kau bawa dua rasa ; 
bahagia dan derita 

kau buat ku sempurna, 
egoku kau jatuhkan ia,
namun pada akhirnya, 
ku dilihat hina. 

kau binakan dua jalan, 
namun lorongnya sama hitam,

kiriku penuh kesakitan, 
kananku kau isi kerinduan. 
kau disana penuh bunga,
aku disini ditoreh jiwa.

dan jawab mengapa? 
bahagia tak dibahagi rata,
kau dicurah mimpi indah, 
mengapa aku dihinggap derita?