Wednesday, 18 October 2017

LIRIK TAKE MY HEART - SOKO

15:22 0 Comments


You can take my heart for a walk on a beach, 
you can take my heart for a little trip, 
you can take my heart very close to your heart, 
you can take my heart forever if you like 

But not every heart, 
belongs to any other, 
You and I, 
you and I 
are meant to be 
I'm the one for you 
you're the one for me 
you love me as much as I do 
when you look at me 
and we're skin to skin 
I want you so, 
please come in 
And you love me more and more, 
and my love grows up with you, 
and you kiss me more and more 
and I kiss you too 
and I kiss you too! 

If I take your heart, 
I'll cherish it every day 
If I take your heart, 
I'll heal these old wounds 
If I take your heart, 
It's to make it happy 
If I take your heart, 
It's forever close to mine 

But not every heart, 
belongs to any other, 
You and I, 
you and I 
are meant to be 
I'm the one for you, 
you're the one for me, 
you love me as much as I do, 
when you look at me 
and we're skin to skin 
I want you so, 
please come in! 
And you love me more and more 
and my love grows up with you, 

And you kiss me more and more, 
and I kiss you too! 
and I kiss you too! 

I don't care,I don't care 
if I'm again carried away 
If you swear,if you swear 
to give me your heart in return! 

I don't care,I don't care 
If I'm again carried away, 
If you swear,if you swear 
to give me your heart in return, 
to give me your heart in return!


REVIEW KFC SPICY SAWADEE CRUNCH

12:13 1 Comments

Assalamualaikum!

pagi pagi dah badmood dah, haha bukak mascara nak pakai, tengok tengok patah! nak marah kat orang lain takboleh la sebab sha je guna mascara tu padahal baru je pakai semalam huwa. pastu sampai je tempat kerja, banyak pulak kerja ha sekarang pukul 12 baru free, oh sha kerja harini (kesian)😂 btw happy deepavali! selamat bercuti untuk siapa yang bercuti harini, luangkan masa bersama keluarga yang tersayang okay? ❤

okay sebenarnya nak cerita pasal ; 16 Okt 2017. semuanya bermula (beberapa sebelum hari kejadian) sha ternampak iklan dari KFC, KFC ada keluarkan perisa baru (eh perisa ke😂) so sha terus teringin nak try sebab macam sedap je. so sha pun tunggulah kawan sha balik untuk cuti midsem dan sebelum tu sha ada buat vote kat twitter 😂


motif sha buat vote ni sebab sha nak tau sedap ke tak sebab ada kawan cakap takberapa sedap huhu tapi walaupun jawapannya begitu ku tetap ingin mencubanya! hahaha so sha ajak lah kawan sha gi makan KFC untuk lunch. kemain kau lunch makan KFC 😂 



kitaorang keluar makan bertiga, sha, nzirah dan anak sedara nzirah. tapi saja je ambik gambar macam makan berdua haha. sha order set spicy sawadee crunch : ayam spicy sawadee crunch 2 ketul, coleslaw, whipped potato dan ice lemon tea (gambar seperti dibawah) while nzirah dan anak sedara dia, ikhwan order snack plate dan kitaorang tambah chezzy wedges satu.



so inilah SPICY SAWADEE CRUNCH yang sha nak try sangat tu. ok my first impression, macam wow nampak macam pedas je (ye memang pedas), lepas tu cubit, makan untuk kali pertama dan mungkin terakhir, lepas tu rasa menyesal. sekarang sha nak cerita pasal ayam ni jelah kan, rasa ayam ni pedas, masam masam sikit tapi dia macam terlalu banyak serbuk perasa. tapi rasanya kalau awak seorang peminat tomyam dan makanan thailand oklah kot sebab sha mcm kureng sikit kalau tomyam ni. kiranya betullah yang orang vote kat atas tu bgtau haha sha bagi 1.5/5 bintang je? hahaha sha suka yang prev punya set, yang ada cheese tu. 

