OIL CLEANSING METHOD (OCM)

by - 13:30


Assalamualaikum,

lama tak membebel ni. harini sha nak cerita pasal oil cleansing method. sha berkenalan dengan oil cleansing method ni daripada satu channel kat telegram ni. kebetulan pulak masa sha baca pasal OCM ni, barang yang diperlukan ada kat rumah sha, memang terus cuba la. kat bawah ni sha sharekan bahan -bahan (eh macam resepi pulak haha!) dan cara nak buat OCM ni


Bahan-bahannya :

🍁 Castor Oil
Entahlah minyak apa ni. Susah sangat nak cari. So kita skip. Sebab minyak ni pun kalau digunakan secara berlebihan akan mengeringkan kulit. So, tak payah carilah. 😂

🍁 Olive Oil. Kalau tiada boleh guna Argan Oil/ Sun Flower Oil/ Grape Seed Oil

🍁 Tuala Kecik

🍁 Air hangat

Caranya :

🍁 Pam 1-2 titik olive oil ( saya guna ni ya) ke tapak tangan

🍁 Tenyeh dengan lembut di seluruh muka termasuk mata.

**Kalau masih pakai make up pun tak pa. Boleh ja. Sure akan bersih. Tapi kalau nak remove make up dulu pun boleh. Takda masalah.

🍁 Dah tenyeh rata sambil massage dalam masa 2 minit, biarkan sekejap. Juga lebih kurang 2 minit. Biar meresap nutrien oil tu.

⏰⏰⏰⏰⏰⏰⏰⏰⏰

Tik tok tik tok dah habis 2 minit

🍁 Rendam tuala kecil dalam air hangat tu. Perah.

🍁 Tekap tuala tu di muka. Biar dia berwap pada muka korang. Biarkan seminit.

🍁 Ulang sampai 5 kali. Sampai air tu jadi sejuk

🍁 Kemudian bersihkan sisa oil pada muka dengan tuala. Bersihkan betul-betul. Jangan tinggal sikit pun

🍁 Kemudian mandi la macam biasa.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
sha buat OCM ni beberapa bulan yang lepas hahaha masa mula mula kerja, serious masa tu muka sha teruk gila sebab sha ni memang dari dulu dari kecik la senang cerita memang takboleh dengan habuk habuk semua ni dan tempat sha kerja dekat gila dengan kilang padi hahaha ha tau tau jelah bila musim menuai habuk dia tu kalau boleh buat bedak tahan tujuh keturunan stok bedak tu (ok merepek) 

nak buat OCM ni memerlukan kerajinan yang maksimun, kalau setakat hangat hangat tahi kucing je tak menjadi, haha sha pun buat OCM ni dalam seminggu je sebab dia leceh kot hahaha. tapi walaupun seminggu je buat OCM ni, milia seed kat tepi mata sha yang besar gila tu dah hilang uolls. sha sendiri takperasan sebenarnya hahaha pastu usha usha eh mana milia seed aku? rasa macam pelik pulak bila takdak hahahaha


sha guna this olive oil, sha beli dalam RM 9.50 macam tu kot. taksampai RM 10 pun hahaha. olive oil banyak tau kegunaan dia, campur dengan kopi jadi scrub, sapu kat muka jadi makeup remover, takkan takrasa berpatutan? ada juga dengar minum pun boleh hahaha tapi kembang tekak sistur nak telan minyak hahahahaa. 

lepas buat OCM ni, mesti rasa muka lembut ala ala baby baru lahir (ok ni tipu lagi hehehe) rasa macam kulit bersih, yang ni betul tak tipu sebab sha dah buat kan, cuma leceh nak kena ada air panas, tuala muka lagi emmmm banyak benda kan? biasalah nak cantik kenalah rajin, sebab tak rajin takcantik ni ha hehehe tapi sekarang kat pasaran dah ada oil cleansing so takpayah pening pening pi beli je haha tapi sha masih tercari cari oil cleansing yang berpatutan dan best. korang ada nak suggest apa apa brand tak? 

berakhirlah sudah cerita kalini, kalau taip banyak lagi nanti orang malas nak membaca pulak hehehe. kalau ada yang try OCM ni, buatlah satu entry pasal ni, kalau ada la heheehe


You May Also Like

11 qtpie

  1. Makin gebu lah kulit Sha skrg ye. Nak cuba juga lah.

    ReplyDelete
  2. Biasa tahu olive oil untuk masak je. Ada juga kegunaan lainnya. Good sharing :)

    ReplyDelete
  3. Hehehe mai ok je telan minyak zaitun tu, memang amalkan juga..jangan suruh telan minyak masak dah :P

    ReplyDelete
  4. minyak yang berguna.(^_^)Hi Sertai segmen tonton ucing nak try irama melayu.(^_^).

    ReplyDelete
  5. oil cleansing ni salah satu step utk korean skincare routine. echa guna brand hada labo utk oil cleanse then baru proceed foam cleanser. best sbb muka rasa bersih dan ringan!

    ReplyDelete
  6. selamat mencuba produk baharu ini...

    ReplyDelete
  7. omg shaa! tak pernah guna olive oil untuk benda lain selain masak, hahaha bole try ni.

    ReplyDelete
  8. "Demi buah Tin dan Zaitun" (Surah At-Tin 95:1) "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah). Salah satu makanan sunnah yang banyak kegunaan dan manfaatnya. Baik untuk kegunaan luaran mahupun dalaman disamping collect pahala. Minyak zaitun ade banyak jenis dan harga. Beli yang extra virgin olive oil cold pressed punya. jadi khasiatnya masih banyak. tak sesuai buat masak sbb akan menghilangkan khasiatnya. panjang pula sharing. hihi.

    ReplyDelete