lepas settle makan apa semua, dah kenyang kan, nzirah nak beli bawak balik coleslow dan potato tu so sha ambiklah kesempatan beli benda kat bawah ni, sha tak ingat nama dia haha panggil cheezy ball boleh tak? haha! disebabkan ketidakpuasan hati dengan ayam dia, sha ubatilah dengan makan benda yang berchesseeee sebab i like cheese so much haha. ok gais setelah di check di lama web KFC, benda bawah ni nama dia ; Chewy Cheese Sour Cream & Onion, harga dia 5 ketul RM6.90!


rasa bahagia sangat dapat makan benda ber-cheese hahaha tapi sha kenyang gila masa balik dari rehat tu tapi kalau tak makan time panas nanti taksedap, so rasalah 2 ketul dulu, yang lagi 3 ketul simpan kejap dalam sejam makan kan, rasa macam makan cekodok je T.T haha


nampak tak bertali cheese heh terliur pulak tulis entry ni. korang dah try belum spicy sawadee crunch? sedap tak? ke kat mulut sha je taksedap benda ni? haha T,T selamat bercuti semua! bye ❤

Tuesday, 17 October 2017

1ST ANALIFESTYLES GIVEAWAY

22:27 2 Comments

Assalamualaikum


klik banner untuk join 😉

setelah lama tak join giveaway hehe nak try join giveaway ni sebab hadiah dia menarik sangat! makeup bag, buku nota comel dan hadiah special 😱 tarikh tamat tak dinyatakan pulak tapi syarat untuk join giveaway ni memang semudah 1 2 3 😇

1. Follow blog ana ANALIFESTYLES

2. Like facebook page ana CUCKOO-PAGE

3. Follow intagram ana  RAIHANARAMLAN

4. Repost entry ini dan tinggalkan link di comment dibawah.

Monday, 16 October 2017

HADIAH DARI KAK FIEZA SANI

16:30 6 Comments

Assalamualaikum!

hi? miss me? hehehe been so busy last week, kena settlekan hal syazwan yang takpergi giat for 2 weeks sebab excident, dan busy sangat sangat kat tempat kerja. sepanjang hari hadap pc siapkan kerja dan bila balik kerja memang malas dah nak update blog, nak blogwalking apa semua pun malas padahal banyak idea datang tapi time tu lah busy, malas dan sebagainya. bila rajin nak menaip takde idea pulak hahaha. so 1 Okt yang lepas sha ada dapat email dari kak fieza sani, sha jadi PENGOMEN PERTAMA UNTUK ENTRY PERTAMA  OKTOBER BLOG FIEZA SANI ! haha memang tak sangka lah kan? sebab selalu orang cari top comentator *eh betul ke tak tu eja* tapi kak fieza mencari orang first yang komen pulak hahaha. 

throwback 1 Okt, sha macam biasa, sampai je tempat kerja dah settle semua benda dan sebelum mulakan kerja, sha akan bukak blog dulu hehe komen 2 3 4 5 6 kat entry blog yang sha follow baru buat kerja, kalau ada kerja lah kalau takdak sambung lagi blogwalking. lepas tu sha dapat email dari kak fieza sani, excited okay~ kak fieza cakap sha dapat souvenir sebab jadi orang first komen kat entry bulan oktober dia, tapi kak fieza tak cakap benda apa sampailah dia dah post barang tu baru kak fieza update kat blog dia (baca sini → LOLLIPOP TEA BALLS UNTUK PENGOMEN BULAN OKTOBER) sha pun excited gilalah tunggu barang sampai sebab dalam gambar dah comel kan?

dan akhirnya, masa yang ditunggu tunggu. pin ,,., pin,,... pakcik poslaju datang hehe sha dah taksabar dah ni nak bukak dapat je terus rasa nak jerit hahaha sebab sha memang tajboleh tengok botol air, rasa macam kena jampi *tengah dengar lagu jampi* 

   

so inilah botol tersebut haha, comel kan? maaflah gambar tak jelas sangat haha camera sha dah gila dah sekarang, mungkin ada orang nak sponsor phone baru hahaha T,T sha memang suka gilalah dengan botol ni tapi masih taksempat nak guna sebab sha jarang bancuh air kat rumah so masih dalam almari hahaha nanti kalau sha guna sha share kat ig okay. sekian daripada sha harini, ya ampun rasa nak nangis sebab boleh karang entry harini hahaha T.T jom jalan jalan kat blog kak fieza sani, manatau rezeki korang pulak next mnth? hehe